Friday, November 9, 2012

jumaat yang dinanti telah tiba...dan result exam iris di tadika bondamama

alhamdulillah..aku masih bernyawa sehingga ke hari ini..
hari jumaat yang aku nanti nantikan sejak ahad lepas..
anak2 aku balik putrajaya hari ni..
ni dah separuh hari dah.. hanya allah swt saja yang tahu betapa rindunya kat depa...
sama la aku dan husband aku...tapi lelaki kan selalu control macho..
padahal dia pun tak semangat jaa takdak anak2 di rumah..

sepanjang minggu ni balik keja, 
tugas hakiki aku di rumah adalah membasuh, memvacuum satu umah,
dan cuci bilik2 yang akan digunakan..
mak mertua dengan 3 pasang iparduaiku akan datang, dan anak2 diorag 5 orang...
so memang fully utilized la nanti bilik2 kat umah aku tuu...
tu yang kalot vacuum tu..
so petang ni pulak balik mop lantai bilik atas and cuci bilik air 2 biji..
huahuahauaa..
hari ni macam overdosed pulak aku, semangat lebih ni..
cepatlah malam oiii..agak2nya depa akan sampai dalam kol 1 atau 2 pagi gitu...

okey nak cerita pasal keputusan exam iris,
1 hb aritu pegi amek result exam di tadika bondamama..
macam perjumpaan ibu bapa dan cekgu2 laa..
lawak pulak..terasa macam anak aku dah masuk sekolah menengah..
zaman aku dulu, takdak lagi parent kena p amek result anak2 di sekolah..

dari masa exam, aku dok soh iris baca buku, macam biasa la..time dia nak baca dia baca, 
time dia nak main, tinggal aku sorang2 ja la dok baca buku dia
aku sebenaqnya heran, exam macam mana la anak aku nak jawab ni..
baru 4 tahun..

pastu hari perjumpaan tu, akulah orang pertama sampai, kebetulan time tu aku tak keja,
jaga asiff chicken pox..
macam nak pengsan bila cekgu2 tu cakap iris jawab soalan budak 5 tahun..
aku cakap, habis la.. anak aku ni boleh ka???
sekalik cikgu dia tunjuk kertas exam yang iris jawab dengan markah..
alhamdulillahh...cekgu2 dia cakap ada markah2 dia yang lagi tinggi dari budak 5 tahun..
alhamdulillah dia dah leh baca cerita2 pendek..
cuma dia lemah bahasa melayu...english cekap pulak..
cekgu dia tanya kot aku dok speaking kot kat umah..
huahauhauaa...takdak maknanya aku nak speaking2 london kat umah..
aku pun tak brapa lepas!!!
markah paling tinggi pendidikan islam 96%, yang lain2 tu ada 74% ada 60% ada 86%..
siap ada satu dua page soalan exam tu tak berjawab..hahahaha
kira okey lah tu..aku tak mengharapkan dia score pun baru 4 tahun..
tapi alhamdulillah...
aku harap iris jadi anak yang berguna bila besar nanti, 
dapat kerja dengan rezki yang halal..
biar cemerlang dunia akhirat..dan menjadi anak solehah untuk abah dan mama..
dan jadi kakak yang penyayang untuk asif..insyaallah..
asiff pulak, ketua kelas..huarhuarhuar...
mesti sebab dia yang paling cargas.
aktif tak benti kejap pun...
asiff tak belajar macam kakaknya lagi..
asiff takat belajaq nyanyi2, menari nari
pastu main2 gitu jaa..
tahun depan baru belajar ...
asiff ni kalau balik umah mesti nak tgk youtube otomen mebius...dia sebut mebiyusss!!
hahahaha..
pastu asik nak menyanyi..
"tanya sama awan...apa sebab ujan"
kalau nyanyi apa2 lagu pun mesti salah lirik,
pastu masuk kedai makan pun nak nyanyi dengan lirik salah tu..
hahahaha..takpalah adik, asalkan adik gumbira..
mama dengan abah layankan saja...
yang pastinya tahun depan yuran meningkat...toing toing...
takpala..asalkan anak2 aku suka p sekolah sudah..
mama dan abah akan usahakan yang terbaekkk untuk kalian...
sayang anak2 ku sayang..
muahhhh...







4 comments:

  1. kita sbg ibu sentiasa doakan yg tbaik utk anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kan..kita sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2...semoga mereka sihat dan cemerlang

      Delete
  2. Bagus Iris yer Linda. Adam baru bleh baca terkedekkedek. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kka liza, baca yang ayat pendek2 buleh la..yang panjang2 satgi dia pening

      Delete

.