pagi2 isnin, dapat call dari adik di kampung.. mula2 ingatkan sesuatu terjadi pada mak aku..huhu..
tapi adik bagitau anak jiran aku yang merangkap sedara aku, telah kembali ke rahmatullah semalam (ahad malam) akibat serangan jantung. umurnya baru 29 tahun..
sedeyyyy..mmg aku menitiskan air mata..sebab masih teringat dan terngiang2 segala lawak jenaka yang arwah selalu buat. sangat tak sangka arwah telah pergi dulu meninggalkan isterinya yang sangat dikasihi. arwah baru kawen dalam hampir 2 tahun gitu la.. before ni terpaksa berjauhan dengan isterinya sbb isterinya posting cikgu di sarawak. akhirnya naik turun opis di kementerian pelajaran putrajaya dapatla jugak isterinya bertukar ke Penang.
dia meninggal kerana mendapat serangan jantung ketika sedang memandu pulang ke penang dari kampung di perlis.. sampai kat alor star dia kena serangan jantung. tunggu ambulans yg katanya agak lambat sampai..tapi dh memang ajal kan.. akhirnya arwah pergi jua..
aku sedih sgtt.. sebab arwah rakan sepermainan la juga masa kecik2.. apa yg mak aku masak time tu dia mesti mai usha tengok.. sebab dia jenis kuat makan.. sampai ke besaq2 pun, kalo time dia balik kg, kalo dia mai umah aku, mesti dia tanya masak apa..
sedeynya bila ingat.. dia mmg penghibur.... dan dia jugak peneman arwah abg aku dulu menjadik driver sementara hantaq arwah abg aku ke sungai petani kalau time arwah abang aku ada kerja..
aku harap isterinya tabah.. walau aku tau dugaan yang maha besar ni..bukan mudah untuk diterima ..tambah2 untuk isterinya yang baru 2 tahun berkahwin dan baru ja duduk bersama..dan belum dikurniakan rezeki anak lagi..
tapi tiada apa yang termampu untuk dikatakan untuk mendamaikan hati isterinya dikala ini.. ..
semoga isterinya dapat menempuhi hidup baru di hari depan..
semoga rohmu Hakimi Hassan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. ameenn