Salam..
Lama sangat ni tak jengok bloh ni..
sejak mak aku sakit...
lepas tu berlarutan sampai
dah habis pantang bersalin anak ke 4..
huhuhu...
selamat berpuasa rakan2 blog..
taktau nak mula daripada mana nak kongsi cerita..
tapi date paling aku ingat..3 Mac..
ya 3 Mac adalah birthday mak aku..
tapi malam tu mak aku masuk ward..
sebab darah tinggi.. khamis malam jumaat..
esoknya adik aku yang dok tunggu mak aku call..aku pulak masa tu dok kalot dengan odit isms..
adik aku dok bagitau..ni dengaq ni suara mak..
dok bersembang dengan orang dalam wad tu..
mak aku jenis peramah, pastu suara pulak kuat..
lepas ja letak tepon tu..dalam setengah jam lepas tu..
aku p tempat member aku..aku silent tepon..
sekali p balik tempat aku tgk adik aku punya call,..
byk misscall..
aku dah.haihh..pasai apa..
aku call balik.. dengaq ja sora adik aku kriauu sakan..
aku tanya pasai apa..
dia cakap doktor tengah dok buat CPR kat mak aku..
katanya, ada pakar round ward..masa doktor ada,
adik aku kluaq sat dr wad..
dia mai ja masuk tgk doktor dok CPR...
mak aku tiba2 kena serangan jantung..
setelah 87 hari kat hosp kangar tu..mak dah boleh balik..
tapi keadaan dia macam baby..
rumah kami telah dilengkapi dengan mesin oksigen,
mesin sedut kahak.. katil khas..
ya mak aku dah takleh cakap..minum ikut tiub kat hidung..
bernafas pakai oksigen.. dan melalui satu lubang yang ditebuk di leher..
oksigen mak aku pakai dah tahap paling rendah dah..
sebab tu doktor bagi balik ..
kiranya..mak aku sihat la cara dia macam tu..
sepanjang di hospital yang menjaga siang malam di wad adalah kakak aku dan adik aku..
ya semoga kakak dan adik aku diberkati Allah SWT..
ikhlas menjaga mak aku siang dan malam..
aku tau..memang letih yang amat.. bukan jaga tengok saja, tp setiap 10 minit ke 15 minit sekali kena buat sedut kahak mak aku, pakai mesin..
so dapat bayangkan tak macam mana..
kecuali mak aku lena ralit..
barulah takpayah buat suction tu..
masa mak mula jadi tu..aku dah 34 minggu pregnant.
.mula2 balik semua..
lepas tu next weeknya aku balik sendiri naik ets..
dengan perut memboyot..
tak sanggup nak balik lena kat umah..
aku lena ja kat hosp dengan kakak dan adik aku..
lepas tu next weeknya balik lagi dengan family aku..
kali ketiga aku balik tu dah nak masuk 37 minggu..
aku balik ja putrajaya ari ahad..
selasa malam dah rasa nak bersalin...
then rabu kol..12.15 tengah hari..
alhamdulillah aku bersalin baby Ulya...
masa tengah sakit kat hospital..aku berdoa jangan lah Allah amik nyawa mak aku ketika aku tengah sakit bersalin..bagilah aku bersalin dulu..
alhamdulillah..mak bertahan sampai ke hari ini..
memang macam baby mak aku.. dia tak leh bercakap.. hanya boleh buka tutup mata saja..
itupun kami taktaulah dia faham atau tidak apa kami cakap..
huhuhu...sedihnya hanya Allah saja yang tau...
dan kali ni aku berpantang tanpa dengar suara mak lagi..kalau tak..hari2 misti tepon..pesan itu ini macam2..
aku kuatkan hati masa berpantang..aku berpantang di putrajaya..
teringat pesan2 mak sebelum ni..pantang betul2..dan masih terngiang ngiang mak aku tepon aku last sebelum dia masuk wad..
dia nak pi kelantan kenduri umah sebelah pihak lelaki..suami adik aku.. ya adik aku baru kawen ja 7/2 tu..
tapi mak aku cakap..dia risau pulak aku kot tiba2 bersalin...
aku cakap mak pi ja... lagipun macam la mak aku tu nak jaga aku..sebab masa tu pun dia pakai kerusi roda..dh 6 tahun kena strok duduk atas kerusi roda..
huhuhuh..sedihhh...
makkk...cepatlah sembuhh.. buleh cakap dengan kami..