Wednesday, August 24, 2011

4 hari kurung kekasih suami...

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.

Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Baca Metro..

*
*
*


Pada pendapat aku la kan.. memang padan muka la kekasih suami dia tu..
saper suruh ko dok cari pasal kacau umah tangga orang.. 
dah takdak duda atau laki bujang ka ko nak goda..
siap kena cabut gigi dengan playar..giler azab.. hurmm..tak dapat nak dibayangkan..
kalo kiter cabut gigi pun siap kena bius gusi kejap.. ini main sentap ja ngan playar.. 
seriau aku..

moral of the story..
gadis-gadis, ibu tunggal atau wanita di luar sana, janganla kacau suami orang..
kesian anak-anak dan isteri lelaki itu, 
dan kepada lelaki-lelaki, 
 setia la dengan yang satu, 
kalau ada masalah pun bincanglah elok2..jangan amek jalan mudah cari awek lain..
ingat sikit selama ni susah senang bersama isteri awak itu..
jangan kelam kabutkan rumah tangga sendiri..
setiap masalah ada penyelesaiannya..



5 comments:

  1. WEH LINDA,AKU PUN sokong,padan muka pompuan tu.dah la bini org,buat skandal dgn laki org pulak.mmg tu patut dapat.so pompuan2 kat luar sana yg ada hati nk goda laki org ingat2 sikit nti tak pasal2 jadi mcm ni,baru pdn muka.tp aku tak dpt bygkan la dia cabut gigi yg kuat tu dgn spanar.adoi la gile sakit weh.pape pun balasan utk pompuan tu,aku tepuk tgn seploh kali.pdn muka ko!

    ReplyDelete
  2. tunjuk gambar kamu di internet.x jaga aib suami dan aib sendiri.x pikir ke...
    jgn ingat nak komen orang lain aje..

    wajah / bentuk badan perempuan ni tak boleh ditunjuk2 dekat lelaki.tau kan dosa..

    ReplyDelete
  3. aku saja jer lepaskan komen di atas.. hamboi2..pedas sungguh komennya kan.. macam la aku tayang gambar bogel kat internet..takpala lepas ni nak pi tanya ustaz muka boleh tayang kat laki tak? agaknya kalo muka takleh tayang kat lelaki, semua isteri2 ni dah pakai purdah kot. bukannya boh gambaq muka nak menggoda laki. agaknya yang dia pun hangin semacam ni sebab dia pun kacau laki orang kot. ataupun sebab muka dia tak lawa..opssssssss... ampun.. mohon maaf yer selamat hari raya aidilfitri dan selamat berpuasa...tapi thanks la bagi peringatan kat ai..

    ReplyDelete
  4. lek linda.. manusia mmg camtu...
    hang buat camna pon ada ja suara sumbang...
    hehe... cool2.. mud raya.. hehehe

    ReplyDelete

.