Friday, April 5, 2013

ABOUT PREGGY...TAGGED


Tagged - About Preggy

hamboi2...mona tag kami no..kekekkee...
okey2..kami menjawab tag itewww seperti di bawah..wakakakaka....
jawab dalam BM lah noo..english tak berapa nak fasih..


1. Was your first pregnancy planned?
tak plan apa2 pun...sebab memang nak baby!!

2. What was your second choice name for your opposite gender?
Aisy Isyraf

3. What were your reactions?
excited...lagi2 di pagi hari raya aidilfitri mengetest guna pregnancy test kit tuh..
4. How old were you?
24 tahunnn

5. How did you find out you were pregnant?
sebab period lambat dah seminggu bulan tu...tapi 3 bulan sebelumnya pun lambat gak, tiap2 bulan aku test..wakakakkaa..bulan keempat baru lekat....malam raya p beli test kit tu, pagi raya baru test..suami balik dari semayang raya, terus kutunjuk test kit tu..
pastu husband macam blurr...kenapa 2 baris tu naik! siap dia g amek kotak test kit tu p baca details...
6. Who did you tell first?
suami tersayang...


7. Did you want to find out the sex?
sememangnyaa...bulan ke empat pregnant baru tau...girl!


8. Due date?
Iris EDD : 12.6.2008 
Asiff: EDD: 7.1.2010


9. Did you have morning sickness?
Iris: bukan setakat morning sickness, tengah malam pun kena sicknessnyaa...
tengah malam bangun muntah sampai lembik...sampai bulan ke 4 baru okey..

Asiff: Sangat cergas dan ceria dari awal kehamilan...takdak morning sickness langsung!

10. What did you crave?
Masa Iris, kerja makan laksa jaaaa..Masa Asiff, takdak mengidam sangat..biasa2 sajorkk..

11. What was your first child sex?
Perempuan

12. Where did you give birth?
Iris = Hospital Serdang, Selangor 
Asiff = Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis

13. How many hours were you in labor
Iris: 6 jam tahan sakit, akhirnya bersalin normal, tapi sebelum tu kena induce 2 kali sebab air ketuban sikit.dah 2 hari kena tahan di wad

Asif: Sakit berjam-jam dari 31 hb Dec, masuk 1 hb makin kuat...air ketuban pecah kat umah..

14. Who drove you to hospital?
Suamiku tersayang..

15. Who watch you give birth?
untuk kedua-dua kelahiran, alhamdulillah suami tersayang menjadik saksi...wakakaka
16. Was it natural or c-section?
dua2 natural
 
17. How much did your child weight?
Iris: 2.83kg
Asiff: 3.15kg

18. When was your child actually born?
Iris: 29 Mei 2008
Asiff: 2 Jan 2010

19. Would you do it again?
insyaallah selepas Iris masuk darjah satu...dan Asiff 5 tahun...


****jawab tag ni rasa semangat nak pregnant balik..kekekeke..
okey Mona, setel dah takdak utang dah..kekekeke

Thursday, April 4, 2013

hrmis dan skt 2013

as-salam dan selamat pagi...

aku ni hari ni kena setelkan isi senarai kerja tahunan untuk tahun ni 2013..
kena key in dalam sistem HRMIS..
sapa2 kerja gomen, paham la kan sistem ni macam mana...
baru aku isi 3 4 ketul item, nak simpan, berzaman menunggu...
esok last day isi benda alah ni kat sini..wakakaka...

kalo tak okey gak..selow macam siput, kena la isi malam ni di umah...
paling dasyat sistem hrmis ni kalo ujung2 tahun masa nak isi penilaian akhir tu..
malapetaka ja rasa..
adoii..ni pun tak abis2 menyimpan lagi sistem bertuah ni..

akak2, adik2, kerja gomen tu..dah isi belom??
elokla isi awai2, supaya tak berebut di alam maya..kekekekke....

kejap ja dah masuk bulan April oiii...
next week rasa dah nak masuk ujung bulan...
cepatnya masa berlalu....

lepas tu nanti masa mengundi kannn..
yeaaa..buleh balik kampung..mengundii..
buatla kewajipan masing2 na..
jangan tak undi okey...
kemarin kan, balik kerja, kelaur ja dr parcel D ni, kat area roundabout besar ni,
penuh terpacak bendera cap kati...
sepanjang bulatan, dan sampai sepanjang jalan aku sampai ke rumah..
semangat betoii ler...agaknya lepas jer PM umum bubar parlimen jer tu...

apa2 pun semoga negara kita akan terus aman makmur, 
maju dan berkembang dengan pesatnya dengan keberkatan dari Allah SWT yang Maha Esa..
aminnn...


Tuesday, April 2, 2013

anak2 p melawat muzium alam sekitar

as-salam..

tatau nak bubuh tajuk apa ...heee..

hari ni anak2 aku akan pi lawatan ke muzium alam sekitar..
tadika yang anjurkan..
sebenarnya aku risauuuu..uwaaaaaa.
tapi harapnyaa semua okey2 belaka..
aku rasa semua mak ayah budak2 yang lain pun sama kot..mesti risauuu...

tapi tak nak pikir sangat..aku mendoakan depa selamat pi dan selamat balik...

dari last week aku dok pesan kat anak2 aku, pegang tangan teacher,
iris pegang tangan adik..jangan tinggalkan adik...
muzium tu dekat ja kat presint 14 ni ha.. p tegok kodok2 tu kot...
tapi macam biasalah kan..kerisauan itu tetap adaa..
selagi tak balik mesti aku tak senang duduk neh..
aku doakan selamat rombongan anak2 aku tu...aminnn
lindungilah mereka walau di mana berada..aminnnnnnnn....

Saturday, March 30, 2013

Laksa dan sabtu tanpa Abah...

as-salam..selamat berhari sabtu semua..

mesti semua tengah syok2 berhujung minggu bersama family kan!!
hari ni hubby aku kena p perhimpunan bersama TPM ..
jadik tinggallah kami 3 beranak kat umah..

lepas subuh tadi, aku dah start prepare nak buat laksa..
kekekeke..awai sungguh kan..
semalam dah suruh abahnyer ke pasar borong lepas main futsal 
untuk beli bahan2 buat laksa..
so, sebelum anak2 bangun tidoq pagi ni, wajiblah aku masak siap2...
kang ada pulak pembantu chef nak menolong cubit isi ikan
argghh...tak sanggup hakuu..

dalam kol 10.30 pagi siapppppppp laksa aku..
awai sungguh siapnyaa..
hampa tau dak,
hubby aku beli timun 7 bijik, daun kesom macam setaman, 
daum selom pun macam setaman, bunga kantan pulak 8 kuntum...
heavennn!!!
manyakkk ya amatt...wakakakakaka..
macam nak buat kenduri laksa 100 orang makan..bertuah betoii...
done!!

kuah laksa ni ..isi ikan semata-mata..aku malas nk blender tulang2 ikan sebab penapis takdak...
      
tengah-tengah dok ready nak lebus laksa bihun tuu..anak2 bangun tidoq..
tapi kira okey dahh sebab dah hampir siap semuanya..
bila semua dah setel, aku p depan, tengok semak gila umah akuuu
sungguh menguji keimanan akuu..
dah la baru ja lepas vacuum segalaa...
anak2 bertuah niii..depa buat macam kem perkhemahan pulakkk!!!
habis semua kusyen sofa ditururunkan buat umahh!!!
SIAPLAHH hampa dua orang!! KEMAS cepatt!!!!
mama pening dahh!!!
lepas dengar suara lantang mama depa ni dan2 kelam kelibut kemas balik..
wakakakaka..wakakakaka..taupunnn ketaq!

okey semuaa..jemput makan laksa perlis noo...
bila ntah nak dapat iphone5, lawa sikit kot tangkap gambaq!!
selamat berhujung minggu semuaaa..





Monday, March 25, 2013

hari gaji

as-salam.. dan alhamdulillah...

hari ni hari gaji untuk penjawat awam..ada jugak kot swasta pun yang gajinya hari ni..

maybank2u pun mulalah selow tahap dewa dewi...
jadik..untuk aku yang nak bayar segala hutang piutang ni, kenalah tunggu malam hari..
malam hari pulak kena lah berebut dengan asiff sebab dia pun berebut nak pakai laptop
nak tengon ultraman menari gangnam style..kahkahkah..
aku pun nak gelak kalo tengok youtube ultraman banyak2 ekor tu 
dok menari gangnam style..
macam2 laaa sekarang ni...budak2 sekarang dah pandai youtube..
mamanya dulu seusia 3 tahun mana reti apa pun..bak kata mak dan ayah aku
aku ni asik keriauuu (teriak a.k.a menangis) ...
abang rie aku cakap, masuk ja kol 10 malam, 
start laa radio bunyi...maksudnyaaa aku akan keriauu
penah ayah aku letak luar rumah malam2 tu kejapp..
kami dulu umah dalam kebun getah..bayangkan binatang apa yang melintas!!!!
sila teka dan jawab sendiri diam2..
kalo sekarang letak anak kat luar umah, maunya kena tangkap polis..hahahhaa..
berani kah?? silap2 kena culik anak tu nanti..

so kalau aku dok bebel2 pasal anak2 aku kat mak ayah aku,
 mesti depa akan ulang cerita tu..
dekat kawan2 aku pun diorang cerita..hahahaha..malu aihhh...

dan perangai suka keriau itu berlarutan sehingga masuk sekolah..
masuk sekolah asrama..homesick..aku tuang balik..
masuk matrik pun keriau kejap..masuk U pun..
namun akhirnya tamat belajar..
dah kawen pun sikit2 nak mengalirkan air mata...hishhh...
tapi dengan mengalirkan air mata, 
kita dapat hilangkan segala perasaan gundah gulana..
kan?!?!
jangan bergantung harap pada manusia..tetapi berharaplah dan memintalah pada Allah SWT
yang maha mengetahui segalanya...

okey mari kita buat kerja...
selamat mendapat gaji dan belanjalah secara berhemahh...

Thursday, March 21, 2013

gigi dan dentist

as-salam semua...

hari ni dan esok aku bercuti...weeee...

sebenaqnya nak p xray gigi..malas dah layan gigi bongsu aku yang asik aku 
tergigit pipi jaa..dah tu macam tak selesa...
tapi call macam2 klinik..macam2 peel... aku nak pakai kad PMcare husband aku..
so takyah bayaq cash..
buleh ja wat time off masa kerja..tapi disebabkan cuti macam okey2 jaaa kan bilangan harinya..
terus blink2 bijik mata apply ja la 2 hari...kahkahkah..

lupaaa nak storyy..
baru 15 minit yang lepas aku pi bubuh minyak kereta kat petronas presint 11A tu..
kali kedua isi minyak sendiri..masa sampai tu, nampak ada dua orang wanita arab, tapi tak pakai tudung laa..
muka macam orang2 timur tengah gitu..
nangis dan sedang menceritakan seswatu pada pak policy..
masa tu polis ada la dalam 5 orang.. 
aku turun dari kereta.. pastu dengar dia dok cakap kata orang teksi tu tinggal kan dia kat putrajaya kat situ..kat stesen minyak tu..dia sebenarnya nak ke KL.. 
lepas tu aku nampak dia macam pegang muka polis tu.. 
dan cakap " you must find him!!!...dalam nada menjerit dan marah sambil nangis2...
sedih pulak aku tengok diaa.. pastu sebelah dia ada kawan dia, kawan dia macam student sebab pegang buku and file2, kawan dia peluk dia, maybe untuk tenangkan diaa...
aku pulak yang kecut semacam.. polis pulak macam makin ramai datang, 
macam satu balai polis datang ke situ.. lambat pulak minyak kereta nak penuh, 
lepas isi minyak, p parking kereta elok2, pastu pi cucuk duit kat situ.. 
lalu depan tu, dok dengar lagi pempuan arab tu dok cerita kat polis lain pulak..
polis yang mula2 tadi dok call pegawai penyiasat..
sebab aku ada dengar dr phone macam walkie talkie diorang
 penyiasat tu tanya berapa kerugian?

sambil lalu aku memang pandang pempuan arab tu.. huwaaa..
sedih bila pandang dalam mata diaa..kaki dia luka2, driver teksi tu pukul dia... 
aku rasa ni mesti kes rompak dalam teksi.. siannn diaaaa...
pastu aku dengar dia jugak kena pelempang dengan driver teksi tu..
maybe dia melawan kot..aku ni bahasa omputih dahla tak bapa nak cekap..
dapat tangkap sikit2 ja la apa dia dok cerita tu..dahla dia sambil nangis dan jerit2..

mesti dia tanak datang malaysia dahh.. kesiannn..apala driver teksi malaysia ni..
walaupun bukan semua driver teksi macam tu, 
tapi disebabkan sorang yang buat macam tu..
mesti orang dah tak berani nak naik teksi lepas ni..
sudah la orang tu foreigner pulak tuu...nightmare pempuan tuu..
seb baik tak kena rogol ka hapa..huhuhu
jadik semua orang kena hati2 kan..
walau di mana punnn

Tuesday, March 19, 2013

meeting batal.....kerja aku dah siap..yea..yeaa

depa dok buat aktiviti..sementara mama layan Rindu bertamu di Abu Dhabi..


pokok bunga ros aku berkembang dengan jayanyaaa...asik berbunga tanpa hentinya..
alhamdulillah sihat pokok ni...

.