Thursday, April 17, 2014

kelaparan... dan kesejukan dan kempunan...





tak kira...tak kira ..tak kira...tak kiraaaa...
esok malam nak ajak suamiku pi terjah
 gerai Bob tu kat Subang...
dari ahad lepas dok mengidam lepas tengok
Jalan- jalan cari makan...

tapi  saat ini nak yang ni
*
*
*
*
*
*

semua gambar adalah ihsan pocik gugel...

Monday, April 7, 2014

pelam epal @ mangga epal

as-salam...

ni dok bermimpi kalau makan pelam epal ni 
cicah garam belacan a.k.a mak bee...
alangkah sedapnya weiii...


gambar ihsan gugel

kisahnya petang kemarin p pasar borong
 beli stok bahan basah..
pastu dalam kepala memang dok aim dah
 nak beli buah pelam...
pastu lalu area buah2 tu, tengok buah pelam epal...
gebu2 sungguh la haiiii..
apalagi teruih la aku rembat 4 5 biji pelam epal 
pastu pelam water lily ka hapa ntah yang kaler kuning2 oren masak tu...

pastu semalam lepas kenyang makan nasik, 
teruih kebummm lenaaaaaa...
pastu hari ni mai opis aku dok terkenang-kenang 
buah pelam epal tu cicah garam belacan mak bee tu..
huwaaa..cepatlah pukul 5.30...
nak balik menyicah...
cepatlah sebelum ayaq liur aku meleleh leleh ni..


Friday, April 4, 2014

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda
1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

Thursday, April 3, 2014

MENYESAL

SELAMAT HARI KHAMIS...

tajuk entry aku tu memang tulus dari hati..
huwaaaaaaaa...

awatlah aku pi tengok bigbos lalu taksat..
kan dia dah tanya...slaid dah siap?
esok ek present!
aku macam uuu aaa uu aa lagi...
huwaaaaaaaaaaaaa..

memang la slaid flow tu dah siap...siap lama dah..
tapi part nak kena present kat bigbos tu
 tak berapa nak sanggup..
satgi kena jawab soalan cepu emas..
dah la aku ni ala2 tak berapa nak confident sangat...

mintak2lah esok bos ada urgent meeting...
ataupun bos lupaaaa..ataupun bos EL pun okey gak
saja ja bos niii...
ni yang tak berapa nak lelap lena malam ni..
Ya Allah selamatkan lah aku esok..amin..
selalunya kalau nak sampai hari jumaat mesti syok..
tapi esok macam merisaukan.......
present ja la apa ada...
tapi takut juga satgi aku buat ajaran sesat...
tapi kalau aku buat ajaran sesat pun
 agak2 aku la kan...
bigbos buat2 taktau jugak kot..hahahaha...
merapu la petang2 ni...
okeylah..malam ni praktis...
laluilah hari esok dengan bahagianyaaaaaaa..
aminnnnn..

Friday, March 28, 2014

Salam Jumaat ## Pray for MH370

as-salam...

pejam celik pejam celik dah berjumpa dengan jumaat..
alhamdulillah ...

semoga pencarian MH370 akan membuahkan hasil dan dipermudahkanNYA...aminn...

hari ni, hari paling lega....takdak bengkel,
 meeting petang ni pun batal...lega yang amat...
dari pagi tadi, 
lepas setel 3 4 bugs dan lagi aku terlelap...
opis sejuk gila...
pastu aku tatau la awat la aku kerja nak terlelap ja
 akhir2 ni..
rasa macam letih semacam ja..huwaaa..

cuti sekolah dah nak habis...
 aku tak bercuti pun sepanjang minggu ni..
menghabiskan tugas2 di pejabat saja..
anak2 pun tak ke mana-mana pun..
pagi2 hantaq pi taska Bondamama, 
iris sekali sebab prasekolah pun cuti kan...
petang amik depa..
pastu malam2 lepas maghrib kluaq p makan ataupun tapau balik makan kat rumah...
letih sungguh rasanya nak masak kat umah...
haihh cepatlah angin2 keletihan ni berlalu..
tapi esok nak cuba buat-buat rajin..
esok nak buat cup cakes..ntahla nak jadi rajin ka dak..

kandungan dah masuk 12 minggu dah ni..alhamdulillah..
tak menghadapi loya2 atau morning sickness atau 
night sickness apa pun
cuma sindrom keletihan melampau dan
 pertumbuhan jerawat di muka dan badan..
huwaaa...doktor kata lepas bersalin akan lega..
harap2 laaa...kalau dak jenuh ..
tumbuh jerawat macam jerawat di zaman remaja..
nampak sangat hormon remaja kembali dalam hidupku..merepek..

tahniah untuk kawan aku...dot..dot..dot... 
sebab pregnant...alhamdulillah
setelah sekian lama menanti...
biarlah aku rahsiakan empunya diri...hehehhee
tumpang gumbira dengar berita ni...ko take care okey...
kalo letih baring2..lena2 ja macam aku ni ha..hahahaha...
jaga pemakanan dan jangan lasak2 okey....

iklan ubat gigi ....
berat sekarang = 65kg =3 month of pregnancy...doktor pesan aku ada harapan dapat darah tinggi kalau tak jaga pemakanan masa mengandung..okeyy..insaf sat takmau makan roti canai dah pagi2...


Friday, March 21, 2014

#PrayForMH370 hari ke 14

as-salam...


hari ni dah hari ke 14 pencarian MH370...
semoga Allah SWT bagi yang terbaik..

aku masih mengharapkan ada keajaiban...dengan izin Allah SWT...
semoga depa semua tak jatuh dalam laut...huwaaaaaaa...
semoga depa semua hidup dan baik2 saja cedera sikit takpa...
aminnnnn...

tapi kalau dah tersurat, semoga cepatlah kita tau apa yang terjadi...
tak sanggup dengaq kapten zaharie kena tuduh pengganas...
semoga Allah SWT lindungi depa semua..aminnn

rakyat Malaysia ni memang semuanya prihatin..
tapi sudah2 lah buat spekulasi..
macam2 spekulasi.. sampaikan ke hal politik pun nak ditarik sekali..
Ya Allah tunjukkanlah kebenaran yang sebenar-benarnya...aminn...
malas nak tengok blog2 pasai ni..
hanya dengar press conference dari menteri...
kesian menteri kita dato' Hishamuddin..
kesian tgk muka ceo Mas tu dengan Pengarah DCA tuu...
depa semua bertungkus-lumus...
semoga Allah SWT permudahkan segalanya..
kuatkanlah hati family penumpang2 dan krew2 MH370..
kuatkanlah hati rakyat Malaysia...
amin..

Thursday, March 13, 2014

#PrayForMH370 ~~ Hari ke 6

Ya Allah SWT...

hari ni hari ke 6 pesawat MH370 masih lagi dalam pencarian...
Kau temukanlah pesawat MH370....
kami semua mendoakan...semoga ada keajaiban yang berlaku..
semoga mereka semuanya selamat..
tapi jika ditakdirkan mereka telah tiada,
kau temukanlah kami jalan untuk menemukan mereka dalam apa jua keadaan...
aminn...

sedih sangat..hari ni dah hari ke 6...
penantian demi penantian..
kerajaan Malaysia dan negara2 lain berusaha habis habisan mencari MH370
masih kuat semangat meneruskan usaha ni...
tolong lah rakyat Malaysia..jangan buat sebarang spekulasi....
kita yang tiada pertalian darah dengan mangsa pun rasa sedih sangat..
apatah lagi saudara dan rakan2 terdekat mangsa...
tolonglah hormati perasaan diorang..
mari kita sama-sama doa, baca yasin dan buat solat hajat sampai mereka semua ditemui...
mudah-mudahan Allah SWT izinkan kita untuk jumpa balik MH370 dan penumpang semua..




.