pagi ni awal jugak aku sampai opis, ingtkan mcm dh terlewat. satgi kol 9 ada meeting sampai petang.
ptg semalam, segala kerisauan aku tentang iris dah berkurangan tapi sikit ja la kurangnya pun.. risau pasal telinga dia bernanah.. susah hati betoi la. ptg smlm aku keluar opis tepat kol 5.30 g amek iris kat nursery then bawak ke pakar ENT kat Bangi. Sebelah klinik tu ada mcm farmasi, ada jual aiskrim bagai lagi.. iris punya la syok dok ulang alik. jenuh aku mengejar.. abahnya pegang asiff.
pastu kena la panggil dgn doktor. doktor tu keluarkan dianyer teropong. aku sikit terkejut tgk alat teropong telinga dia tu yg macam lampu suluh p noreh getah tu.. tapi saiznya agak kecil la.. dia letakkan kat kepala dia, dan dia zoom ke telinga iris. before ni kalau kat klinik biasa tu, dia just pakai teropong telinga yg pakai tangan tu.
doktor cakap mmg bernanah, tapi just telinga luar. aku pun mula la crita kat doktor tu, dh 2 kali aku ulang p klinik kanak2 tu, dah 2 kali tukaq antibiotik bagai tu. doktor siap tanya nama ubat2 tu, sebbaik aku ingt la ubat antibiotik nama "curam" tu. dr tnya gak, brapa hari dari 1st day aku bg ubat yg pertama dan kedua tu. aku pun agak2 ja la..sebab mmg tak ingt date, yg aku tau dh seminggu lebey la.
pastu doktor sedut nanah kat dalam telinga iris, mcm biasa la anak aku, semua benda atas meja doktor tu dia nk amek.. huwaaa.. sebbaik tak teriak pasang volume dia yg sgt kuat tu. settle tu doktor tu teropong lagi. pastu aku pun mula la menyuarakan kerisauan aku, dan macam2 soalan aku tanya. sebabnnya sebelum p klinik tu aku dh search tenet pasal sakit telinga nama otitis ni. kata doktor tu, dia akan bg ubat selsema, ubat demam, ubat titik dalam idung dan ubat titik telinga..katanya ni ubat yg sgt bagus..aku harap mmg bagus betul laa. dia cakap, selagi selsema tak lega, selagi tu la nanah tu akan ada. so dia soh try seminggu. n next monday gi lagi check.
harap2, telinga iris akan sembuh dengan ubat ni. sambil aku dok tnya2 doktor tu, si iris dh menjelajah sampai ke bilik rawatan sebelah tu pulak.. adoilaa anak dara aku ni.. tak reti sakit sungguh laa.. sebbaik bilik doktor tu luas amat.
so kenduri kawen sabtu ni mmg takleh pegi la..sbb isnin kena jumpa doktor. demi untuk anak dara sorg ni kan..takkan nk ulang alik pulak kot dr Perlis mai KL, then balik lagi Perlis untuk kenduri 12 hb pulak.. betulla kata husband aku, kalo bleh dia nk ada pintu mcm doraemon tu, bukak ja dr KL, langkah masuk dlm, terus sampai kg.. hahahhahaaa.. apadaaa husband aku nih...
ni ha tgk gambaq anak dara sorg ni dok buli abah dia melukis untuk dia.. iris....iris
agaknya apala husband aku lukis ni, rasanya..takdak benda lain selain org lidi rambut pun mcm lidi..hahhahaa
sayang anak mama..muahh
No comments:
Post a Comment