macam biasa, tetiap hari jumaat mesti aku happy sakan.. hehehehe...
tapi hari ni aku kena selsema pulak.. semalam takleh tidoq sebab idong tersumbat
and rasa macam nak demam..
tekak pulak macam berpasir jaaa..
aku ingat bakal mc dah arini..tapi bangun pagi tadi macam okey okey jaaa badan..
cuma sakit kepala sikit and meleleh leleh hingus hingus ni..
hishhhhhhhhhhh...sungguh tak selesa..
pagi ni breakfast makan nasi kerbau ayam..silap ejaaa...
nasik kerabu ayam lahhh..hahahaa...
malas aku nak delete.
hasil tempahan dengan akak opis aku,
mmmm....rasanya boleyy laaaa...
boleh order lagi nanti..
sudahlah selsema..pastu dok bedai ayaq teh ais pulak..
haruih bertambah-tambah sakit tekak nanti..
next week isnin dan selasa aku tiada di opis sebab akan ke Port Dickson,
ada jemputan dari owner system aku untuk pembentangan...
alangkah bestnyaaa..
sebab aku and team mate aku anak dara sorang tu dah prepare siap2 slaid..
bos yang present nanti.. dah brief kat bos siap2 dah.. yang syoknya nanti kami p jadi tukang support bos..apa-apa pun aku suka sebab aku tak kena present..
maunnya pengsan kalau nak present kat orang ramai gitu..
sambil menyelam minum ayaq.. yeahhh...
petang2 boleh la aku ajak member aku sorang tu melepak di tepian pantaii..
aku dah search tengok hotel tu..Avillion Hotel..mak aiiiiiiii..macam best ajer...
bolehlah merehatkan kepala otakk sebelum projek perluasan nanti..
boleh jalan ka perluasan tuh nanti..
ishh...
aku tak konpiden sempat buat tahun ni,
sebab nak kena buat integration untuk semua hospital2 tu..
haihh..kesian team mate aku nanti...
dia ditugaskan buat integration..
tapi aku yakin benar...
u can do it my friend...
cuma bebannya tu macam berat..
bayangkan 100 lebih hospital..
kena tambah ahli team la kalo gini,
kalo dak makin kuruih la adik aku sorang tu...
kagum aku dengan dia.. memang sabar orangnyaaaa....
syukur dapat bekerjasama dengan orang macam tu..
positive ajer diaa..
walaupun sebenarnya berat nak menanggung sistem kitorang ni..
macam sistem ni milik kitorg berdua jaa.. hurmmm...
tapi apa boleh cakap kan.. kami yang menurut perintah..
aku harap tahun depan adalah sinar untuk kami..tataulah sinar apaaa kah ituu...
dulu sistem ni tak kluaq2 dari server pun, akhirnya alhamdulillah berjaya juga keluar..
dan dah berjaya integrate dengan sistem lain bagi 9 hospital yang pilot neh...
walaupun banyak mulut bersuara sumbang yang tak yakin...
yalah..diorang hanya tahu bercakap saja..komplen itu komplen ini,
tapi yang berusaha membuatnyaa yang sakit!!
sampaikan aku yang jaga sistem ni pun dikatanya tak reti..bodoh..bengap..selow..
yalahh..aku insan biasa.. belajar dari bawah.. dan akan terus belajar lagi..
ingat senang ka nak faham flow sistem2 perubatan kat spital neh..
nak bernanah telinga aku dok dengar penerangan dari owner dan user..
tapi tu semua adalah cabaran kan..
tak best la pulak kalo tak mencabar..
walaupun aku stress, dok caci sistem ni tapi aku tetap buat sampai menjadik..
hanya kawan2 dan suami yang tau macam mana tensennya aku..
mcm kawan2 aku kat opis ni, depa layan jaaaa aku dok merungut kann..
hahahahaa..itu lah kegunaan best frennn... tengkiuuu uolss....
aku sangat2 menghargainyaaaa... huhuh..
tempat aku mencurahkaan perasaan..
korang lah dok bagi pendapat dan cadangan
untuk aku memantapkan lagi usaha gigih aku nehh...
walaupun sistem tu macam bengong-bengong skit..
tapi alhamdulillah kami berjaya jugak
keluarkan ia daripada dok terperap dalam server tu sekian lama..
tapi aku rasa kejap ja pakainya tu.. nanti akan ada sistem gergasi akan masuk pasaran..
at least takder lah gagal terus menda alah ni..
hishh..panjang pulak entry kali ini..
aku kena cari dokumen nih utk sistem satu lagik, tapi bos pulak tadak,
dokumen dalam bilik bos..
tunggu bos ada kat opis ja lah next week.. kang nanti terhilang barang kanggg...
hehehehehhehe..
alasan semata-mata...
petang ni bos balik opis kot...so petang ni lah setelkan cari dokumen itu..
ramai pulak nak nak pinjam....
aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan kerja aku..
harapan dihati nak membantu rakyat yang mendapatkan rawatan dihospital..
semoga nanti rakyat sama-sama akan dapat appreciate apa yang government cuba buat..
hal2 politik iteww silalah abaikan yaa.. itu untuk orang2 yang berfikiran politik kan!!
politik tidak patut dicampur adukkan dengan kebajikan rakyat jelata!!
what ever pun...tak sabaq aku nak tunggu pembentangan bajet petang nehhh..
semoga kita semua rakyat jelata mendapat manfaatnya..
ameennnn..