Friday, June 28, 2013

jumaat yeahhh

salam jumaat...

semalam sebenarnya nak buat satu tugasan..tunggu punya tunggu punya tunggu...
tak muncul2...haihh..tak paham akuuu...
kawan2 yang seangkatan dengan aku pun mesti menunggu perkara yang sama tu jugak...
last2 lena ja lahhh...so, patutnya tempoh masa patut dilanjutkan...

semalam dok usha2 gambar anak2 masa kecik2..

asiff yang gemuk suatu waktu dulu..
sekarang ni kuruih cekeding....sebab tak dok sengap langsung...

3 penawar hatii mama

bila la budak ni nak gemuk lagi...

Thursday, June 27, 2013

salam hari khamis

as-salam kenkawan...
sudah lunch kah? 
selamat menjalankan tugas di rumah atau di pejabat...


Wednesday, June 26, 2013

kad atm

buku yang sangat best untuk dibaca dan diamalkan...bukan selalu aku baca buku omputih ni..
sejak bila ntah ni minat pasai pengurusan kewangan!

mana pi oiii kad atm aku niii.. dari pagi tadi sampai ke malam ni cari tak jumpa2..
tapi takpa, aku dah transferkan duit2nya masuk akaun bank lain dah...
seb baik pakai online banking
macam duit2 tu banyak sangat la kan..padahai brapa sen jaa tinggai..
tapi kad atm ceri tu tempat gaji masuk...huhuhuhu..
memang esok kena suh bank block siap2 la kad tuh...pastu p amek kad baru!
mana aku letak sebenarnya ni...semua beg dah di cek...takdak pun...
masih mengharap kemunculan kad tu lagi ni..
suka sungguh nak susahkan aku pi bank pulak buat kad baru..hissssshhh geramnyaa..
aritu kad tu dah main sembunyi2 dah dengan aku..tapi jumpa balik..
kali ni memang gone laa..
huuuuuuuuuuuuu...

malas pikiaq...jom la paksa mata lena...padahai baru ja belasah megi tomyam tengah2 malam ni...

jangan dok makan megi tak baik untuk kesihatan...
tapi sebab aku stress malam ni cari kad ceri tak jumpa, makan megi lagi best!

ni juga penyebab aku naik migrain malam ni...ni kerja muhammad asiff...
huwaaaaaaaa... aku tau dia tak sengaja bagi jatuh dan berderai..
teruih lari budak tu..takot mama marah diaa...

hurmmm jom lah lenaaaaaaaaaa..esok kerja...
semoga malam ni aku dapat mimpi petunjuk di mana kad ceri aku!
aminnnn

persahabatan...


      ***copy paste dari FB...
   sedang merindui sahabat2ku..
   takleh lena la pulakk malam ni...huwaaaaaaaaaa..









Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga,seorang manusia; dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat,dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,
tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."

"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia." —

Tips Kebahagiaan Anak..




 *** aku copy paste dari fb birasku...suhada...











Tips Untuk Kebahagiaan Anak
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

makan2


tadi lunch time ada majlis perpisahan di opis lama..
dan bacaan yassin sempena menyambut puasa..
aku dan ct dijemput...
kekekekee..

aku macam biasalah..part2 bagi ucapan perpisahan mesti sebak semacam.
hishhh...geram betoi laa..ada jaa drama ayaq mata akuu...aku memang ratu ayaq mata!
serius sedih weiii..walaupun 9 bulan saja bersama, tetapi kawan2, bos2 semuanya baik2..
huhuh..pastinya aku akan merindui semuanya..takkan jumpa dah opis se'heaven' ituu...
thankss semuanyaa..nak buat camnaaa, jodoh tak panjang di opis sana...

ahamdulillah setakat ni, perjalanan hidup aku sentiasa dikelilingi oleh orang2 yang baik..
yang aku sayang...dari opis kesihatan dulu pun macam tu..alhamdulillah..

tapi part lawaknya, baju aku sama dengan bos 48 aku..bos aku yang paling aku salute...
tengok baju kami sama..

dagu aku dah berlapis weii...elokla bulan posa ni posa betoi2...
thank u bos..puan rosimah..bos paling sporting...kekekekeke..
bos aku ni kan, kalo sesi buat spek tender, takyah ada orang lain pun takpa,
dia sorang buleh cover bagi idea sampai siap satu dokumen spek tender...
hebat tau...menjadi satu dorongan untuk aku..




aktiviti anak2

ni masa tengah ready perbarisan nak masuk dalam dewan... 



ni gambar diorang naik bukit aktiviti sekolah nature walk

rania dan raisya

asiff

keletihan  


makan2 di atas bukit


raisya yang cantik kawan iris dan asiff


macam nak bawak masuk pengantin..hahahha

ni masa perbarisan..tengok tu iris bersembang bukan main lagi, barisan kemana dah..kakaka

asiff dengan Ghazi teacher imah kena handle...kekeke..goodluck teacher imah sambung study ..

nasib baik anak dara ni tak nangis..sebab awal2 lagi dia suh mama dgn abah dia balik umah jgn tgk dia!

iris baca ikrar..macam dalam kelambuuu...hahahaha


macam mana la asiff dan ghazi teacher imah dah takder..

asiff dan Ghazi

 best freen asiff



teacher ct...





sesi bersolat




gambar2 ni baru sebahagian..gambar sukaneka tu banyak lagi gambarnya
 tapi dalam henpon abahnyer..
nanti aku upload lagi buat kenang kenangan anak2 aku ni..
ada gambar hero ultraman dua orang..wakakaka..

tengkiu pada teacher2 bondamam bijak IQ ..
you are the best!!
terima kasih mengajar dan mendidik anak2 saya...
dengan sabar dan tekun..
menganjurkan sukaneka yang budak2 suka..
seronok diorang dapat hadiah..kekekekee

Tuesday, June 25, 2013

kejung!

arghhh baru setel....dari 7.30 pagi sampai kol 4.00..alhamdulillah..
nampaknya leh balik ontime kol 4.30 satgi..weeeeee....
macam la hari2 balik kol 6 petang..tipu semata

sejak 2 3 minggu ni memang heavy duty punya task..
tak macam 9 bulan sebelum ini.melengung jaaa aku.bukan aku pregnant...
hahahaha.. 
semoga Allah SWT kekalkan momentum semangat sehingga ke titisan yang terakhir..aminn
semoga aku juga dipermudahkan untuk memahami, melaksanakan dan biar ianya jadi sebati dengan aku macam smrp di kkm dulu jugak... aminnnnn...
ya banyak sungguh harapan..dan in shaa allah aku akan buat sehabis baik..
bukan susah pun..ni ayat2 naikkan semangat aku..walaupun blurrr lagi sebenarnya..
semoga kawan2 ku pahammm..hahahaa..buat2 boleh..
in shaa allah aku akan boleh buat nanti..

okey2 tolak tepi bab kerja...


arini orang gomen dapat gaji..
aku dok transfer bayaq segala hutang piutang bagai la kan..
pastu tadi bayaq insuran asiff..rm150 sebenarnya, tapi aku p bayaq rm15...
wakakakakaka...
seb baik perasan pada receipt yang tertulis hanya 15 hengget..
so bayaq ja la lagi sekali 150...malas aku nak tolak2 bagai..

setel utang piutang arini...legaaaa...

okeylah layan kata2 hikmah ni..

gambar dari gugel

gambar dari gugel

gambar dari gugel

gambar dari gugel

gambar dari gugel

gambar dari gugel

semoga jerebu ni akan beransur pulih...
dengar kata johor dah turun hujan semulajadi ...
alhamdulillah...



Monday, June 24, 2013

24 Jun 2013

as- salam dan selamat hari isnin...
semalam hari nisfu shaaban..
salam nisfu shaaban...

hari ni 24 haribulan ada lah besday bff di jksm, aliza...
dan juga besday bff zaman sekolah menengah dulu shidah...

heppy besday buat kawan2 ku tersayang...
semoga kalian beroleh keberkatan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan
 bahagia hendaknyaaa...

terima kasih kerana menjadi kawan yang terbaik untukku selama ini...cewah2...
jiwang karat pulok...

hari isnin ni agak letih sikit..
sebabnyaaaa....ari sabtu ada sukaneka Tadika Bondamama Bijak IQ di dewan presint 11...
memang best ahhhh...
syok sungguh anak2 aku..
iris dengan asiff sampai tak sempat amek adiah, 
sebab iris nak balik, dia kata letih sangat dah..
wakakkaa.. aku dengan abahnya pun letih jugak..
letih bergelak tengok diorang bersukaneka...
macam2 karenah budak2 ni...hahahahaa
tahniah tadika bondamama dapat anjurkan sukaneka yang julung2 kali diadakan ni..
memang meriah abis laaa...
 dalam kol 2 tu kami dah balik, pastu aku naik mandi,
 turun2 tengok kat bawah iris dah terlenaa keletihan..
ada ultraman sorang tu masih gigih dok layan youtube 
walaupun aku nampak dia dah lalok dah..tahan jugak budak neh..
cadangnya nak g makan, dah pakat2 lena, mamanya pun tumbang landing lena gak..
abahnya mengambil langkah bijak dengan mengorder dominos...
time tu dah kol 4.30 petang dah..
wakakaka.. lepas tu masing2 makan piza macam orang tak makan 10 hari...

time sukaneka berkenalan dengan parent2 kawan2 anak2 aku..
dah jumpa dah, mama ghazi..ghazi pun dah jumpa..ghazi ni bestfren asiff...
ke mana2 aja nama ghazi yang disebutnyaa...ensemnyaa anak teruna tuu..
tengok adik pempuan Ghazi, super dupper comelnya, baru 5 bulan..
memang supermama lah mama Ghazi ni, datang sorang ja bersama anak2..
boleh handle dua2 orang anak .. cool jaa..
memang asiff dan ghazi ni mempunyai chemistry yang kuat,
 aku tengok cara diorang pun sama jaa..
wakakakaka.. rupa2nya lepas sembang dengan mama Ghazi, diorang ni lahir bulan yang sama.. january 2010...dah tu..mama ghazi dan aku ni satu skim perkhidmatan rupanya..
batch pun sama..
keciknya dunia...hehehehe..

pastu mama marrisa..kak ana suhana a.k.a editor majalah Glam Deko,
 kasik majalah free..hehehehee...
thanks kak ana...semoga selamat bersalin di perlis k...
selamat berpantang...marrisa nanti jaga mama berpantang k....
nanti saya balik kampung, saya gi visit orang berpantang..hehehehe

gambar2 sukaneka nanti aku upload kan...

iris malam ahad tu demam...panasss jaaa..
haihh..adik dah okey, kakak pulak.. pastu ahad kemarin bawak g klinik...
jerebu teruk gilerr kemarin...
aku rasa pedih ja mataa.. mata aku ni kan tahap sensitivity tinggi..
asik nak merah ja mata...
kemarin ke bangi bawak g klinik..macam biasalah iris, tonsilitis jugokk..hurmmm
balik makan antibiotik ubat demam bagai, tengok dah okey dah ni..

pastu pagi tadi tengok sms, rupanya tadika tutup arini, jerebu..
ya la kan..bahayaaa ni udara tak bersih..
pastu abahnyer laa jadi penyelamat...abahnyer cuti arini..
wakakakakakaka...
esok kalau tutup lagi tadika, mama bawak anak2 mai opis k..



Thursday, June 20, 2013

jadi doktor sat

petang tadi balik umah, asif macam panas...
sebenarnya dari pagi tadi lagi aku dah bagi ubat demam..
tapi sampai ke petang ni, rasa suam2 jugak...aku suh dia buka mulut...
memang sah la tonsilitis..again..and again... haihh..memang nampak besar dua2 belah...
hubby pulak tak balik lagi...
so ngam2 habis kol 8 crita teduhan kasih, vrooom la ke presint 15 pi klinik...

hamboi2...anak2 aku ni...kat klinik bukan main lagi cergas si asiff ni..
dengan air ribena kotak, ribena pastil, appeton bagai dirembatnyaaa...
sudahla tu, siap bagi tumpah air ribena tu merata...
aku tak larat jegil mata sampai nak terkeluaq biji mata...
ramai pulak orang kat klinik mlm ni...sejam lebih gak la tunggu...

masuk ja bilik doktor, memang aku bagitau siap2 la kata tonsilitis..
pastu doktor tu buka rekod lepas2, bulan lepas pun ada, bulan sebelumnya pun hadoo...
sampaikan yang bulan lepas, doktor bagi diagnose 'tonsilitis kissing'..
lawak pulak namanya..rupanya2 maksudnya, tonsilitis tu dah hampir nak bertemu...
huhuhu..
bulan lepas dr suggest suh operate..haihhhhh....anak aku kecik lagiiii...huwaaaa...
tadi dapat vitamin sekali untuk asiff ni kasik selera makan..
nak usha2 product shaklee untuk asiff, tapi masih membuat research...

pastu habis bab asiff...abahnya pulak balik kerja .. macam nak demam jugakk..
mama jugak kena rescue kann...
nak demam la sakit urat la..sakit belakang laa..ajak p klinik takmau..
ketegaq orang2 dewasa ni payah sikit..
nasib baik mama masih cergasss..
ni tengah dok pantau patient2 nehhh..
yang si asiff masih cergass lagi di kala kol 12 tengah malam..
abah dah selamat beradu sampai paris gamaknyaa..
masing2 pakai cool fever...cool sangat la tuu... 
cepatlaa lega semuaaanyaa...kesian tengok! huhuhu..
mama pulak rasa nak tergeliat urat...
takpaaa...biaq mama sihat jaga semuanya..aminn

selamat malam semuaaa..
esok kerja okey...
sapa2 tak iron baju lagi tu pi la iron..kahkahkah...

Tuesday, June 18, 2013

kerana mulut badan binasa

leganyaaaaaaaaa...baju nak pakai p kerja esok dah setel iron semua,
baju anak2 pun dah masuk beg nak ke sekolah esok..
so bolehlah berehat dengan tenang hatinya...
dan sambil2 menunggu suamiku tercinta bok balik makan malam..kahkahkah...
hari ni tutup dapoq aku...

puas hati tengok teduhan kasih tadi kat tv...kakakakakaka..yeaa depa dah kawen!

aku ni dari minggu lepasss kerja makaannnnnnnn jaa...
jumaat lepas, ex-teammate belanja makan sempena dapat apc..tahniah adikku...
kesabaranmu terbalas juaa...dan kamu layak mendapatnya!
thanks belanja makan steamboat...sedappp!
semoga dimurahkan rezeki lagi..aminn...

cerita makan2 berlarutan sampai balik umah pun..
asik makannn jaaa...
aku malas nak timbang berat..kekekekeke..cepatla bulan posa, 
leh amek kesempatan diet secara sihat..
kerana mulut kannnn...

dok rehat2 ni, buka jugak fb..
aku rasa macam bosan dah dok p mai pi mai tengok fb..
akhirnyaa bosan dengan FB..
melayan anak2 lagi syok dan best...
sakit badan aku dok lawan ultraman dengan asiff ni..
merapu pun pandai anak teruna kecik nk..
pandai pulak dia dok buat cerita kura2 bagai..
hahahahaha..
gelak ja laaaa aku dengan iris..
yang penting jangan potong dia cerita..
nanti dia merajokkk...

hokeylahhh...jomlahh sambung aktiviti mewarna pulak..
esok dah hari rabu..alahai cepatnya masa berlalu..

ayat kat bawah ni selalu terngiang-ngiang di telinga aku..
"kasihilah orang2 disekeliling kita tak kira lah family, kawan2 dan sesiapa pun
seperti esok kita akan kehilangan diaaa...
bekerjalah umpama perlu hidup 100 tahun lagi
dan beribadatlah seperti esok kita akan mati..."

bekerja kerana allah swt
semoga aku diberkatiNYA aminn..
selamat bekerja esok!
muahhhhhhh




Monday, June 17, 2013

selamat hari bapa

salam hari isnin...
opis aku gulap gelita pagi ni..
nasib baik pc masih boleh ON..
uiii..panasnyaaaa....
seb baik lepas breakfast tadi dah cerah..
selamat hari isnin ...jangan blues2 okey...
kerja bagi tip top umpama hidup 100 tahun lagii...
caiyook2...
 
sempena hari bapa kemarin...
aku dan iris buat kek...snow cheese cake..
1st time mencuba..resepi dari blogger2 masak..
aku usha semua resepinya sama ja lebih kurang..
tapi nampaknya iris dengan asiff tak suka makan kek ni.
diorang prefer kek coklat lagi..huwaaa
tapi bab nak menolong aku, memang depa suka laaaa...
habis berterabur hiasan kek yg kecik2 tu..
tu yang segan nk g bagi kek ni ke jiran, kang terjumpa benda tak sepatutnya!
sedap ahh kek ni (angkut bakul sendiri)
tapi memang ternak lemak laaaa...
sebab topping atas nya memang cheese....
ni pakai acuan bulat 8inchi..
dalam resepi ada juga pakai tepung hongkong..
tapi bila p kedai barang kek, aku cari tepung tu tak jumpa..tepung hong kwee adaa laa
tapi nak tanya macam malu, sebab takut kot aku silap tanyaa..
hahahahaa..dah la orang ramai kat kedai tu, memasing businesswoman..
last2 amek ja tepung superfine...boleh gak tepung superfine pun...
 
abaikan sememeh tepi2 kek tu...

 
 
selamat hari bapa!
untuk suami tercinta, ayah dan ayah mertua tersayang, abangku dan
 semua bapa2 di dunia....
kalian memang bapa terbaik!
 

Thursday, June 13, 2013

gara-gara teduhan kasih!

minggu ni waktu masuk opis aku 7.30 pagi - 4.30 petang...
balik awai dan lagi merendek sorang2 di alamanda sejam dua..
bak kata iris,
 "mama balik keje, balik umah, rehat dulu, lepas tu baru amek kakak kat sekolah"...
dan semalam dia ulang lagi ayat tu tapi ada sedikit tambahan, 
semalam dok syok2 tengok teduhan kasih, iris suh aku bancuh milo...
aku menjawab la, kejap la kakak, mama nak rehat jap (alasan nak tunggu iklan dulu!)
pastu iris cakap, 
" haiihhh mama ni, lain kali simpan kat otak tu, kan kakak dah cakap, lepas balik keje,
mama rehat dulu, baru amek kakak...biar mama rehat betul2"
itulah ayat power si iris ni ..haihh..
aku perasan dia mengeluarkan kata2 tu, sebab  sekarang ni
musim diorang training sukan kat sekolah petang2...nampak sangat dia suka nak berlatih.
tanak balik awal..wakakakakaka...
aritu siap aku kena balik umah dulu, petang sket baru gi amek..

lepas tu semalam gara2 kalot nak tengok drama teduhan kasih,
balik keje, mesti masak siap2 laju2 sebelum kol 7 malam...
ataupun, lepas kol 8 baru start masak..wakakaka..
tapi semalam dekat2 kol 7 aku masak nasik, lauk2 dah ready...
pastu kol 8 aku turun tengok, rupanya beras tu masih lagi beras dalam rice cooker tu,
sebab aku tak tekan "start" masak!..huwaaaaaaaaaa...
tu la..kalot sangat nak tengok drama...
elok ja amek pinggan nak sauk nasik..
lagi sekali la kena bebel dengan iris!
pastu buat2 tak bersalah, ajak depa pi kedai....
sori la anak2 mama...mama minat sungguh cerita tu, walaupun novelnya dah abis baca,
minat pada ayu dan kak long  dan mak tiri effa yang pandai berlakon tu..wakakakaka..
orang jahat memang cerdik lebih!
yang baik tu sungguh naif dan pemaaf...
ensemmm ady putra...

okeylah mari sambung baca document sistem ni sampai paham!
lepas ni harus pegang calculator 8 jam sehari..
semoga allah swt melindungi dan memberkati aku...
semoga aku akan cepat pick up dan 
paling penting...hati aku kena ikhlas....
betul2 ikhlas...
aminnnnnn

.