as-salam dan salam ramadhan...
posa dak hampa semua ni??
kekekeke..
mesti la posa kan..
sapa2 tak buleh posa tu terutamanya kaum hawa,
sembunyi2 sikit kalo nak makan kat opis tu..kahkahkah....
okey, pagi2 tadi sempat la baca pasal benda ni...
ni aku copy paste dari blog ni..
info yang sangat2 berguna..sebab sekarang ni tak larat melayan dengan pinjaman yang macam2 jenis terutamanya pinjaman ASB juga...
dan aku jugak pernah terjebak dan nasib baik dah selesai...
pada aku..tengoklah keperluan dan kemampuan diri.
jangan main nak terjah ikut orang okey..
biarlah pada keperluan dan firkirkan kesan jangka panjang..
selamat membaca info berguna ni..
Lepas Meminjam, Nak Melabur Kat Mana ? ASB, Tabung Haji, Hartanah ?
Ada seorang tanya saya soalan mengenai pelaburan. Dia seorang kakitangan kerajaan buat pinjaman peribadi 100,000 selama 15 tahun dengan bayaran bulanan lebih kurang 950.00. Lepas dia buat pinjaman, dia macam sayang nak guna duit tu. Dia Tanya saya di mana sepatutnya dia nak melabur, sama ada ASB, Tabung Haji, beli rumah, tanah atau sebagainya.
Jawapan Saya:
Sebenarnya, yang betulnya adalah tak perlu buat pinjaman peribadi. Dapat gaji tiap bulan penuh lagi baik. Ini pergi pinjam nak buat apa, bukan ada perancangan nak beli apa pun. Mungkin dia rasa pinjaman peribadi dia dalam 4 peratus dan dia anggap keuntungan menyimpan dalam ASB melebihi 8 peratus, dia kata untung. Sebenarnya dia tak tahu, 4 peratus itu dikira dari jumlah asal pinjaman atau baki? Dia pun tak tahu, sebab yang dia tahu, bank kata 4 peratus itu murah.
Apabila kita meminjam dalam personal loan, bank mendapat keuntungan yang besar. Selepas itu kita nak melabur sedangkan pelaburan kita itu belum ada kepastian sama ada untung atau tidak. Okey, kalau kata menyimpan atau melabur dalam ASB itu untung, tapi kita kena kira untung kita berapa dan adakah untung juga selepas kita tolak bayaran pinjaman kita itu. Dalam hal ini, orang kita ramai yang terlepas pandang.
Apabila kita meminjam dalam personal loan, bank mendapat keuntungan yang besar. Selepas itu kita nak melabur sedangkan pelaburan kita itu belum ada kepastian sama ada untung atau tidak. Okey, kalau kata menyimpan atau melabur dalam ASB itu untung, tapi kita kena kira untung kita berapa dan adakah untung juga selepas kita tolak bayaran pinjaman kita itu. Dalam hal ini, orang kita ramai yang terlepas pandang.
Elakkan Meminjam Untuk Melabur
Kita tak perlu meminjam untuk melabur dan ayat yang mudah orang faham adalah, tak ada duit, tak payah nak melabur. Orang yang melabur kat mana-mana, tak kira Bursa Saham, Saham Amanah dan lain-lain sebab orang itu ada duit sendiri. Begitu juga, janganlah melabur guna duit keperluan kita. Nanti bila kita nak guna duit itu, pelaburan kita belum sampai matlamat kita, kita juga yang susah.
Menjawab soalan tadi, yang pergi susah-susah meminjam tu buat apa. Tak payah pinjam kan senang. Baru-baru ini, bank dilarang mengenakan pinjaman peribadi melebihi 10 tahun, itu saya sokong sangat. Saya nampak selama ini bank untung banyak tanpa bank nak kaji bagaimana akan jadi kepada peminjam itu. Banyak bank sebelum ini kasi sehingga 20 tahun dan ada juga yang beri 25 tahun. Maknanya ada orang meminjam sampai pencen atau dah dekat nak pencen. Sedangkan duit yang dia orang dapat tu habis dalam tempoh setahun lebih saja. Maka duit yang tak habis dan tak tahu nak beli apa, mulalah tanya nak buat apa. Ramai juga yang kerjanya dah malas sebab gaji kurang sebab gaji kena potong sampai pencen.
Jawapan kedua saya nak kasi ialah, kalau dah ada duit baki pinjaman peribadi kita, daripada kita habiskan, eloklah simpan kat ASB atau Tabung Haji. Pertama sebab daripada dia menghabiskan duit beli benda tak tentu arah, elok juga dia simpan. Kedua, dapat juga keuntungan pelaburan beli kat situ.
Soalan lain, mengenai personal loan dia nak beli hartanah seperti rumah, saya nak jawab juga. Harga rumah sekarang bukan murah macam 3-4 tahun dulu. Saya bimbang, dengan duit tunai yang dia pegang sekarang, dia cuma boleh bayar duit muka sahaja. Jadi kalau nak beli rumah, dia kena buat pinjaman perumahan pula yang bayarannya juga tinggi. Kalau begitu, dia akan dibebankan dengan pinjaman peribadi yang berjumlah 950 itu dan satu lagi pinjaman yang lebih kurang macam itu juga. Pasti membebankan.
Elok sangat kalau dia nak beli rumah, dari awal jangan buat personal loan. Beli rumah dulu dan buat pinjaman perumahan dari bank. Lepas itu, kalau kena duit muka contohnya dalam 18,000, maka kalau nak buat personal loan, buatlah dalam 20,000 personal loan. Maknanya buat personal loan kemudian selepas kita nampak apa keperluan kita.
Elok sangat kalau dia nak beli rumah, dari awal jangan buat personal loan. Beli rumah dulu dan buat pinjaman perumahan dari bank. Lepas itu, kalau kena duit muka contohnya dalam 18,000, maka kalau nak buat personal loan, buatlah dalam 20,000 personal loan. Maknanya buat personal loan kemudian selepas kita nampak apa keperluan kita.
********************************************************
selamat berpuasa dan berbuka puasa hari ni 1 Ramadhan...
salam syalinda...betul tu,duit gaji yg kita dapat tu blh disimpan sedikit..lama2 jadi byk la.Yg penting...jgn boros.
ReplyDeletep/s:K.Atie ada menjual kuih btg buruk & mini popia..Lapang2 jemputlh singgh ya.TQ
kak atie, selamat berpuasa..in shaa allah nak order kuih batang buruk tu..
DeleteBetul sgt tu Linda... sgt2 Islamik sebenarnya nasihat Pakar Kewangan tu. Paling wajib kita elakkan pinjam duit dgn along. Maka itulah, meh la kita simpan duit gaji kita je, kot2 bleh jadi bukit, jadi gunung everest plak..kekeke.
ReplyDeletebetul MM, sikit2 lama2 jadik bukit...selamat berpuasa MM
Delete