Hikmah Luqman mengenai keutamaan akal dan sepuluh sifat mulia:
Luqman berkata kepada puteranya, “Puteraku, tidak ada sesuatu yang
digunakan sebagai medium untuk menyembah Allah yang lebih utama daripada akal.
Akal seseorang boleh dikatakan sempurna (cerdas) apabila terdapat sepuluh
sifat.
Pertama, terbebas daripada rasa sombong.
Kedua, berangan-angan memperoleh petunjuk
kebenaran.
Ketiga, mencari makan di dunia dengan benar.
Keempat, mengeluarkan hartanya untuk disedekahkan.
Kelima, lebih menyukai bersikap rendah diri
daripada sombong.
Keenam, lebih senang berhina diri daripada
berbangga diri.
Ketujuh, tidak bosan menuntut ilmu sepanjang masa.
Kelapan, tidak jemu dalam memenuhi keperluan sesuai
dengan kemampuannya.
Kesembilan, memandang banyak kebaikan orang lain
dan memandang sedikit kebaikan pada dirinya.
Kesepuluh, mengangap orang lain lebih baik dari
dirinya dan menganggap dirinya lebih buruk dari orang lain.
TQ sharing Lyn... Luqman Al-Hakim ni memang kena dijadikan contoh oleh kita semua dlm mendidik anak-anak..:)
ReplyDeleteSalam Jumaat Lyn..:)
DeleteSinggah Isnin :)
DeleteYa Allah, kau wujudkanlah kesepuluh2 nilai2 murni di atas untukku dan zuriat2
ReplyDeleteketurunanku. Aamiin...