Tuesday, April 30, 2013

marilah mari...balik mengundiii


yeaaa...esok pagi kami sekeluarga balik kampung...perlissssssssss indera kayangan!!
kami suami isteri cuti sampai hari isnin depan hokey...
kahkahkahkah..
sebenanqnya syok nak balik kampung tu tersangat lebih dari mengundi...
baju pun dah siap packing..
anak2 pun suka sungguh nak balik kampung,
siap bagitau teacher dari hari isnin diorang nak balik kampung cuti 6 hari.....
pastu asal bangun pagi tanya bila nak balik kampung..
nak jumpa tok dengan wan lahh katakan..


kepada semua..selamat mengundi..mengundilah dengan bijak..
jangan tak pi mengundi, undi anda dikira..

berhati-hati di jalanraya..
semoga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas...
aminnn...

Friday, April 26, 2013

hujan dan anak-anakku

alhamdulillah, petang ni balik keja hujan turun...
sejuuuuukkk...

malas pulak nak ke foodcourt neh.... hubby aku pun macam biasa balik lambat jugak..

tanya anak2 nak makan apa malam ni..
yang si asiff request nak roti bako..
yang iris nak ayam goreng cicah sos tomato..
kekekekeke..baguih nak..mama hampa dua ni memang agak kemalasan petang ni, 
ditambah pulak sakit mata yang semakin merah menyala ni..
aku tak pasti la sakit mata atau alergic ja ni..
sebab 2 3 minggu sebelum ni mata belah kiri, pagi ni mata belah kanan pulak..
nak kata gatal or pedih2 takder la pulok..haihh..
kalo abahnyer balik awal dah pi klinik dah..
tak sanggup aku nak p klinik bertiga ja, kang ada jugak tak menang tangan dalam klinik tu...
ni agak2nya kalo esok pun tak okey, baru pi klinik lah...

sungguh tak menyelerakan aku tengok!!! itu 4 ketul tu ayam celop tepung konsep mama sakit mata!

roti bako tu memang kena potong kecik2 gitu..kang asiff takmau makan...

sos tomato tu satgi ada la yang meratah saja...

budak kecik tu makan memilih..makin kurus dah..

sejuk2 asiff masih takmau pakai baju...

ni sambil2 aku membasuh baju, menyidai baju...
sementara anak2 dok makan, merayau la dalam blog dulu...
semoga aku tabah menghadapi kain2 baju untuk dilipat...
wakakakaka..itulah cabaran setiap sabtu ahad aku...
sebab pembantu 2 orang tu mesti nak membantutkan mood lipat kain mama diorang!!
tu dah penuh meja dengan sos tomatoooooooooo...
kakakaka...pesta sos tomato telah bermula...
bubyeeeeeee...nak join jugak pesta sos tomato..

salam takziah..

as-salam dan selamat hari jumaat..


pagi tadi, adik ipar kakak aku ( adik kepada abang ipar aku) 
telah menghembuskan nafas yang terakhir..
alfatihah...
semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...
meninggal di pagi jumaat yang mulia ini..

umur arwah masih muda baru 29 tahun, 
mempunyai sepasang anak yang berumur 5 dan 3 tahun...
doktor cakap kuman dalam darah...
aku rasa dia kena sakit ni dari bulan 9 tahun lepas,
kurus tinggal kulit dan tulang ja...huhuhu..tapi jenis tak sakit laa..
organ2 badan semua berfungsi dengan baik..
cuma pagi tadi disaat2 akhir nyawanya, tekanan gula dan darah makin merudum turun...

aku sedih neh..sebab ingatkan anak2 yang arwah yang ditinggalkan..
sebaya dengan anak2 aku...
kakak aku call taksat menangis-nangis .. 
masa arwah di wad, kakak aku la tukang jaga anak2 diaa...
huhuhu...
sedihnyaaaaaaaaaaa weii...tak sempat aku nak gi melawat arwah, 
ingatkan cuti mengundi next week aku sempat lah p tengok arwah..tapi allah swt lebih sayangkan arwah...ajal tak leh ditangguh-tangguh..
semoga suami arwah, anak2 dan keluarga tabah menghadapi ujian ini..
sesungguhnya allah swt lebih menyayanginya...

sama-samalah kita jaga kesihatan diri...dan berdoa semoga dikurniakan kesihatan yang baik..aminn..

Thursday, April 25, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Aku copy paste dari Yana punya FB...

Thanks Yana...

*********************************************************************************

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

Sunday, April 21, 2013

jalan2 satu sri kembangan!

as-salam dan selamat petang kenkawan..

hari ni..demi mengubat kekecewaan yang bakal bertamu di hati ini,
husband aku bawak aku dan anak2 gi jenjalan serata alam di sri kembangan...
start makan roti canai kat sri kembangan..pastu ke jusco, pastu kedai gunting rambut,
pastu p kedai aunty tailor baju, pastu the miness...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ahhh..malas aku nak cerita kat sini..
sesungguhnya terasa sangat kecewa dengan sistem gomen ni..
birokrasi sana sini..
jadik aku harus belajar redha di atas segala ketentuan ni..
masa pi jusco equine tadi, berejam aku dok bertapa dalam watson..
bukan bertapa la sangat, tapi pusing satu watson tu dari depan ke belakang, 
tepi kiri tepi kanan..hampir semua benda aku pegang..
puas hati, siap kawan aku merangkap manager besar watson tu bagi bakul..
haaa pilihlah ko mana berkenan! satu bakul penuh...
shampoo himalaya tu pun aku rasa nak bedal semua perasa..huhuhu..giloss!
pastu product muka lagi..hambekkk aku..puas hati!!!!
tapi tetap tidak dapat mengubah apa2 yang telah tersurat ituuu..
nasib baik la masa pi the mines tu 
nafsu berbelanja dan kekangan duit mula bermaharajalela,
kalo tak memang hari ni dapat la kot galaxy note 2 sebijik...haihhhh
ya allah ya rabbi ya salamm... tenangkan hatiku ini ya allah..
berikanlah aku petunjuk dan berikanlah yang terbaik untuk akuuu..
aminnn..

Saturday, April 20, 2013

sepraisssssssss..ikea!

as-salam dan selamat hari sabtu..

aku dah lunch..kol 11.30 dah dok mengadap lunch..
menu hari ni ayam masak kicap, sayur campur, ikan goreng dan sambal belacan...
sambil2 makan suap2 anak2 sekali, pastu ada lori ikea berenti depan umah...
lama gak tu dok wat tayangan amal lori tu depan aku..
wakakakaka..ingatkan husband aku nak buat seprais bagai..
dah la dia takder, pi kerja..kot2 la nak bagi ikea sofa sempena anniversary ka hapa kaa
rupanyaa lori tu dok mencari umah..kahkahkah..
ternyata bukan umah aku...tapi tindakannya berenti kat depan umah aku lama2 tu
macam nak turun hantar perabot jaa..kompiusss aku..
wakakakakaka..hampesss... 
rupanya ada orang satu lorong dengan umah aku ni haaa beli barang ikeaa...

semalam pi makan nasi ayam kat Tat Nasik Ayam Puncak Jalil..
jangan taktauu...ada juai mee kari ketam kat situ..
seriussssssssssss sedapppp...
ketam sekoq...mee kari ketam 12 hengget semangkuk besar..
ada sambal kerang sekali...aku rasa ni first time aku makan mee kari ketam..
makan sorang memang akan kenyang macam nak pecah perut..
nasik ayam pun sedap..ayam tu ala2 garing2...sambal cilinya sedap..manis2 pedas..
malangnya tokey kedai si Usaid merangkap opismate aku dulu takder la pulok..
kalo idakk ada jugak aku pauuu suh belanja aku..makan preee..nak ppreee ajerr..
sapa2 nak try malam ni..ni addressnya..

Tat Nasik Ayam,
Jalan PUJ 3/3, Taman Puncak Jalil..

mee kari ketam

okeylahh macam dah ngantuk ni.. 
lagi ngantuk bila aku tengok umah aku ni bersepah tahap max..
baru ja kemas vacuum mop segalaaa..dah jadi  ginii dikerjakan itu budak2 dua orang..
ahh..malas pikir dah...suka hati hampa laa anak2 bertuah oiii.. 
harap2 lepas mama tido ni abah korang balik kerja..aminnnnnnnnn

selamat berhujung minggu semuaa..hati2 dijalanraya okey kalau p jenjalan tuh...
wassalamm



Friday, April 19, 2013

makan-makan

tadi lunch hour pi ke The Mines..
saja2 ja cuci mata dan teman member beli mouse..kekkekee..
pastu layan makan sepuas hati...ayat macam selama ni tak cukup makan..
mula2 makan turkey kebab...pastu p cari durian crepe kat sweet chat tuh...
sorang 3 ketul durian crepe..punyala tamak kan!
tapi seb baik kecik2 jaa durian crepe tu..
lepas tu tawaf satu The Mines...
pusing2 tengok tepon..tengok baju...kekekeke...
cuci mata betoi lahh...
harga emas pun turun kan...ramai betoi orang kat kedai emas tuhh...
haihhh..kalo berduit la kannnn...mesti aku yang beratoq dulu depan kedai..wakakakaka...


ni makan kat turkey Kebab...sedap weii kebabnyaa..first taim aku makan sini!!


ni durian crepe... sorang 3 ketul! nafsu naga neh..hahahaha

.