Wednesday, August 24, 2011

MOOD RAYA SUDAHH

adoi.. pagi2 ada discussion dengan owner system pulak.
tepu kepala otak aku. dari pagi sampai dekat kol 12 baru habis..
dah la dalam kepala dok pikiaq raya jaaaaa.. hurmmmmmmmmm..
stress sebab kena tambah macam2 pulak kat sistem cabuk tu..eee...trus nak migrain..
okey tutup topic kerja.. 

tak sabaqnya nak balik kampung, ditambah dengan mak aku call semalam, dia pun sama ja dok kira hari bila anak dia nak balik.. huhuhu..rindu la tu...

disebabkan semangat teramat nak balik kampung, semalam aku buat aktiviti pembersihan rumah, mengemop mengemas segala.. baju baju pun pulun basuh siap2..
so esok malam terus angkut beg ja.. hahaa..esok malam la nak balik.. bukan malam ni.. heeeeeeeee...
malam ni nak buat aktiviti lipat kain pulak..
disebabkan semangat berkobar-kobar itew..time sahur aku semangat memasak..
baru lepas goreng terubuk masin..tengok2 gas abis pulakkkkk.. seb baik sempat garing ikan terubuk masin aku tu... makan ja la dengan masak kicap ayam, sambal belacan and sambal bilis.. yang masak kicap and sambal bilis tu aku panaskan lauk masuk rice cooker..hahahhaa..nasib ler kann...
berselera sungguh makan sampai licin.. hurmmmmmmmmmm...

lagi 6 hari ja nak puasa.. bendera merah aku ni tak muncul-muncul lagi neh..
risau pulak aku..
mintak2 la esok muncul.. 

haihh..cepatla esokk....





5 comments:

  1. jeng jeng jeng!!!asif nak dapat adik.keh3..aku dah muncul hari ni.lega weh.hehehe

    ReplyDelete
  2. hahhahaa..mintak2 esok esok muncul lah ia..

    ReplyDelete
  3. Ok la tu.. Mana tau Allah nak jumpakan lailatul Qadar dulu. Apa2 pun kalau ada "good news", tahniah la ya.. best apa dpt baby. ;D

    ReplyDelete
  4. Miss MIrror..hahahaa..harap2 hari ni datang la iaaa...

    ReplyDelete
  5. yeaa2.. asif dapat adik.. hehehe

    ReplyDelete

.