Thursday, March 29, 2012

kejap ja masa berlalu dah petang..dah time balik.. uwaa..kerja menimbun tak siap lagi oii..
tak der sehari pun takdak kerja,
 melainkan aku pura-pura takdak kerja dan tarik wayar tepon..huwaaaa...
nasib la..kalo tak tarik wayar tepon, kang lagi banyak kerja aku tak siap..
 ya allah, ampunkanlah dosa-dosa aku...huhu..

yang penting esok jumaat..hari yang ditunggu-tunggu sejak hari ahad..
hahahahaha...
malam ni nak makan satay, perut pun berkeroncong ja ni..
lapaq sungguh ni!!
okey lah jom sambung buat kerja lagik...
bubbyeeeeeeee


Tuesday, March 27, 2012

as-salam dan selamat petang semua...

hari yang agak letih, pagi tadi pi hospital tuanku ampuan rahimah, klang..
tapi aku ingat kata-kata opismate aku ni pagi tadi sebelum aku bergerak, "berkat gaji ko!"
tapi pada pendapat aku la kan...nak berkat kalau jangan merungut kot..hahaha..
macam aku ni merungut jaa sama naik dengan kerja..
so lepas ni insyaallah walau macam mana tension pun, aku takmau merungut..
merungut atau buat luahan perasaan kat Yam and Fara ja lah..
mampos la korang dua orang muntah darah dengar luahan aku pagi2 time breakfast..
kakakaka..layankan ajer sampai bernanah telinga..
kalo tak, ada jugak kawan korang ni kena pool kat jpa sebab gila mereng..

jadi sempena semangat yang suam2 kuku ni aku tujukan lagu kat bawah ni untuk aku..
juga untuk kawan2 semua yang memang tengah pulun siapkan kerja tuh..
kakakakakaka..


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Monday, March 26, 2012

caca marba

sabtu ahad lepas aku harungi dengan debaran, putus asa dan sangat susah hati..
tapi takdak lah sampai nak bunuh diri..
allah swt sentiasa ada bersama aku..ameen...
agaknya memang aku yang tak pandai buat kerja dan manage kerja..
cepatlah peluang aku bertukar keluar kementerian pulak..
rasanya macam tadak guna lagi dok kat sini..
masuk opis hari ni macam biasalah..bukak email, 
pastu settle kerja2 mendelete data orang hospital silap key-in bagai tu..
sambil tu reply email, jawab phone dari phone opis juga dari handphone..
what the hell aku buat kerja...
sambil tu juga aku kena siapkan requirement untuk betulkan sistem..
requirement betulkan sistem, requirement change request..
mana satu nihh...tak terhandle dah ni..
masuk pulak kena buat panggilan meeting bagai, pastu minit tak siap lagi..
aku memang takdan dah wei nak buat minit..
dok settle issue dari 137 hospital yang kena entertain..
tak layan kang macam rasa berdosa besar.. gaji dapat, kerja tak setara mana..
aku cuba..aku cuba ya allah..
aku cuba sehabis baik dan sehabis daya yang termampu dah ni..
kadang2 bila dengar ayat-ayat menyakitkan hati, truih rasa down..
tapi dalam ramai2 orang tu masih ada juga insan2 yang dok bagi motivasi kat aku..
tapi selama mana motivasi tu akan bertahan..
bos aku cakap nanti muka cepat berkedut kalau dok pikir sangat masalah..
hahahaha..
yezzaaaaaaaaaaa...memang dah nampak kesan-kesannya...
walaupun bukan kedutan, tapi benda2 lain...
dalam kepala otak aku ni asik pikir macam mana nak settlekan kerja-kerja yang masih tak nampak penyudahnya...
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
brenti kerja kang!!!!!!!!!!!!!!
tapi tak berduit pulak nanti sementara nak dapat kerja lain...hahahaha..
cepatlah lah oiii jpa bagi aku tukaq, sementara aku tak gila lagi ni..








Friday, March 23, 2012

aduhai..

letih kan kerja..kan..kan..kan..
letih kepala otak, letih jalan pi sana sini hantar itu ini ..
bunyinya macam aku ni merungut..
bukan merungut sangat la...
tapi kalau dah macam-macam kena buat..kadang2 tu memang berbunyi la kan tak puas hati..
kesian kat aku, kesian kat teammate aku, kesian lagi kat bos aku..
aku rasa sejak 1 mac aritu, otak dan mata dan kepala macam tak syncronize ja..
ntah..ntah ..ntah.. terlalu padat kepala otak dan sesak sangat hati dan perasaan..
ini rungutan pasal kerja..sapa-sapa rasa meluat nak baca sila jangan baca..
aku ni bukannya bagus sangat, 
so memang lah kena buat sesi luahan perasaan kat blog untuk kurangkan stress..
bukan bertujuan untuk menunjuk 
kononnya aku sorang ja insan paling buzy kat opis
 atau dunia ni..
bukan juga nak tunjuk diri ini seorang yang bagus..
sebab aku sebenarnya memang banyak kurangnya..buat itu ini tak kena..
cuma aku sekadar meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini saja..
bukannya nak burukkan sesapa pun...sebab yang buruknya mestilah aku..

haihhhh..minggu ni memang minggu kena bantai ja..
dari segenap segi kena bantai..
ya allah, kuatkanlah hati aku ni untuk menghadapi dugaan dan cabaran kerja ni..
kuatkanlah juga azam dan ketajaman minda aku ni untuk aku sukseskan projek aku ni..
nampak macam nak gagal, tapi dok ada lagi..
hurmm..sakitnya oii..sakitnyaaaa...sakitnyaaaa jiwa raga..
tidur malam pun asik terjaga jaa..
badan rasa macam tak sihat..tapi aku yakin, aku sihat..
cuma mungkin mental ja agak serabut...
sakit telinga dengar kutukan, sakit telinga jawab call..
helppp...superman..superman...please help me...
semua benda salahkan sistem aku..
sistem aku ni dah la inhouse..sekupang pun takdak kos..FOC..
sistem outsource pun tak brapa nak betoi..tu tera bayaq berjuta-juta..
so, blajaqlah menghargai product buatan kementerian sendiri yang tanpa kos tu..
jangan lah tambah taik lagi..sama-samalah betulkan dan perelok..

insyaallah, alang2 menyeluk pekasam, akan aku sudahkan jugak hingga ke titisan terakhir..
pikiran mesti positif walau apa pun yang mendatang..
walau kena kutuk apa pun kena hadapi dan teruskan juga selagi masih dibayar gaji...
ini macam ayat motivasilah ni untuk aku..
kuatkanlah ya allah semangat aku ni..
kuatkanlah semangat aku ..
mudahkanlah segala urusan kerja aku..
sesungguhnya aku insan yang lemah dan amat memerlukan petunjuk dan perlindunganMU..
sesungguhnya engkaulah Maha Mengetahui..
ameennn...


sekadar jamu mata

 

Thursday, March 22, 2012

caiyook caiyook esok jumaat

weeeeeeeee...bestnya esok hari jumaat..
best sebab sabtu ahad tak payah mai kerja..

aku dah buat macam-macam plan dah ni sempena sabtu ahad ni.
antaranya hari ahad ni nak jumpa kawan lama, dia dah nak berhijrah ke Brunei ikut suaminya bertugas kat sana..
bunyik macam best kan....
aku doakan yang terbaik untuk dia.. dia kawan dari tadika lagi, 
dari 6 tahun, sampai darjah 6 sekolah sama.. 

dannnn..plan yang lain adalah untuk bersenam latih tubi bangkit duduk kat umah untuk mengurangkan lemak-lemak berlebihan dalam badan aku ni..bagi dapat berat 48kg..kahkahkahkah..mimpi disiang hari lah kan nak dapat berat macma patung kat anjung tuh...ermmm..macam mana la nak cuba resepi baru kalau dalam masa yang sama nak berdiet...goneeeeeeeeee...

okey ah..jom balik siram pokok2 kesayangan aku kat belakang umah..
semoga hidup subur mekar mewangi lah hendaknya...



Friday, March 16, 2012

hepi besday fara ayue..

hari jumaat yang mulia hari ni..16 Mac ..
besday kawan baik kat opis ni aku ni merangkap geng kongsi gelap aku..hahahahaa....
fara.. hepi besday fara..sweet seventeen...kahkahkah...
apa-apa pun aku mendoakan ko dimurahkan rezeki, sihat dan dipanjangkan umur..
semoga tahun ni jumpa jodoh seperti yang diidamkan..insyaallah...
dan terima kasih selama ni selalu tolong aku dikala suamiku outstation..kekekeke..
asik jadi penumpang setia ko jer..hahahaa..
semoga lebih berseri-seri lagi lepas ni...ameen....
ha..hari ni dah boleh bukak dah bungkusan aku tuh..kuangkuangkuang....

sorang lagi geng kongsi gelap dah masuk spital..
aku doakan untuk yang sorang lagi tu cepat sembuh..
sabaq tau kalo kena apa2 prosidur pun kat spital tu..
ko kuat...
insyaallah boleh...
dah 2 hari tak berkongsi gossip dan tekanan2 jiwa aku ni ngan ko..
lepas ni aku compile semua...
hahahahaa...

kat opis aku ni, dua orang ni lah paling rapat...berkongsi suka dan duka kerja2 opis ni..
huhuhu..nanti kalau aku dah tadak kat opis ni lagi, korang jangan la lupakan aku yer..
friendship never end..dah macam lagu spice girl zaman2 sekolah menengah pulak..

hari ni aku dah boleh lupakan skit tekanan2 kerja aku ni..
betoi jugak kalo pikir dari satu segi, tak guna nak bermati-matian buat kerja pejabat ni..
buat ja takat mana mampu..mana yang tak terjangkau dek akal tu, let go sajork..
berserah dan bertawakkal..
padahal projek bakal gagal..
huhuhu..

Wednesday, March 14, 2012

buzy

kebizian yang amat melanda diriku kini..
bizi dengan kerja .. tapi dah macam project gagal ja..
huh..malas pikiaq.. buleh dak malas pikiaq???
buleh dak nak buat kerja sambil lewa 
dengan alasan nanti dapat lah ditukarkan ke tempat lain..
macam budus ja kan..haihh..jangan..jangan makan gaji buta!!!

selagi hayat dikandung badan, dan selagi masih berpijak di lantai opis ni 
dan bernaung di bawah awan siling opis ni..selagi tu lah aku harus kuat..
kuat mengharung segala cabaran..
mungkin inilah sebenarnya pengalaman yang tak akan aku dapat di tempat lain..
ataupun pengalaman yang harus aku kutip sebelum menjadi bos suatu hari nanti..
ayat sedapkan hati sendiri ja semua tu..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..jerit dalam hati

balik nanti nak masak mee sup again!!!
kekekekee..sedappppp..
berebut satu family..
kahkahkah..


Friday, March 9, 2012

yessssssss..esok cutii

alhamdulillah..esok sabtu.. masa untuk menenangkan pikiran..
restkan kepala hotak aku ni setelah 
menghadapi minggu yang penuh cabaran dan dugaan ini..
aku kan tak brapa pandai macam orang lain..
so mestilah penuh cabaran dan dugaan ajer setiap hari..
lainlah orang lain yang memang dah tip top kan!!
takpalah..aku cuba sedaya upaya dengan bantuan Yang Maha Esa..
usaha, doa dan tawakkal..selebihnya aku redha...
walaupun kadang-kadang dalam hati ni keikhlasan untuk buat kerja tu hilang ntah kemana..
aku hanya insan biasa..

kisah2 penipuan sudah berakhir
alhamdulillah cek pun dah clear..so dapat balik duit yang kena klentong tu..
legaa....nasib aku memang selalu macam ni..
lepas kes kena tipu tu, alhamdulillah, 
time tu claim aku yang tahun lepas punya, baru masuk akaun..
pastu dapat cek dari prudential, sebab aku terlebih bayaq yang tahun bila ntah..
alhamdulillah..kita tak tau apa yang Allah SWT rancangkan untuk kita..
Allah SWT Maha Mengetahui..setiap apa yang direncanakan ada hikmah disebaliknya..

semoga lepas ni aku akan lebih tabah, lebih kuat dan lebih menginsafi diri ini..

Tuesday, March 6, 2012

taktau nak bubuh tajuk apa

2 minggu kebelakangan ni adalah minggu2 yang sangat menyayat hati..
senang cakap, dari awal februari lah..
dari start kereta accident..
pastu baru2 ni kena tipu pasal beli kereta..
time2 kena tipu tu jugaklah sistem aku jaga ni nak launching satu malaysia..
dengan sistem tu tak berapa nak betoi..nyawa2 ikan ja..
biasalah kalau nak mengejar kpi sesuatu bahagian..kena la ikut jaaa..
yang sengsaranya..aku..again..AKUU...
hurmmm...sakit kepala otak aku ni tak lega2 lagi sebenarnya..
senyum di luar, ketawa berdekah-dekah di luar..tapi dalam hati..
hanya allah saja yang tahu..
agaknya..sebab muka aku ni sedih ja kat umah..
husband pun layankan ja lah kalau aku ajak ke mana2 pun..
so 2 kali lah dia bawa pi sungai buloh..
beli pokok bunga and segala pokok yang bini dia berkenan..
thanks suamiku..huhuhu..
akhirnya dirimu memahami juga perasaan gundah gulana sang isteri..
huwaaaaaaaa..
kereta viva yang diangankan haremmmm tak dapat...
sekarang ni dok tunggu cek yang diberi oleh perodua..tak clear2 lagi floating dalam akaun..
harap2 perodua tak klentong aku bagi cek tendang...siaplah kalao bagi cek tendang..
aku dah letih dah pi perodua tuu...huwaaaaaaaaaa..
aku ni dalam blog ja cakap bukan main, pegi depan2 manager tu, 
tak boleh pulak aku nak cakap marah2..
macam tak sanggup ja nak tinggi suaraaaaaaaaaaa...huwaaaaaa..
nak ja aku keluarkan hati aku ni, polish2 apa yang patut..
buang semua benda yang menyusahkan hati tu..
huhu..
tak boleh aku nak buang perasaan2 tu semua..
huhuhu..
sedihnyaa...kereta oh kereta..
dah la first taim aku nak beli kereta..
agaknya viva putih bukan ditakdirkan untuk aku lagi..
jom ahh beli wish putih truih..(sila sedaq diri..duit tarak)

.