Monday, May 31, 2010
majlis pernikahan..
Wednesday, May 26, 2010
forward email..
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati
mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Sahabat sekelian,
Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.
Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
salam..
Friday, May 21, 2010
bersiaran dari rumah..
Thursday, May 20, 2010
Lagi award dr mummyar..
bila iris main lipstick..
anak2 aku ..
hari ini dan kemarin
Wednesday, May 19, 2010
sayang kawan2 opis aku..
my last day training
Tuesday, May 18, 2010
TAG dari mummyar
Monday, May 17, 2010
linux day..
Friday, May 14, 2010
beg duit dh koyak2..
n3 hari ni..
Thursday, May 13, 2010
rinduku pada mereka...
award dr mummyar..
Wednesday, May 12, 2010
aktiviti menunggu husband aku..
kenapa aku makin tak faham
kenapa..kenapa dan kenapa... kenapa laa..
ada 2 jenis report lagi ni tak siap. 1 report tu terbahagi kpd 3 report.. n satu lagi tu terbahagi kepada 2 report total=5 report. serabut kepala otak aku. taksat tepon user.. depa pun mcm blurrr.. mcm mana la sistem ni leh dibangunkan kalo requirement dr user pun tak betul2 finalize lagi..
last2 aku yg sakit....
what ever pun, aku dh try buat yg terbaek.. tapi entahla.. salah aku ker????
mcm aku pulak kena bg khidmat nasihat kat user..ntah hapa2 laaaa...
kalo ikutkan hati jahat, aku nk ja wat sambil lewa. tapi ni kan tanggungjawab yang diamanahkan pada aku.. jadi ikut pesan mak aku.."wat kerja, wat betul2, jujur..jgn harap nk makan gaji buta, tapi dok goyang kaki ja, nnt gaji tak berkat".. huhuhuhuh..
ya la kan... rindunya kat mak akuuu..
mak tulun..tulun..tulun...
bos tolongg..
apakata untuk spec 5 laporan lagi ni, bos yang buat..
kekekkee..
maunya kena sepak aku ngn bos..
ptg smlm nmpk bos masa dia nk balik..
tgk muka dia pun lesu..
tgh dia jln, mcm dia dok pikiaq apa ntah dlm kepala dia..
pastu aku teguq..
skali bos soh masuk miting jumaat ni...
huwaaa..mcm nyesal ja pi teguq..kakakakaa
ampeh punya anak buah kan..
bos aku dok risau psal sistem baru tu..
tapi aku pun lagi2 la risau psl sistem baru tu n sistem aku jaga ni..
sebab aku kan kuli..
apa2 jadik pun, aku jugak la kena pulun wat spec bagai ni..
*
*
*
asik merungut ja aku ni..
hah..lega sikit aku dh mencurahkan kerisauan aku kat blog neh..
jom sambung wat kejaaaa..
keja
keja
keja
keja
Tuesday, May 11, 2010
first taim dapat award kan.. gini la jadiknya.. huru hara
2. Iris my anak dara
3. Asiff the little montek
miss mirror n follower aku
1. sal
2. nass
3. wan nazri
4. miss mirror
5. saff
6. kak bibi
7. en mat gebu
8. kak yan
9. kak yam
10. kak iena
11. mummyar
12. orang muor
13. miss story
14. kak iena mail
15. kirah tukang jahit
tengok ni..
smlm tak kuar lagi jumlah ni.. betoi la cheqjija.. sebab pokcik nuffnang ni dok kira..banyak sangat aku dapat.. kekekekekkee...
thanks to all mt fwenn..sbb tulun click eklan2 itew.. tima kasih yang tak terhingga...
muahhh..luv u uolsss....
jangan lupa click lagi yer..
da ari selasa.
hahahhahahaaa...
sebab ada ayam goreng kunyit smlm yg tak abis + nasik dinner smlm yg tak abis.
mewah sungguh rupa nasik grg aku ni.macam2 ada.
rugi la sapa tak makan..especially hubby aku. aku nk tapaukan kat dia, dia tanak. agaknya malu kot bawak bekal ke opis, tak pun tak leh tinggal makan roti canai n teh tarik kat kedai mamak.
whatever la.. tapi sampai hati tanak makan nasik grg aku ni. terasa hati neh..
whatever laaaa kan... mlm ni aku nk masak telor mata jer la bg hubby aku makan, kes balas dendam dia tanak makan nasik grg aku. hahahaha..jahat2...
*
*
*
*
arini yam still cuti, ayah dia masuk ward. sian cikyam..sabaq tau.. jaga ayah hang betoi2.
si fara ni ilang kemana ntah,meeting agaknya. aku nk soh dia makan nasik grg aku ni.
hehehehe...
satgi nk wat memo untuk latihan. dok tggu2 email dr user aku utk tambah requirement. aku soh dia email, cc ke bos aku n bos dia.. ni kes ketaq la ni sbb terbukti kesalahan diorg. hahahaa..
sampai pagi ni, tak email2 lagi dr smlm.
apadaaaaaa...
aku nk hantar spec tu kat programmer pun takleh..sbb nk kena ada proof yg diorg yg salah. missplaced benda2 yang penting giteww..
tanak dah asik aku ja yg jadik kambing itamnyaa...
okeylah..
mari semua kita wat kerjaaaaa....
1 malaysiaaaa....
cepatla gaji naek..cepatla naek pangkat..
ameennnnn....
Monday, May 10, 2010
monday blues..
hehehe..
mmg monday blues sungguh la aii...
sabtu aritu tak wta pa2 pun.. ahad pi carefour beli pampers. pastu p makan2 perabih duwwett..
mcm duit byk sgt.. iskkkk.isk..isk.. asik tekad nk berjimat.. tapi ntah apa2 jaa..
guano nih??? bilo nk kayo.. kayap adolaa..
okey la jom kita wat kerja...
Friday, May 7, 2010
aku terkantoi pulak..
tau apa??
email opis ni, email tu utk satu bhgn.. ada aktiviti pukul3, tapi pukul3 plak ada meeting cawangan pojek.. soalan aku "weh, abestu mesyuarat cawangan projek ptg ni cmner?"..aku gi forward kt group kwan aku, tp aku tak buang yg cc ke satu bahagian n big bos, encik JUSA... soalan aku siap ada perkataan 'weh' lagi.. kantoiiiiiiii...
pastu asik jwb tepon n email org lain reply balik.. huwaaaaaaaaaaaa....
tuan SUB jgn marah saya..
saya cuma tak sabar2 nk masuk meeting cawangan projek tu... arghh terasa sgt tebal mukaku ini...malu..malu..malu.. saheh ptg kang time meeting aku kena... ampun bos...
Thursday, May 6, 2010
sangap sudaH..
dh la malas pikiaq dh.. ada jugak kang pilot tak jadik bulan 7. arggh...mcm2 hal la..
ni nk crita psl semalam.
smlm balik kerja 530 tepat. husband aku pi site kt upm tu yg aku leh balik awai jugak.
pastu balik g jusco dulu nk beli mandian Iris. sbb kak bedah kat nursery dh tampal kat bekas susu iris "MANDIAN IRIS DH ABIS". hahaha... kak bedah..kak bedah.. kak bedah tu merangkap baby sitter anak aku kat nursery. Iris kalo pagi2 pegi nursery, kak bedah tak sambut dia, mmg nanges abes la. kalo ptg2 g nk amek balik, sampai tanak balik. hahaha.. penangan kak bedah la tu. timer kasih byk2 la kak bedah sbb jaga anak saya dgn baik.
okey berbalik pada crita aku pi jusco smlm. nk beli body shampoo..pastu nmpak iklan pureen" beli brg pureen 50 hengget dlm 1 resit percuma ssebijik beg apantah.. sempenan hari ibu".
beg tu beg mcm beg green tu..beg utk memelihara alam sekitar bg mengurangkan penggunaan palestik..
aku pun dgn semangatnya.."cepat bang, amik brg pureen bg cukup 50 hengget." hahahaa.. laki aku pun punyala pulun. amik brg mainan skali yg pureen. hahahaa..
pastu setel brg pureen p beli beg "simple dimple" tu utk anak2 aku. so boleh la aku let go beg lama diorg. pastu, lepas bayaq, aku tanya la adik casher tu," adik, mana beg adiah yg pureen ni?"
adik tu jawab p amek kat promoter pureen tu. aku pun dgn semangatnya p la kat sorg promoter tu.
dgn slang KL nya, aku pun mintak la.. "cik sayer nk beg pureen ni" skali, pempuan tu ckp, yer kak nak beraper byk kak beg tu?".... semacam ja..
skali aku pandang muka pempuan tu.. dlm hati cakp..macam muka clasmate aku masa form 3 dulu la.. ku zafaryna.. apalagi..menjerit la aku tang tu. hahahaa...
kawan aku cakap aku dh tukaq slang KL..kakakaka.. ampeh kena kutuk.
dia keja jd supervisor ker branch manager la kot kat ctu. dia g amek satu plastik beg2 tu,
soh pilih nk yg mana satu... dapat dua pulak tu.. kakakaa..
elokla aku nk wat beg bawak g nursery utk asiff n iris.
pastu semalam, dh lambat, teruih ja tapau kfceee..
lepas balik umah, melepak elok ja..
pastu aku baru tingat nk tgk tepon.. tgk2 ada 4 misscall..
rupanya farah, jiran sebelah umah aku merangkap kawan baek masa kat u dulu kol.
aku tepon la balik. dia soh aku kuar umah jap. dia nk bg brg. rupa2nya dia bagi baju utk iris.. gila byk. ada la dekat 7, 8, 9 10 helai. baju yg masih berhanger n dlm plastik lagi. katanya baju2 tu dr gerai jualan makcik dia. makcik dia dh tutup kedai. so byk la baju2 stok2 simpanan yg ada.
tu yg dia amik yg umur iris tu bg kat aku. aku dh amek gambaq. nk post kat blog..pastu terlupa bawak kabel pulak. maklumla aku guna pc ja..mana ada memory slot. hahaha..nnt2 la no aku upload.
mmg rezeki iris la dpt baju byk2..hehehehhee..
rindu kat anak2 aku..apala depa dok wat kat nursery lani..
asiff n iris..miss u much... muahhh.. balik nnt mama peluk2 ek..
Wednesday, May 5, 2010
n3 yang sgt nmenggangu emosi aku..
http://hazlizahusaini.blogspot.com
baca n3 dia.. sedey sangat cita ni..
mcm nk soh hubby aku baca kan.. bukan nk kondem dia tapi..nk soh dia berjiwa romantik skit
ampa layan crita kat bawah ni..
Hatiku berdegup kencang. Peluh membasahi dahi ku. Bukan kerana panas, tetapi kerana takut memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tetapi aku dah bertekad. Hari ini aku tidak boleh menangguh lagi. Aku mesti melafazkan ‘itu’ kepada dia hari ini juga. Muktamad.
Seperti biasa, aku balik kerja pukul 9 malam. Aiz sedang khusyuk di hadapan TV melihat drama yang aku sendiri tak pernah tahu akan namanya. Memang selama ini aku tidak tahu menahu apakah kesukaannya beberapa tahun kebelakangan ini.
Mataku tertumpu kepada Anie yang sedang sibuk menghidangkan juadah untuk makan malam. Wajahnya tenang seperti biasa. Hatiku makin berdegup kencang. Sudah lama aku memendam perkara ini. Syaza pula beberapa hari ini mendesak aku dengan aggresif. Tension aku dibuatnya.
“I’ll do it”, gertak hatiku dengan nekad. Aku berjalan dengan perlahan ke arah Anie yang sedang mengisi air sirap limau ke dalam gelas. “Anie, i have something to tell you”, kataku dengan suara agak perlahan. Wajah Anie seakan-akan tahu apa yang aku hendak melafazkan kata cerai. Suasana bertukar menjadi tegang apabila Anie dengan sengaja membaling gelas berisi air sirap limau kegemaranku ke arah ku. Pada malam tu kami tak bercakap langsung.
Aku sedar Anie marah dan menitiskan air mata. Hatiku terasa lega sedikit kerana akhirnya aku dah menyampaikan perkara sebenar. Aku di jalan yang betul pada fikiranku. Lewat malam aku tersedar dari tidur dan terlihat Anie sedang duduk di meja study kelihatan sedang menulis sesuatu.
Pada pagi esoknya sebelum pergi kerja, Anie menurunkan tandatangannya di atas surat perjanjian perceraian dengan beberapa syarat. Anie bersetuju untuk bercerai dalam tempoh sebulan dan mahu aku berusaha untuk meneruskan hubungan seperti biasa dalam tempoh sebulan ini. Alasannya cukup mudah : Aiz bakal menghadapi peperiksaan besar dan Anie tidak mahu konsentrasi Aiz terganggu akibat masalah kami. Pasti perit untuk Aiz.
Satu lagi permintaan yang buat aku terkejut adalah Anie mahu aku mendukungnya dari bilik tidur sehinggalah ke depan pintu rumah pada setiap pagi sebelum pergi ke kerja. Aku rasa ini adalah permintaan gila, tetapi akhirnya aku bersetuju. Yang penting rancanganku sedang menuju kejayaan.
Syaza ketawa apabila aku memberitahu permintaan pelik Anie ini kepadanya. Syaza berkata trick Anie tidak akan berkesan. Aku terdiam.
Melaksanakan Janji Demi Cinta Lain
Keesokan harinya aku melaksanakan permintaannya dengan mendukungnya buat kali pertama dari bilik tidur sehingga ke depan pintu rumah. Kami masing-masing rasa kekok, lebih-lebih lagi dengan perasaanku yang bercampur aduk ini. Aiz yang melihat aku mendukung Anie bersorak kegembiraan. Pemandangan ini istimewa baginya. Anie berbisik kepadaku supaya agar tidak memberitahu Aiz tentang penceraian kami. Aku mengangguk lembut.
Hari kedua aku lebih selesa mendukung Anie. Aku mula sedar aku sudah lama tidak menatap wanita ini. Aku perasan wajahnya sudah ada sedikit kedut, tidak seperti dulu licin dan cantik. Wanita ini adalah isteri aku.
Hari keempat, aku mula merasakan satu perasaan intim. Inilah wanita yang telah beri aku 10 tahun hidupnya kepadaku.
Hari kelima dan keenam perasaan keintiman semakin meningkat. Aku merahsiakan perasaan ini daripada Syaza. Semakin hari semakin ringan badan Anie. Mungkin aku sudah menjadi semakin kuat setelah mendukungnya setiap hari.
Suatu hari aku melihat Anie sedang memilih pakaian untuk dipakai. Anie berkata pakaiannya semakin membesar dan sudah tidak muat. Rupanya badan Anie yang semakin kurus.
Akhirnya aku sedar, kesakitan dan keperitan yang dialami oleh Anie di dalam rumahtangga ini. Secara tidak sedar, tanganku menyentuh pipinya.
Aiz melihat kami dan Anie memanggilnya lantas memeluknya dengan erat dengan penuh kasih sayang. Aku memalingkan muka sebab takut aku berubah pendirianku. Pada Aiz, sudah menjadi rutin setiap hari untuk aku mendukung Anie. Hari ini aku mesti mendukungnya.
Aku menghulurkan tangan dan mendukung Anie. Tangannya memelukku leherku secara semulajadi. Aku berasa situasi ini seperti hari perkahwinan kami saat aku pernah mendukungnya seperti yang aku sedang lakukan ini. Aku kalah.
Hari Terakhir
Hari terakhir aku mendukungnya terasa begitu ringan sekali badannya. Sedih aku melihat keadaan Anie. Tidak sanggup aku meneruskan langkah kakiku. Sungguh ringan. Ketika Anie di dalam dukunganku, aku sempat berkata kepada Anie bahawa hubungan kami kurang keintiman.
Aku memandu laju ke ofis, keluar dari kereta tanpa sempat mengunci pintu kereta dan terus bergegas ke bilik Syaza. Syaza menyambut aku dengan senyuman tetapi aku membalas dengan wajah serius lantas berkata bahawa aku tidak ingin bercerai. Ini keputusan berani mati dan muktamad.
Raut wajah Syaza berubah dan dengan sarkastiknya memegang dahiku untuk memastikan apa yang keluar dari mulutku benar. Aku menegaskan sekali lagi mesej ku. Syaza menampar muka aku dan menutup pintu. Aku terdengar suara tangisan.
Petangnya aku pergi ke kedai bunga, membeli sejambak bunga ros merah yang segar. Penjual bunga memberiku pen dan kad untuk ditulis dan aku menulis di atas kad itu “I will carry you every morning until death do us apart”.
Pertama kali aku merasakan perasaan gembira seperti ini. Sampai di rumah aku terus meluru ke bilik dan…
…aku terlihat Anie terbaring di atas katil, lain dari biasa. Anie sudah tidak bernyawa.
Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.
***
air mata ini rasa berlinangan ja baca stoty di atas itew..aku suka la emosi lelebey..
menci sungguh...