Wednesday, July 17, 2013

untuk penghayatan dan amalan...

{Pesan Rasulullah} Jangan Kahwini 6 Jenis Wanita Ini | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.


1.Wanita Ananah : 
wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : 
wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : 
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : 
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.


Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah :
banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.





hari ke-8 Ramadhan

as-salam semuaaa


alhamdulillah...hari ni masih panjang umur, berpuasa hari ke 8...
semoga kita semua dipanjangkan umur...aminnn..


gambar dari FB Pacat!



agak2 muka laki aku macam tu dak time aku drive?????
wakakakakkaa.. 

Tuesday, July 16, 2013

selamat berpuasa Hari ke 7

as-salam dan selamat petang....


wahh cepatnya masa berlalu...dah hari ke-7...


terasa perutku semakin mengempis..kahkahkah..perasan..
moga nanti akhir puasa aku akan selim melim macam maya karin..

sepanjang 7 hari puasa ni, semua main beli jerr makanan...huhuhu..
tapi in shaa allah sabtu ni nak start memasak..nak membalas bekas juadah jiran kasik..
kekekekee...thanks jiran tetanggaku yang baik hati dan pemurah..
macam2 kasik, tapi aku dengan muka tak malunyaa tak balas pun lagi bekas2 itu...

sepanjang 7 hari puasa ni dah 2 bijik pinggan mangkuk aku pecah..
nasib baik bukan jiran punya!
punyalah over sampai nak pegang pinggan mangkuk pun tak larat..
mangkuk pecah dikeheningan sahur..saheh jiran2 dengar..
pinggan pecah petang semalam...
apalahhh aku ni...
lepas tu jiran depan umah hantaq cempedak goreng dalam paper beg..hahahahaa.
saheh takut pinggan dia jadik mangsa..wakakakkakaa....

takpa pinggan leh beli baru nanti..
huwaaaaaaaaa...

semalam dan hari ni aku tak sihat laa..selsema dan demam malam2..
agaknya sebab sejuk terlampau kat opis..
pastu aku terlibat dgn training system sampai jumaat ni..
dalam bilik latihan tu pun sejuk mengalahkan peti sejuk beku..
hidung pulak tersumbat bagai...terseksaa aku..
aku dah berstoking bagai dah ni..tapi tetap sejukk..

tahun ni tak pi terjah lagi jalan TAR...teringin nak pi..tapi baik pi malam2,
jommmmmsss kenkawannn...

okeylah semua..selamat berpuasa..gandakan ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini..
semoga bulan ni dapat melatih kita menjadi insan yang sabar...
nak balik raya jangan gaduh2..hahahahaa...

Friday, July 12, 2013

Kesan Minum Air Berlebihan

ini aku copy paste dari blog http://kevinzahri.com
Selamat Berpuasa hari ke 3...

******************************************************
Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.
Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.
Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.
Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.
Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air
Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.
Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

Thursday, July 11, 2013

salam khamis...

2nd day berpuasa...selamat berpuasa semuaa...


aku masih cuti2 tak posa..tak best betoi..nanti kena mengganti...
tapi kan, orang tak posa lagi letih dari yang posa...

opis aku ni sejuk yang amattt.. dah macam dalam peti ais beku tu kot!
kejungggg tangan2 kaki ni haaa...

hari ni hari kedua posa..masak apa??
aku malas nak bubuh gambaq makanan, sebab semuanya beli ja..
hahahaa..
elokla beli pun....hubby aku buka posa kat tempat kerja..huhuhu..tak syokk sungguh laa...
jadik.. aku pulak "buka posa" ja kat umah lepas balik kejaa..
berjemaah dengan iris dan asiff...tutup semua pintu tingkap..
kot2 la jiran mai satni..kantoi..

hari ni aku beli ikan goreng sambal, ayam masak kicap pastu masak lemak jantung pisang...
ni kalau yam dengan fara nampak jantung pisang mesti cakap makanan kegemaran aku..

kuih pulak beli pulut seri muka dengan kuih bakar ijau tu..mula2 nak beli talam suji..
tapi sian pulak dekat adik tu pregnant...
bagi kuih tu dia belilah sebab ada sepotong tu ja yang tinggal..
keseluruhannya 16 hengget...

memula tengah hari ni ada project nih dengan kembar ex-opismate..
tapi terpaksa dibatalkan..sebab kalot dok mengetest..
mengetest user id untuk training next week..
nanti kita set lain wehh..
tak sabaq aihh nak balik kampung...
balik kampong..ooo..balik kampung...ooo balik kampung...
hati giranggggg!!!!
tapi nerves next week training..huwaaaaaa...

apa2 pun selamat berpuasa..
dan selamat bekerja..
buat isteri2 dan ibu2 yang bekerja...pastu balik masak pulak..
u are the best lahhh...
yang suri rumah tu..memang takleh cakap apa dah..
dok umah pun lagi la super dupper penatnyaaa...
tak sempat duduk gamaknya kalau yang ada anak2 kecik tu...
kesimpulannyaaaa kita wanita2 ni sangat kuat....
boleh menggoncang duniaa...
we are the best
dah weng dah kepala aku ni..
posa dak pun..huuuuuu..over yang lebih..

okey lahhh...lagi beberapa jam jer lagi pada yang berpuasa..
selamat berterawih semuaaa...
senyum2 semua..jangan dok wat muka kelat @ ketat di bulan2 posa ni nanti orang cemuih..
senyummm tu menambah seri diwajah tauuuu..

lagi satu....


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya sentiasa berseri bolehlah cuba diamalkan membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).

Doa Pemanis Wajah

Maksud Ayat:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. [Surah Yusuf: 4]

Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama bagi golongan-golongan isteri.

Wednesday, July 10, 2013

Pinjaman Peribadi dan Pelaburan... di copy paste

as-salam dan salam ramadhan...

posa dak hampa semua ni??
kekekeke..
mesti la posa kan..

sapa2 tak buleh posa tu terutamanya kaum hawa,
sembunyi2 sikit kalo nak makan kat opis tu..kahkahkah....

okey, pagi2 tadi sempat la baca pasal benda ni...
ni aku copy paste  dari blog ni..


 info yang sangat2 berguna..sebab sekarang ni tak larat melayan dengan pinjaman yang macam2 jenis terutamanya pinjaman ASB juga...
dan aku jugak pernah terjebak dan nasib baik dah selesai...
pada aku..tengoklah keperluan dan kemampuan diri.
jangan main nak terjah ikut orang okey..
biarlah pada keperluan dan firkirkan kesan jangka panjang..
selamat membaca info berguna ni..


Lepas Meminjam, Nak Melabur Kat Mana ? ASB, Tabung Haji, Hartanah ?




Ada seorang tanya saya soalan mengenai pelaburan. Dia seorang kakitangan kerajaan buat pinjaman peribadi 100,000 selama 15 tahun dengan bayaran bulanan lebih kurang 950.00. Lepas dia buat pinjaman, dia macam sayang nak guna duit tu. Dia Tanya saya di mana sepatutnya dia nak melabur, sama ada ASB, Tabung Haji, beli rumah, tanah atau sebagainya.
Jawapan Saya:

Sebenarnya, yang betulnya adalah tak perlu buat pinjaman peribadi. Dapat gaji tiap bulan penuh lagi baik. Ini pergi pinjam nak buat apa, bukan ada perancangan nak beli apa pun. Mungkin dia rasa pinjaman peribadi dia dalam 4 peratus dan dia anggap keuntungan menyimpan dalam ASB melebihi 8 peratus, dia kata untung. Sebenarnya dia tak tahu, 4 peratus itu dikira dari jumlah asal pinjaman atau baki? Dia pun tak tahu, sebab yang dia tahu, bank kata 4 peratus itu murah.

Apabila kita meminjam dalam personal loan, bank mendapat keuntungan yang besar. Selepas itu kita nak melabur sedangkan pelaburan kita itu belum ada kepastian sama ada untung atau tidak. Okey, kalau kata menyimpan atau melabur dalam ASB itu untung, tapi kita kena kira untung kita berapa dan adakah untung juga selepas kita tolak bayaran pinjaman kita itu. Dalam hal ini, orang kita ramai yang terlepas pandang.
Elakkan Meminjam Untuk Melabur

Kita tak perlu meminjam untuk melabur dan ayat yang mudah orang faham adalah, tak ada duit, tak payah nak melabur. Orang yang melabur kat mana-mana, tak kira Bursa Saham, Saham Amanah dan lain-lain sebab orang itu ada duit sendiri. Begitu juga, janganlah melabur guna duit keperluan kita. Nanti bila kita nak guna duit itu, pelaburan kita belum sampai matlamat kita, kita juga yang susah.
Menjawab soalan tadi, yang pergi susah-susah meminjam tu buat apa. Tak payah pinjam kan senang. Baru-baru ini, bank dilarang mengenakan pinjaman peribadi melebihi 10 tahun, itu saya sokong sangat. Saya nampak selama ini bank untung banyak tanpa bank nak kaji bagaimana akan jadi kepada peminjam itu. Banyak bank sebelum ini kasi sehingga 20 tahun dan ada juga yang beri 25 tahun. Maknanya ada orang meminjam sampai pencen atau dah dekat nak pencen. Sedangkan duit yang dia orang dapat tu habis dalam tempoh setahun lebih saja. Maka duit yang tak habis dan tak tahu nak beli apa, mulalah tanya nak buat apa. Ramai juga yang kerjanya dah malas sebab gaji kurang sebab gaji kena potong sampai pencen.
Jawapan kedua saya nak kasi ialah, kalau dah ada duit baki pinjaman peribadi kita, daripada kita habiskan, eloklah simpan kat ASB atau Tabung Haji. Pertama sebab daripada dia menghabiskan duit beli benda tak tentu arah, elok juga dia simpan. Kedua, dapat juga keuntungan pelaburan beli kat situ.
Soalan lain, mengenai personal loan dia nak beli hartanah seperti rumah, saya nak jawab juga. Harga rumah sekarang bukan murah macam 3-4 tahun dulu. Saya bimbang, dengan duit tunai yang dia pegang sekarang, dia cuma boleh bayar duit muka sahaja. Jadi kalau nak beli rumah, dia kena buat pinjaman perumahan pula yang bayarannya juga tinggi. Kalau begitu, dia akan dibebankan dengan pinjaman peribadi yang berjumlah 950 itu dan satu lagi pinjaman yang lebih kurang macam itu juga. Pasti membebankan.

Elok sangat kalau dia nak beli rumah, dari awal jangan buat personal loan. Beli rumah dulu dan buat pinjaman perumahan dari bank. Lepas itu, kalau kena duit muka contohnya dalam 18,000, maka kalau nak buat personal loan, buatlah dalam 20,000 personal loan. Maknanya buat personal loan kemudian selepas kita nampak apa keperluan kita.

********************************************************

selamat berpuasa dan berbuka puasa hari ni 1 Ramadhan...

Tuesday, July 9, 2013

lunch sebelum puasa

salam hari selasa...

tadi p makan2 dengan geng2...
sempena sambutan bulan puasa esok hari

kami ke Padi lagi..kahkahkah..
kemarin pun Padi, arini pun Padi jugak...
bihun goreng punya pasai...sedap sampai termimpi-mimpi..
amekkkkk 2 hari berturut-turut p makan kat tempat yang sama, menu yang sama...
kahkahkahkah..
tengkiu kak nad, membelanja kami ...

layan gambaq2 kat bawah ni..walaupun dalam gambaq nampak tak brapa nak sedap..
tapi percayalah...bihun goreng singapore ituuu sangat2 lah sedappp..
dimakan bersama cili PADI potong kicap!

yang ni Mexican Beef Taco rm10.50

Singapore Fried Mee Hoon rm10.90
Chix Burrito rm9.90

Singapore Fried Mee Hoon


hari ni kerja2 agak berkurangan sudah...banyak dah setel pagi tadi..
tapi esok haruihla balik lambat...meeting dikala 2.30 petang..
next week dari isnin sampai jumaat ada training pada user negeri dengan smd...
perghhh...bulan2 posa training kan..
haruihlah menyengguk ja memasing,
pastu takkan ada soalan..kompemm lah ni!


ha sebelum terlupa..sapa2 nak kek lapis bagitau...
25 hengget...sedap sangat!
ada macam2 perisa lagi, tapi 2 ni ja yang aku rasa..
memang sedap lahh

ini kek lapis cadburry...25 hengget

ini kek lapis blueberry cheese.. seriusss sedap 25 hengget

ni sementara kerja belom sampai ni tengah2 pikiaq nak masak apa untuk sahur pagi esok..
sakit belakangg neh..kerusi ni memang tak best ahhh..
hadoii...huhuhu..saborrr ja lahh...

.