Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN

SAYA DAN KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN ..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI && MAAF ZAHIR BATIN DI ATAS SEGALA KETERLANJURAN KATA-KATA ATAU PERBUATAN YANG MENYINGGUNG PERASAAN SEMUA..

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG DAN KEMBALI SEMULA..
DAN
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA!!!
AMEENN..
*********************************************************************************

Wednesday, August 24, 2011

MOOD RAYA SUDAHH

adoi.. pagi2 ada discussion dengan owner system pulak.
tepu kepala otak aku. dari pagi sampai dekat kol 12 baru habis..
dah la dalam kepala dok pikiaq raya jaaaaa.. hurmmmmmmmmm..
stress sebab kena tambah macam2 pulak kat sistem cabuk tu..eee...trus nak migrain..
okey tutup topic kerja.. 

tak sabaqnya nak balik kampung, ditambah dengan mak aku call semalam, dia pun sama ja dok kira hari bila anak dia nak balik.. huhuhu..rindu la tu...

disebabkan semangat teramat nak balik kampung, semalam aku buat aktiviti pembersihan rumah, mengemop mengemas segala.. baju baju pun pulun basuh siap2..
so esok malam terus angkut beg ja.. hahaa..esok malam la nak balik.. bukan malam ni.. heeeeeeeee...
malam ni nak buat aktiviti lipat kain pulak..
disebabkan semangat berkobar-kobar itew..time sahur aku semangat memasak..
baru lepas goreng terubuk masin..tengok2 gas abis pulakkkkk.. seb baik sempat garing ikan terubuk masin aku tu... makan ja la dengan masak kicap ayam, sambal belacan and sambal bilis.. yang masak kicap and sambal bilis tu aku panaskan lauk masuk rice cooker..hahahhaa..nasib ler kann...
berselera sungguh makan sampai licin.. hurmmmmmmmmmm...

lagi 6 hari ja nak puasa.. bendera merah aku ni tak muncul-muncul lagi neh..
risau pulak aku..
mintak2 la esok muncul.. 

haihh..cepatla esokk....





4 hari kurung kekasih suami...

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.
Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.

Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Baca Metro..

*
*
*


Pada pendapat aku la kan.. memang padan muka la kekasih suami dia tu..
saper suruh ko dok cari pasal kacau umah tangga orang.. 
dah takdak duda atau laki bujang ka ko nak goda..
siap kena cabut gigi dengan playar..giler azab.. hurmm..tak dapat nak dibayangkan..
kalo kiter cabut gigi pun siap kena bius gusi kejap.. ini main sentap ja ngan playar.. 
seriau aku..

moral of the story..
gadis-gadis, ibu tunggal atau wanita di luar sana, janganla kacau suami orang..
kesian anak-anak dan isteri lelaki itu, 
dan kepada lelaki-lelaki, 
 setia la dengan yang satu, 
kalau ada masalah pun bincanglah elok2..jangan amek jalan mudah cari awek lain..
ingat sikit selama ni susah senang bersama isteri awak itu..
jangan kelam kabutkan rumah tangga sendiri..
setiap masalah ada penyelesaiannya..



Tuesday, August 23, 2011

lagu raya berkumandang

pagi tadi langit gelap ajer..pastu hujan lebat..hari ni aku sampai opis b4 7.30 pagi.. awai la jugak dari hari biasa.. kalo dak, berlari2 naik tangga sebab nak ligan punch card dari kaler merah.. kkekekekee...

hari ni sangat bersemangat nak menyudahkan kerja-kerja yang boleh dibereskan.. alhamdulillah banyak yang sudah setel.. tapi banyak jugak yang incoming tuuuu... huuuuuuuuuuuu..baru nak beraya dengan tenangnya..
tak po la..buat la sikit2 sampai abis..heeeeee...

weuu..tak sabaqnya nak beraya.. asik dengaq lagu raya ja ni kat opis..best2...
malam ni aku nak buat aktiviti kemas rumah.. nak vacuum and mop segala..hehehehe..
semangat nehhhhh..

tak dapat kulupa la pagi tadi masak sahur angel hair (spagethi yang kuruih2 tu)..masak goreng2 ja...gila masinn..hahahahhaa.. kesian aku ..penat2 masak ketung ketang kat dapur tu..pastu masin.. hahahahaa...
nasib la kan.. lepas ni kena hati2 la time nak bubuh garam tu.. hurmm..kena di up kan lagi skill memasak..heeeee...
hurmm agaknya sebab spageti tu masin kot aku awai ja siap nak mai keja hari ni.. hahaha..

okeh la..jom sambung kerja...........lalalalala..
balik kampung..oooo balik kampung..oooo balik kampung..hati girang....


Monday, August 22, 2011

sardiness

pasai apa ntah.. tetiba teringin nak makan sardin..sambal sardin.. 
balik satgi nk masak sardin la.. huuuuuuuuuu.. pastu nak buat apam dot dot..bahan dah ada..cuma paper cup tu ja yg tadak..harap2 ada la dijuai kat kedai presint 8 tu.. buleh aku membuat apam dot dot petang ni dan buleh la bagi balik bekas2 jiran bagi juadah.. kekekee.. idea nak membalas balik neh..
aku plan nk buh filling coklat, kaya and jem.. heeeeeee... 
kalo jadik buat..esok aku update

ngantok amat weh.. awat la aku test page ni aritu dah okey, hari ni kembali ke asal pulak, yang tak okey.. eeee...geramnyaa..server problem kaaa?? konpius akuu..cepatla cuti raya..takleh pikiaq dah ni..

dah nak cuti dah

alhamdulillah..minggu ni minggu terakhir aku bekerja b4 cuti raya.
insyaallah Khamis malam nanti kami akan bertolak balik ke Perlis.. 
dah tak sabaq sabaq dah ni nak balik kampung.

persiapan raya..baju bajan semua dah settle.. kuih raya pun dah setel.. hari ni kerepek pisang sedap dah sampai kat bawah meja aku.. hehehe.. 3 kilo weh aku beli.. haa.. sekilo untuk umah mertua, sekilo untuk umah mak aku, and sekilo lagi untuk umah aku.. kuih biskut and cookies.. raya ni la cousin aku bagi.. cookies2 memang tempah dengan cousin aku.. dia dah berjaya bukak kilang kuih.. sedappp sedap belaka.. hasil dia menuntut ilmu sampai ke luar negara..serata dunia..akhirnya berjaya jugak bukak kilang sendiri..
haa..tahun depan aku jadik dealer dia...yo yo ooooo ja aku ni..

sabtu aritu aku p menyopping baju budak2 neh lagik..and lagik.. tu pun sebab majlis buka posa kat umah aku terpaksa dicancelkan.. kesian kat kawan2 husband aku, dah planning awai2 posa lagik.. takpa weh lepas raya kita buat open house..
insyaallahhh...
(rasa sangat bersalah sebab terpaksa pergi yang satu lagi..)
aritu aku p shopping kat jj equine ja.. takla  ramai orang sangat.. rasuah iris beli buku and papan itam dia tu..terus dok sengap dalam trolley sampai ke sudah..legaa...buleh membeli dengan tenang..

semalam p buka posa umah kawan aku Azean di serdang.. fuhhh..lawa amat umah dia... penthouse..aku suka gila tgk design umah tu.. tapi bila pikiaq balik, umah tu tingkat 19 and 20 weii.. tak ker menitik ayaq mata nak tunggu lif naik turun.. huhuh.. tapi lawa.. azean masak nasik daging and bihun sup.. fuhh.. sup gearbox.. sampai pening akuu.. siap dia tapaukan lagi balik makan kat umah pulak..tapi tak sempat nak sembang2 panjang sebab anak2 aku dok cergas sana sini.. hadoii.. penat nak kepong.. siap p cekau ikan dalan akuarium lagik.. huhuh.. harap2 panjang la lagik umur ikan tu.. kekeekkekekee..
raya nanti kita jumpa lagi azean..ameenn..

eeeeeeee...sangat tak sabaq nak bercutiii... okeylah weh.. jomla sambung buat kerja.. satgi bos marah pulak..
apa-apa pun selamat berpuasa dan hati-hai di jalan raya ya...





Tuesday, August 16, 2011

jaga lidah bila berkata-kata

as-salam dan selamat pagi juga salam ramadhan..



kepada sesiapa yang rasa kalau bercakap tu boleh menyakitkan hati orang lain..
baik takyah cakap jaaa...tambah dosa..juga peringatan untuk aku sendiri.
kalau nak cakap jangan main lepas.tak kisahlah bulan puasa ka bulan tak puasa ka..
semua orang ada hati dan perasaan..


dah la printer tersekat2..pastu mesin potostat misfeed detected ajer dari tadi, aku dah punggah segala dah kat mesin potostat tu.. mana ada kertas sangkut.. 

hurmmmmmmmmm nak ja balik umah..mop2 lantai..cuci toilet..kemas dapur..
ada jugak paedahnya..

 




Monday, August 15, 2011

melawat spital

giler letih aku balik dari sesi p mencari bahan untuk dilaporkan kat tuan Dg..huuuuuuuu..
hari ni trip p hospital ampuan rahimah, pastu ke serdang pastu ke kajangg... sampai balik opis kol 4 lebey tadik, terus rasa nak patah pinggang..rasa sakit tekak ja ni.. 


yeahhhhhh lagi 10 hari ja lagi nak balik kampung beraya...syoknyaaaaaaaa,,,
bonus dah dapat..pada yang dah membuat persiapan awal tu, boleh lah simpan simpan bonus itu untuk kegunaan selepas raya pulak.. kekekeke...

okeylah..selamat berpuasa lagi 2 jam lebey lagik and selamat berbuka puasa semua..



Thursday, August 11, 2011

hari ke 11

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke sebelas kita berpuasa..alhamdulillah..aku masih berkesempatan berpuasa penuh lagi..hee.. 

hari ni aku cergas dari semalam.. agaknya sebab sahur makan nasik goreng kampung sampai satu pinggan kot. walaupun anak teruna sorang aku tu pun bangun sama, sambil merengek-rengek di tepi kaki meja..aku masih mampu habiskan satu pinggan nasik goreng yang  sangat sedap itew (jangan percaya kata sedap)..hahaha..

sahur pagi esok aku tatau la pulak nak masak apa..masak mee goreng macam best jugak...bihun goreng kaa... tapi kuat ka sampai petang..hurmm..

semalam punya la teringin nak makan epal ijau ngn kuah rojak mak bee tu.. tapi dok kelam kabut dengan anak-anak tersayang sampai akhirnya aku terlena diulit intan..huhuhu.. harus sambung malam ni lah.. aduss..meleleh ayaq liuq...


okey lah wei, jom sambung buat kerjassssssss yang menimbun ini..

selamat berpuasa dan berbuka puasa..

Wednesday, August 10, 2011

gigil tak cukup tangan nak buat keja

gila banyak kerja dari isnin.. uwaaa... letihh akuu.. ke hulu ke hilir..
hari ni macam rileks sket sebab bos semua takder.. dari bos kecik sampai bos besar.. heeeeee..
malas nak akses server sistem aku tuu.. so aku buat kerja pengkeranian ja la hari ni..cover yang letih  2 hari lepas..
hahahaha..alasan semata...

weh..dah apply cuti raya belom..okey sat lagi aku akan meng apply cuti rayaaaaa.. yahuuu... balik kampung 25 malam.. balik putrajaya semula 5 September..giler hebat aku cuti raya tahun ni.. empat hari..best nehh..nak lepak lepak bawah pokok pelam, lepak lepak depan umah..uihh  tak dapat digambarkan keseronokan hati ini.

so, sabtu ni baru nak kalot p shopping baju raya anak-anak dan suami..
kejam aku kan.. baju raya aku yang siap dulu..hahahaha..nasib lerr bangg... hahahaa
tahun ni budget tak leh terover, sebab aku kena buat banyak simpanan neh, untuk projek tahun depan..ada projek bersar besaran nak dibuat.. hurmm insyaallah..
cuma nak lebihkan beli baju pakai hari hari untuk anak-anak sebab nak bawak ke nursery. macam si anak teruna sorang aku tu, leher baju penuh bertahi lalat, sebab dia jenis air liur bertali..uwaa.. stress aku kalo bawak gi jalan..abis satu baju belah depan tu basah dengan air liur...

hadoii..terus bad mood neh...aku baru dapat call pasal isu sistem aku neh.. adoi yaiiiiii...
tak leh nak bawak dah ni.. Ya allah..restuilah aku..

selamat berpuasa dan berbuka puasa...

Friday, August 5, 2011

n3 khas utk yana..

hahahaha.. disebabkan masalah tepon aku yang masih kena sekat walaupun bil telah dibayarr.mencik la dgn celcom cabuk neh.menyebabkan aku langsung tak buleh reply msg.. Yana, pampers tu tak dak stok lagi weh.. haihh.. aku tggu ada stok baru nanti aku bagitau untuk order balik... lagi satu pasal nuffnang tu..hadoii kena block kat sini, nnt aku dapat broadband aku tlg buatkan kat hang..takdak expired date kann..secepat mungkin nanti aku tlg buat kan!..heeeeeeee...

okeh..selamat berpuasa Puan Yana sekeluarga.. heeeeeeeeee

Wednesday, August 3, 2011

sungguh tak best..

aku baru  lepas tapau makanan kat cafe bawah..bukan tak posa noo..tapi tapau lauk utk berbuka satni. husband aku outstation..
sabtu baru balik..
tu pun malam agaknya baru sampai..
uwaa..sungguh sungguh hati tak besttttt... huhuhuhu..
harusla harini buka posa sambil berdiri takpun berlari..hahaha..melayan karenah anak-anak aku yang manja yang amat tuuu..nak masak satgi ada pembantu pulak. baik tapau ja. nak p bazar ramadan.. aku takleh drive..ini pun tumpang orang mai keja..anak anak aku tokey nursery mai amek n hantaq..sunggguh tak bestt... 

****************************
okey ah..selamat berpuasa semuaa..yayy dah hari ke 3.. cepat cepatla 26 Ogos..mau balik kampung...kekekkee..


Monday, August 1, 2011

copy && paste

syok betoi kerja copy and paste aku arini..
dok pesiap manual untuk pentadbir sistem dulu. edit edit dari version awal dolu..
banyak jugak screen yang bertukar.. adei..
rasanya esok petang dah buleh siap neh..
baru satu la yang siap pun...itupun sebab dah ngadap pc sampai naik pedih bijik mata..
semangat nak raya lah katakan..ditambah pulak ada opismate sorang ni awal awal pasang  lagu raya..sungguh macam nak raya dah.. kekeke...

mengantuk tahap gaban nih..haiiih...
layankan blog ja la duluuuuuuuuu...

selamat berpuasa..
lagi 4 jam lagikkk...
sabaqqq...

Salam Ramadhan

as-salam dan salam satu Malaysia..
Selamat berpuasa yer semuaaaaa...
semoga cergas, cerdas dan segar sampai berbuka.. heee...insyaallahh..

aku hari ni dari rumah mood baekk ja.. sampai opis cari buku nota meeting 22 Julai aritu, ntah page mana ntah.. nak kena buat minit mesyorat..rupa rupanya buku iteww tertinggal di rumahhh... uwaa..esok ja laa.. ni dh lebey 3 hari dah nii...last week dah g kursus. mana sempat nak buat minit. huang huang huang huang...

lagi satu kerja bulan puasa ni yang nak kena deliver adalah menyiapkan manual pengguna untuk 5 jenis pengguna.. caiyook caiyook.. insyaallah sebelum cuti raya aku akan siapkan sekali semuaaanyaa...
semangat neh..semangat nak rayaaa..yeah..nak balik kampung 26 Ogos nanti..countdown la dari hari ni.. kekeke.. sangat over...

lagi satu..pagi tadi aku timbang berat..50kg..ampa percaya dakk?? 
ka penimbang tu rosak!!!hahahaa..
aku agak musykil sebab takkan la pipi debab macam aku ni berat 50kg, tu selepas subuh tadi..ish..konpius.. tapi tak mengapalah.. sebab aku nak maintain berat 48kg... huahauhauahaa..so pagi raya nanti aku akan timbangg semulaaaaaaaaaaaa...  
ampa semua jangan menyampah dekat aku sudah..kekekeke


okeh..selamat berpuasa !!! jangan kutuk kutuk orang..jangan caci caci orang..
senyum selalu sampai petang...

.