terkejut jugak tengok berita semalam..kuala lumpur dilanda banjir kilat..
banyak pulak tu kereta yang sangkut dalam ayaq bah.. bah..ni sama dengan banjir..tapi kami2 orang utara ni memang sebut banjir sebagai bah..
ayaq bah..
hehehee...
pagi semalam kan aku pi hospital kajang..dalam hati berdoa supaya tak hujan lah kajang semalam..
bukan apa, risau kalau2 tak dapat balik rumah, kot terperengkap dalam bah..kekekekee.. dahla sepital tu dekat ja dengan metro kajang.. sipi2 ja...
hurmmm...
hari ni mood aku agak gembira dan bersemangat..s
emalam baca buku motivasi sket..
akhir-akhir ni hati aku tersangkut pada majalah solusi..
harap2 berkekalan lah aku minat majalah tu...
sekurang-kurangnya
memberi sedikit keinsafan dan rasa bersyukur tu semakin menebal dalam diri.
almaklumlah, aku ni jenis yang cepat melatah, cepat putus asa..
takkan selama-lamanya nak hidup dengan sikap-sikap yang tak elok macam tu.
dah la lambat lagi nak pencen..sekurang-kurangnya, biaq lah aku buleh buat kerja dengan ikhlas, mengharap keredhaan allah swt..
sekurang-kurangnya ...
aku boleh memberi sumbangan yang yang boleh meringankan beban orang lain..
mungkin bukan sumbangan duit wang ringgit,
tapi sumbangan dari segi kerja dan perkhidmatan yang terbaik..
insyaallahh.. aku makin belajar..belajar menghargai kerja, belajar menghargai orang lain dan belajar mengharungi erti hidup yang aku tak pasti bilakah nafasku akan berhenti..
kuatkanlah hatiku..
jom kengkawan..kita pi meeting... selamatkanlah aku di meeting itewww..
ameennn
No comments:
Post a Comment