Sunday, July 7, 2013

sabtuuu..

as-salam...

hari ni memang banyak yang diplan..

dari pagi tadi ke balakong settlekan roadtax dengan insuran keta aku..
16 hb ni rupanya genap setahun keta tu bersama aku...
sat ja masa berlalu...
kereta yang dah berupa macam 5 tahun dah..kahkahkah..
calar balar kat luar, kat dalam tu pun teruk gak..dari seat sampai siling kereta...
hebat betoi...siap ada sticker kat cermin belakang bagai...

lepas setel hal kereta pi buat facial spa kat umah Yana..
leganyaaaa..terlelap 2 3 kali sepanjang 2 jam berfacial..
besttt...licin dan tegang ja kulit muka...
nanti sapa2 nak pi buleh contact nombor kat bawah..
boleh juga kalo spa ni ke rumah anda..cuma bayaq charge minyak keta...
macam2 perkhidmatan ada...
berbaloi dengan harga..taklah mahai...seswai dengan golongan marhaenn macam haku ni..

lepas setel facial, kami pi ke NSK kuchai lama...
lama dah dok teringin nak pi..orang dok kata murah
masya allah...ramainya orang...
tapi NSK tu tersedia parking keta yang sangat banyak..orang pun ramai..
tempat juai barang2 basah dan sayur bagai tu sangat sesak...
aku pi beli ikan bilis, ikan kering, cili kering bagai dengan bawang bagai..
buat persediaan bulan posa..hehehehhehee...
tapi lepas ni takmau pi dah...hahahahhaa..
cukup lah p balaji belakang pasar borong selangor tu!
aku rasa aku penat sungguh bersesak dengan orang...
letih weiii..memang hari2 kahh ramai macam tuu??? 
ker sebab nak posa ni ramai sangat orang kat situ!

setel bab tu...tadi kol 9.30 malam pi makan nasik kandaq
 kat pelita nasik kandaq cyberjaya..
lepas ni takmau makan dah..lepas ni nak diet..kuangkuangkuang!!!!
keletihan ke NSK masih terasa wehhhh...adussss...
elokla aku makan nasik kandaq kann...
malam ni kena sambung duty lipat kain baju berbakoi tuuu..

okeylahhhh layan gambar kat bawah ni..

buleh contact Yana...memang recommended!!

nasik kandaq pelita!! kuah campoq..pedas sungguhh oiii...teh ais 2 gelas lepas tu!

ni kat dusun pakmertua aku last week balik kampung!

seronok asiff dapat naik lori..hahahah

iris dan sepupu2nyaaa..meround serata dusun..gambar durian kat kamera lainnn la pulak

ni tahap tak larat nak makan lagi dah..tapi alang2 balik kampung tu makanlah sampai pengsan!








anak2 buah suamiku

durian pakmertuaku

ni sapa ntah..kahkahkah

sakit gigi makan rambutan banyak sangat



















 ni sayur rebung okey...


 sedapnyaaa sayur rebung, ikan bakaq dan sambal belacan makan kat dusun!




ni pulak ayah aku, baru balik dari dusun...dusun durian jugak..first taim berbuah dengan hebatnya tahun ni..excited ayah aku..


 abang rie aku yang seksiss bersama 'henbegnya'..si budak baju merah








iris dan '2 ultraman dalam hidupnya'



redza yang tomey


mengah aku makan duriann













saat2 balik kampung adalah saat terindah dalam hidup..
last week kami balik kampung..
ari isnin cuti...
balik tengok muka mak ayah before puasa..
semoga raya nanti kita dapat berkumpul..
dapat balik peluk mak ayah! muahhhh!
kenyang makan durian pak mertua dan durian ayah aku..







Thursday, July 4, 2013

bukan rezeki

alhamdulillah selesai sudah hari yang ditunggu2 iaitu temuduga hlp..
kahkahkahkah...
okey lepas ni jangan dok bermimpi lagi,
 tunggu after 10 years service baru buleh mohon lagi..

okey aku story skit perihal hlp..
hlp tu hadiah latihan persekutuan...iaitu biasiswa untuk gomen staff sambung study..
dalam master atau phd untuk gred 41 ke atas...
gaji pun jalan..biasiswa dan elaun belajaq pun dapat..

alkisahnyaaa...bila mohon online, submit segala documents..then dapatlah temuduga..
alhamdulillah..temuduga itu adalah pada pagi tadi..
kebetulan kemarin dan hari ni ada kursus di sacc ...
so pagi tadi p temuduga dulu, pastu baru p kursus..
laki aku la tukang jadi drebarr..

hari ni untuk temuduga tu aku sangatlah kemas..
cewah2...dengan tametag baru 
(thanks fara dan yam..tolong buat kat anjung duit tak bayaq lagi..)
 pastu mekap 5 inci...
kiranya segak kacak bergaya sungguh laaah.. kahkahkahkah..
pakai baju batik paling cantik dalam simpanan pulak tuu...
merelip merelap sana sini..

memang nerves tahap dewa...semalam tidoq kol 12,
study pasai pengetahuan am bagai...
pastu bangun kol 5 pagi, study lagi pasal proposal ...
sebenaqnya, semalam tidoq pun tidoq2 ayam jaaa..
aku percaya semua geng seangkatan aku pun mesti macam tuuu..
kami semua dah study pasal segala petua2 untuk berjaya dalam interview ni
melalui blog2 kawan2 yang berjaya dapat..
ya semua tu memang sangat membantu kami semasa intervieww..
thanks pada kawan2 dan senior2 yang berkongsi tip2 untuk lulus interview...
terutamanya ex opismate aku dulu..nadia jpa...
sangat2 membantu dalam penulisan proposal...

okey berbalik pada sesi interview...
exteammate aku pun adaa dapat interview..
kami sama2 merelip merelap la pagi tadi...sungguh kacak hensem bergaya semuanya..
so pagi2 tadi dah sampai uniten dok sembang2 la dengan dia dulu menghilangkan nerves..
turn dia selepas2 aku...aku doakan dia dapat laah..mana la tau rezki manusia ni..

okey, dalam 830 lebih2 tu urusetia panggil nama suh masuk bilik interview..
sampai ja bilik interview..
aku dan partner aku adalah pasangan pertama masuk untuk ditemuduga di Bilik D..
untuk yang amek master, di interview 2 orang sekaligus...
ada 2 panel...sorang ptd pempuan dari mosti, sorang lagi Dr lecturer lelaki..
alim berkopiah berjanggut
mula2 aku kena kenalkan diri, pastu baru mamat partner aku tu...
rupanya kami sebaya dan mohon U yang sama...
pastu tak pasal2 panel tu dok kenenkan kami pulak...
tapi "takleh, the girl dh kawen laaa"..kata diorang..
cissss...
tapi sebab kata2 lawak tu, kami empat2 orang gelak beramai ramai..
so memang totally hilang rasa nerves bagai tu..
agaknya panel2 tu tengok muka kami pucat lesi gamaknyaa...
tu yang diorang buat lawak tu..
then soalan lebih kepada proposal yang kami buat..
pastu aku kena soal pasal utc, 1mocc dan satu lagi soalan kena jawab dlm english, 
kenapa student kita gi oversea, pastu tanak balik kerja kat malayssia..
partner aku kena soal pasal kamera aes kaitan dengan rasuah,
 pastu dasar pandang ke timur lah
pastu pasal dasar ekonomi baru lah..lagi susah dari aku...
aku rasa kami dua2 orang boleh jawab..walaupun ada juga la bantuan2 dari panel..
dan panel tu pun cakap kami boleh jawab dari yang before2 ni..
huhhhh..ayat macam baguss kann...
biasalah kami kan dapat interview hari yg keempat dah..
so tanya siap2 kat yang lepas before2 ni...

tapi akhirnyaaa..
yang ptd pempuan tu cakap, aku muda lagi dan baru lagi berkhidmat dalam kerajaan
so next time boleh apply lagi, 
bagi peluang pada yang dah lama dan dah banyak kali apply...
okey, aku terima dengan hati terbuka..
mesti ada kot mana2 part aku yang terkurang kann..
tapi mamat partner aku tu, mcm ada peluang cerah, 
sebab dia cakap dia dah 3 kali memohon...
berbanding dengan aku, baru first time...

walau apa pun, kalau dah bukan rezeki...nak buat macam mana kan..
mungkin sambung study buat masa ni bukan yang terbaik untuk aku
jadi allah swt tak bagi benda tu kat aku...
dalam hati memang ada sedikit kecewa..biasalah manusia kan..
tapi takpa..itu semua aku akan jadikan pengalaman hidup..
bukan senang nak dapat benda free..
dan semua tu adalah ketentuanNYA...

jadi..jom kita fokus buat anak pulak...in shaa allah kalau ada rezeki..aminnn...
kepada kawan2 yang macam ada harapan nak dapat tu,
nanti masa QA session, do your best okay...dah sebelah kaki dah tu..
aku macam malas dah..kahkahkahkah..
jommmmm online shopping!!!!!!!!!


Friday, June 28, 2013

jumaat yeahhh

salam jumaat...

semalam sebenarnya nak buat satu tugasan..tunggu punya tunggu punya tunggu...
tak muncul2...haihh..tak paham akuuu...
kawan2 yang seangkatan dengan aku pun mesti menunggu perkara yang sama tu jugak...
last2 lena ja lahhh...so, patutnya tempoh masa patut dilanjutkan...

semalam dok usha2 gambar anak2 masa kecik2..

asiff yang gemuk suatu waktu dulu..
sekarang ni kuruih cekeding....sebab tak dok sengap langsung...

3 penawar hatii mama

bila la budak ni nak gemuk lagi...

Thursday, June 27, 2013

salam hari khamis

as-salam kenkawan...
sudah lunch kah? 
selamat menjalankan tugas di rumah atau di pejabat...


Wednesday, June 26, 2013

kad atm

buku yang sangat best untuk dibaca dan diamalkan...bukan selalu aku baca buku omputih ni..
sejak bila ntah ni minat pasai pengurusan kewangan!

mana pi oiii kad atm aku niii.. dari pagi tadi sampai ke malam ni cari tak jumpa2..
tapi takpa, aku dah transferkan duit2nya masuk akaun bank lain dah...
seb baik pakai online banking
macam duit2 tu banyak sangat la kan..padahai brapa sen jaa tinggai..
tapi kad atm ceri tu tempat gaji masuk...huhuhuhu..
memang esok kena suh bank block siap2 la kad tuh...pastu p amek kad baru!
mana aku letak sebenarnya ni...semua beg dah di cek...takdak pun...
masih mengharap kemunculan kad tu lagi ni..
suka sungguh nak susahkan aku pi bank pulak buat kad baru..hissssshhh geramnyaa..
aritu kad tu dah main sembunyi2 dah dengan aku..tapi jumpa balik..
kali ni memang gone laa..
huuuuuuuuuuuuu...

malas pikiaq...jom la paksa mata lena...padahai baru ja belasah megi tomyam tengah2 malam ni...

jangan dok makan megi tak baik untuk kesihatan...
tapi sebab aku stress malam ni cari kad ceri tak jumpa, makan megi lagi best!

ni juga penyebab aku naik migrain malam ni...ni kerja muhammad asiff...
huwaaaaaaaa... aku tau dia tak sengaja bagi jatuh dan berderai..
teruih lari budak tu..takot mama marah diaa...

hurmmm jom lah lenaaaaaaaaaa..esok kerja...
semoga malam ni aku dapat mimpi petunjuk di mana kad ceri aku!
aminnnn

persahabatan...


      ***copy paste dari FB...
   sedang merindui sahabat2ku..
   takleh lena la pulakk malam ni...huwaaaaaaaaaa..









Ambilah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga,seorang manusia; dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat,dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"
"Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan."

"Tanda-tanda sahabat yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."
"Semulia-mulia sahabat ialah sahabat yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

"Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan."

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,
tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya."

"Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama.Keikhlasan seorang sahabat itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

"Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang."

"Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe"

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
"Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi."

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia." —

Tips Kebahagiaan Anak..




 *** aku copy paste dari fb birasku...suhada...











Tips Untuk Kebahagiaan Anak
==================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

.