Friday, January 13, 2012

akhirnya...

payah betoi nak connect tepon ni jadi broadband.. apadaaa...cap lekeh..
huhuhuhu..
anak2 sudah tidoq dengan nyenyaknya..jadik tibalah giliran mama depa nak ber internet..
kekekeke..
hari ni 13 January 2012..maka genaplah 3 tahun aku bergelar penjawat awam ..
sedaq tak sedaq, dalam2 asik dok mengomel, mengeluh, marah, geram dan tak puas hati..
rupa-rupanya dah 3 tahun yer..
sungguh pantas masa berlalu..
tak sabaq nak tunggu memo pengurusan untuk bagi pilihan pencen ker kwsp..
aku kompem2 la amek pencen kan..
tapi taktaulah aper citer 3 4 tahun lagi, sebab dengar2nya bahagian IT sektor awam ni mungkin akan jadik badan berkanun.. 
so..ada pro dan con nyaaa..
harap2 aku yang tak berapa pandai ni masih lagi diterima bekerja..

hurmmm..malam2 ni lapaq weii..
minggu ni diet tak makan malam...
kita tengok hasilnya lepas sebulan..
hahhahhah...
serius banyak dugaan dan cabarAN berdiet neh...
next week seminggu aku training di spital serdang..
memang kompem2 takleh nak diet sangat..
haruuihlah asik makaaaaann ja nanti..
aku kan jenis tak kuat iman bila tengok makanan..
huhuhu..

okeylahhh selamat berhujung mingguuuuuuu semua...
hati2 dijalanraya dan masak best2 untuk family makan yer..hehe..

Tips: Memperbaiki Kehidupan

aku dok blogwalking taksat..
rasa berpinar dah bijik mata buat spec neh..makan hari tak siap2 lagik..
so bukak la blog kejap..
tertarik baca entry dari blog ni...
so saya minta izin empunya blog untuk saya copy paste..

**************************************************************************************
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita?

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju


Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka


Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

*****************************************************
so....
bolehlah motivate diri aku ni sikit..


setel sudah satu hal..legaa

dah berhari2 dari minggu lepas aku dok call orang unit gaji..tapi takda orang..
agaknya bercuti kot ataupun mesyuarat..

so pagi2 tadi aku call lagi..
alhamdulillah kali ni berbalas..
aku crita lah situasi aku neh..
sebenaqnya december tahun lepas baru dapat surat dari lhdn 
untuk potong hutang bulanan ptptn dari gaji setiap bulan..
aku tengok surat aku dapat tu, dah ada orang buka dan distaple balik..
pastu baru bagi aku...
tapi bila bagitau unit gaji, katanya depa tak dapat dulu pun,
rupa2nya aku tengok balik surat tu, lhdn buat alamat KKM ja, tak bubuh pun unit kewangan..
hurmm..so depa suh aku naik aras 8 untuk setelkan, bawak sekali surat tu..
baik betul awek sorang ni..cik zulaika (rasanya cik lagi) dan bos dia en rasyid ..
laju ja setelkan..depa potostat and 
bagitau pemotongan akan dibuat bermula pada bulan mac 2012..
cara diorang cakap pun baek dan dengan senyuman manis..
ha..macam ni lah semua penjawat awam perlu amalkan..
cakap elok2, kerja pun tip top...
bagus unit gaji...kekalkan momentum terbaek ini...

apa2 pun lega jugak lah, dah nak start potong dari gaji, takyah dok buat sendiri dah..
sebabnya aku neh, kalo buat sendiri kang kejap bayaq kejap tak bayaq..kahkahkah..
sejak2 potong ujrah ni, bulanan tu sikit ja la dari dulu.. 
kalo dulu bayarannya progresiff..makin menaik..
tu yg makin maleh aku pun.. kahkahkah..
tapi buat ujrah ni hutang aku kurang 2K ja.. takpa lah kurang jugak walaupun 2K..
huuuuu..
so untuk anak2 aku nanti, kalu boleh takmau lah utang ptptn ni lagi..
kalau boleh pakai ja duit simpanan insuran education plan pada prudential insurance tu..
insyaallah.. takmau lah aku kutuk2 ptptn..nanti tak pasai2 kena saman..kahkahkah..

hari yang ditunggu setiap minggu

tau dah..tetiap ari jumaat mesti aku excited semacam kan..
mestilah kan..esok kan sabtu...2 hari pulak tu cuti..
apo lagiiiiiiiiiiii.... takyah kalot buat keja opis..
tak yah kalot p meeting yang kadang2nya aku tak paham apa satu pun..
i likeeeee...
yang tak berapa nak like nyer..
next week, 5 hari kena pi training kat spital serdang..
training part paling aku menyampah tu..
huhu..dahla teammate terbaekk takdak di sisi..
dia masih di wad.. semalam katanya platlet makin drop..
huhuhu..
insyaallah esok nak pi melawat dia..

okehh..
mulakan hari ni dengan sarapan oat cereal drink dan makan oat cookies..
kekekeke....
dengan harapan, minggu depan ada la penurunan lemak sket..
aku dah buka Buku Saringan Kesihatan dan Pemakanan di bhgn pemakanan KKM..
so setiap hari rabu adalah sesi consultation..

aku risau bukan apa, mak aku dah kena strok, 
dan adik beradik mak aku geng2 mak2 sedara aku, 
semua ada darah tinggi..
maunya tak risau kann...
darah tinggi ni pun keturunan gak..
baik aku berjaga dari sekarang..
muda2 ni pun lemak dah bergumpal sakan dalam badan..apatah lagi 20 tahun..
pitam jap..
huuuuuuuuuuu..

kalo ikut saringan kesihatan ni, untuk mengurangkan percentage Fat Mass aku, 
aku kena turunkan jugak berat badan sebanyak 5.3kg, 
yang mana aku kena dapat berat 48.7kg sahaja..
BMI sekarang okey dah 21.6, cuma lemak tu yang tak tahan...berlebihan..
tak dapat bayang kalu berat aku 48.7kg tu..
berat masa form 5 tu.. 48kg lah dulu..
hahahahaha.. agak mustahillllllllllllllll..tapi aku akan cuba dulu.. 
nampak gayanya takleh lah sedekah kat orang lagik, baju2 zaman bujang dulu..
kebanyakan baju2 kebaya dan kemeja zaman aku bekerja time2 bujang dulu, 
ketat kat dada, kat pinggang and bontot..
kahkahkah.. macam nk pecah kain tu kalau pakai...
semoga baju2 itu memberi motivasi pada aku..

bos penilai pertama dah bagi markah lnpt, dia suh tengok kat hrmis..
tapi aku buka tengok, cari column markah takdak pun..
segan dah nak tanya bos kan..
harap2, markah tahun 2011 meningkat dari tahun 2010
kerana aku ada something nak di buat..
tu pun kalau dengan izin Allah swt..
semoga aku diberkati dan diberi petunjuk..
ameen..

okeh jom..kita mula buat kerjaaaaaaaaaaaaaaa....

p/s- yana, esok pi umah Fiq dak kat PD???


Thursday, January 12, 2012

Gaji SBPA 2012

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). 

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini. 

“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012,” katanya. 

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Tuesday, January 10, 2012

denggi menyerang lagik!!!

kesian teammate aku..
ikut jadual, 11hb nanti kami akan bertolak ke spital kuala terengganu..
malangnya...
harini dia sms dia warded..kat hkl, kena denggi..
memang masa meeting petang semalam pun, aku dah sound dia suh balik ja..
sebab tengok muka dah pucat..pastu sejuk terketar2..
dari pagi semalam pun, muka pucat lesi..
memang seperti dijangka dia kena denggi..

alahai kesiannya dia.. dia lah tulang belakang kerja2 integrasi sistem aku ni..
mintak maaf..aku tak berani nak backup..
kalau pasal application buleh lagi aku teruskan..
bab2 benda2 integration complicated ni..i cannot lah kan...
so terpaksa cancel..pospon pegi date lain..
hurmm..
pada team mate aku yang cantik manis sorang tu...rest betul2 kat hospital yer..
jangan pikir pasal  kerja..
lepas sembuh nanti baru pikir kerja..
dan semoga cepat sembuh...
ameennn...


kantoii..abis..punah..rosak

hahahaha..
bos aku ni kalau bab makan mesti ingat kat aku...

nasib baik aku tengah tekun buat kerja masa dia mai kat aku..
rupa2nya mai bagi nasik lemak sebungkus..
serba salah kalau tak amek..
haruslah aku amek nasik lemak itu demi menjaga hati bos.. 
dahla markah LNPT tak dapat lagik.. 
baru semalam bos tanya tahun lepas punya markah dapat berapa..
siap sms lagi malam2 buta..aku pun yang tak penah2 wish gudnite kat bos
teruih wish kat sms...nampak sangat nak kipas..
mesti semalam bos dok bagi markah kat anak2 buah dia..
haihh bos...harap2 bagilah saya markah 90% lebey..
huahuahuahua..

ni nasik lemak teloq mata elok ja dok depan mata..
camnooo niiii..

pagi tadi dah minum oat ..
pastu sekarang ni server tengah down..
apakaitan server down dengan nasik lemak dan oat??
konon2 takleh buat kerja la..
kena makan..
huhhuhu

.