as-salam..
salam isnin semua...
pejam celik mai jumpa isnin balik..
alhamdulillah...
masih panjang umur..masih boleh mai kerja dengan semangatnya hari ni..
walaupun semalam tidoq pukul satu pagi
tengok cerita korea..
semangat hari ni nak pesiap kerja..
sementara tunggu nak copy data yang beriban tu...
aku nak buat entry laa..
last week dengar macam2 berita pasal kanak2 ni..
membuatkan sabtu ahad lepas aku tak keluar rumah..
huwaaaa..
duduk ja makan tidoq kat umah tanpa keluar dari rumah..
mula-mula kes budak 2 tahun yang kena potong kepala tu..
nauzubillah....serius sedih..
semua manusia atas mukabumi ni sedih tak terkata
kecuali orang tak waras dan jahat sejahat yang paling jahat yang tak sedih
bila dengar berita tu..
tergamakkk ko penjahat penculik pembunuh ...
ko bunuh budak kecil yang sangat comel,
yang masih pakai pampers,
yang taktau apa2 tu...
kenapa lepas bunuh, takut pulak, lari dalam sungai
sampai mati lemas..
tolonglah..ibu bapa yang ada anak-anak kecik,
dan yang besar pun..
jaga anak kitaa..
nasihat untuk aku jugak ni..
lagi2 kalau anak tu masih tak mengenal erti baik buruk...
tak kenal orang baik atau jahat..
sedihnyaaa..
macam mana lah mak dia menghadapi situasi ni..
walau apa pun keadaan mak dia..
tapi itu anak dia..
pasti dia takmau jadi macam tu kat anak diaa...
benda dah jadi takleh nak patah balik dah..
menyesal pun tak guna..
jadikan pengajarann untuk kita semua ni..
pastu kes budak jatuh eskalator pulak dahhhh
huwaaaaaaaaaaaa...
kalau bab2 anak tak reti duduk diam ni..
macam anak bertuah aku muhammad asiff..
sebab tu lah aku malas nak bawak dia p
shopping complex besar2
paling2 bawak pi giant dan jusco
yang dekat umah..
pikiaq 100 kali lah lepas ni nak bawak lagi ker tak..
lepas dengar kes budak jatuh dari tingkat 3 tu...
hilang kena culik satu hal jugak..
hanya kita mak bapak yang tahu
macam mana perihal anak kita..
kalau ada orang kata anak depa dengar kata behave segala, tu anak depa..
jadi harus mengenali perangai anak kita..
perangai anak kita tak sama perangai anak orang..
dan orang lain pun, paham2 la..
kalau jemput pi rumah ada majlis apa2, kawan tu tak pi, sebab anak2 ka..
haruslah paham..
sebab, kang kalau bawak kang,
kot ada malapetaka jadi seperti pecah barang2 umah,
kek rosak kaa hapa kaaa.
jangan la dok kata mak bapak tu sombong kaa,
berlagak ka hapaa...lupa kawan la bagai..hahaha..
kami mak bapak yang ada anak2 bertuah macam ni, kadang2 segan nak bawak anak2 kami,
demi mengelakkan kejadian tak diingini...
apatah lagi bawak pi shopping complex..
aku pun sejak dapat muhammad asiff..
dah bertahun tak masuk klcc...window2 shopping ka apa ka.
ada sekali dua, bawak pi lalu ja depan klcc dan taman mainan tepi klcc tu
sebab rasa takut kalau tak dapat kawal diaa..
jadi ibu bapa yang lain pun...
hampa mesti ada perasaan macam aku juga kan
especially jika ada anak2 yang agak hyper tu...
sebab kita teramat sayang akan anak2 kita..
kita mesti lebih protective...
biaqlah orang nak kata kita sombong ka,
takmau bergaul dengan orang ka..
kaki control ka..apa ka...
sebab benda-benda macam ni lahh...
in shaa allah...
lepas ni kalau nak p beli baju raya ka apa ka...
pastikan anak2 dengan kita,
nak ikat tali kat tangan anak pun aku sanggup..
asalkan anak aku tak hilang,
asalkan anak aku tak kena culik...
jangan mengharapkan pada sesiapa
untuk tengok-tengokkan anak kita..
kita jaga lah anak kita sendiri..
kecuali memang sangat2 terpaksa...
tinggallah pada orang yang betul2 boleh dipercayai..
walaupun orang tu rapat dengan kita, baik dengan kita..
lindungilah semua kanak2 di atas mukabumi ni Ya Allah...
aminnnnnnnn...