Tuesday, April 30, 2013

marilah mari...balik mengundiii


yeaaa...esok pagi kami sekeluarga balik kampung...perlissssssssss indera kayangan!!
kami suami isteri cuti sampai hari isnin depan hokey...
kahkahkahkah..
sebenanqnya syok nak balik kampung tu tersangat lebih dari mengundi...
baju pun dah siap packing..
anak2 pun suka sungguh nak balik kampung,
siap bagitau teacher dari hari isnin diorang nak balik kampung cuti 6 hari.....
pastu asal bangun pagi tanya bila nak balik kampung..
nak jumpa tok dengan wan lahh katakan..


kepada semua..selamat mengundi..mengundilah dengan bijak..
jangan tak pi mengundi, undi anda dikira..

berhati-hati di jalanraya..
semoga selamat pulang ke kampung dan selamat kembali bertugas...
aminnn...

Friday, April 26, 2013

hujan dan anak-anakku

alhamdulillah, petang ni balik keja hujan turun...
sejuuuuukkk...

malas pulak nak ke foodcourt neh.... hubby aku pun macam biasa balik lambat jugak..

tanya anak2 nak makan apa malam ni..
yang si asiff request nak roti bako..
yang iris nak ayam goreng cicah sos tomato..
kekekekeke..baguih nak..mama hampa dua ni memang agak kemalasan petang ni, 
ditambah pulak sakit mata yang semakin merah menyala ni..
aku tak pasti la sakit mata atau alergic ja ni..
sebab 2 3 minggu sebelum ni mata belah kiri, pagi ni mata belah kanan pulak..
nak kata gatal or pedih2 takder la pulok..haihh..
kalo abahnyer balik awal dah pi klinik dah..
tak sanggup aku nak p klinik bertiga ja, kang ada jugak tak menang tangan dalam klinik tu...
ni agak2nya kalo esok pun tak okey, baru pi klinik lah...

sungguh tak menyelerakan aku tengok!!! itu 4 ketul tu ayam celop tepung konsep mama sakit mata!

roti bako tu memang kena potong kecik2 gitu..kang asiff takmau makan...

sos tomato tu satgi ada la yang meratah saja...

budak kecik tu makan memilih..makin kurus dah..

sejuk2 asiff masih takmau pakai baju...

ni sambil2 aku membasuh baju, menyidai baju...
sementara anak2 dok makan, merayau la dalam blog dulu...
semoga aku tabah menghadapi kain2 baju untuk dilipat...
wakakakaka..itulah cabaran setiap sabtu ahad aku...
sebab pembantu 2 orang tu mesti nak membantutkan mood lipat kain mama diorang!!
tu dah penuh meja dengan sos tomatoooooooooo...
kakakaka...pesta sos tomato telah bermula...
bubyeeeeeee...nak join jugak pesta sos tomato..

salam takziah..

as-salam dan selamat hari jumaat..


pagi tadi, adik ipar kakak aku ( adik kepada abang ipar aku) 
telah menghembuskan nafas yang terakhir..
alfatihah...
semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...
meninggal di pagi jumaat yang mulia ini..

umur arwah masih muda baru 29 tahun, 
mempunyai sepasang anak yang berumur 5 dan 3 tahun...
doktor cakap kuman dalam darah...
aku rasa dia kena sakit ni dari bulan 9 tahun lepas,
kurus tinggal kulit dan tulang ja...huhuhu..tapi jenis tak sakit laa..
organ2 badan semua berfungsi dengan baik..
cuma pagi tadi disaat2 akhir nyawanya, tekanan gula dan darah makin merudum turun...

aku sedih neh..sebab ingatkan anak2 yang arwah yang ditinggalkan..
sebaya dengan anak2 aku...
kakak aku call taksat menangis-nangis .. 
masa arwah di wad, kakak aku la tukang jaga anak2 diaa...
huhuhu...
sedihnyaaaaaaaaaaa weii...tak sempat aku nak gi melawat arwah, 
ingatkan cuti mengundi next week aku sempat lah p tengok arwah..tapi allah swt lebih sayangkan arwah...ajal tak leh ditangguh-tangguh..
semoga suami arwah, anak2 dan keluarga tabah menghadapi ujian ini..
sesungguhnya allah swt lebih menyayanginya...

sama-samalah kita jaga kesihatan diri...dan berdoa semoga dikurniakan kesihatan yang baik..aminn..

Thursday, April 25, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Aku copy paste dari Yana punya FB...

Thanks Yana...

*********************************************************************************

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

Sunday, April 21, 2013

jalan2 satu sri kembangan!

as-salam dan selamat petang kenkawan..

hari ni..demi mengubat kekecewaan yang bakal bertamu di hati ini,
husband aku bawak aku dan anak2 gi jenjalan serata alam di sri kembangan...
start makan roti canai kat sri kembangan..pastu ke jusco, pastu kedai gunting rambut,
pastu p kedai aunty tailor baju, pastu the miness...
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
ahhh..malas aku nak cerita kat sini..
sesungguhnya terasa sangat kecewa dengan sistem gomen ni..
birokrasi sana sini..
jadik aku harus belajar redha di atas segala ketentuan ni..
masa pi jusco equine tadi, berejam aku dok bertapa dalam watson..
bukan bertapa la sangat, tapi pusing satu watson tu dari depan ke belakang, 
tepi kiri tepi kanan..hampir semua benda aku pegang..
puas hati, siap kawan aku merangkap manager besar watson tu bagi bakul..
haaa pilihlah ko mana berkenan! satu bakul penuh...
shampoo himalaya tu pun aku rasa nak bedal semua perasa..huhuhu..giloss!
pastu product muka lagi..hambekkk aku..puas hati!!!!
tapi tetap tidak dapat mengubah apa2 yang telah tersurat ituuu..
nasib baik la masa pi the mines tu 
nafsu berbelanja dan kekangan duit mula bermaharajalela,
kalo tak memang hari ni dapat la kot galaxy note 2 sebijik...haihhhh
ya allah ya rabbi ya salamm... tenangkan hatiku ini ya allah..
berikanlah aku petunjuk dan berikanlah yang terbaik untuk akuuu..
aminnn..

Saturday, April 20, 2013

sepraisssssssss..ikea!

as-salam dan selamat hari sabtu..

aku dah lunch..kol 11.30 dah dok mengadap lunch..
menu hari ni ayam masak kicap, sayur campur, ikan goreng dan sambal belacan...
sambil2 makan suap2 anak2 sekali, pastu ada lori ikea berenti depan umah...
lama gak tu dok wat tayangan amal lori tu depan aku..
wakakakaka..ingatkan husband aku nak buat seprais bagai..
dah la dia takder, pi kerja..kot2 la nak bagi ikea sofa sempena anniversary ka hapa kaa
rupanyaa lori tu dok mencari umah..kahkahkah..
ternyata bukan umah aku...tapi tindakannya berenti kat depan umah aku lama2 tu
macam nak turun hantar perabot jaa..kompiusss aku..
wakakakakaka..hampesss... 
rupanya ada orang satu lorong dengan umah aku ni haaa beli barang ikeaa...

semalam pi makan nasi ayam kat Tat Nasik Ayam Puncak Jalil..
jangan taktauu...ada juai mee kari ketam kat situ..
seriussssssssssss sedapppp...
ketam sekoq...mee kari ketam 12 hengget semangkuk besar..
ada sambal kerang sekali...aku rasa ni first time aku makan mee kari ketam..
makan sorang memang akan kenyang macam nak pecah perut..
nasik ayam pun sedap..ayam tu ala2 garing2...sambal cilinya sedap..manis2 pedas..
malangnya tokey kedai si Usaid merangkap opismate aku dulu takder la pulok..
kalo idakk ada jugak aku pauuu suh belanja aku..makan preee..nak ppreee ajerr..
sapa2 nak try malam ni..ni addressnya..

Tat Nasik Ayam,
Jalan PUJ 3/3, Taman Puncak Jalil..

mee kari ketam

okeylahh macam dah ngantuk ni.. 
lagi ngantuk bila aku tengok umah aku ni bersepah tahap max..
baru ja kemas vacuum mop segalaaa..dah jadi  ginii dikerjakan itu budak2 dua orang..
ahh..malas pikir dah...suka hati hampa laa anak2 bertuah oiii.. 
harap2 lepas mama tido ni abah korang balik kerja..aminnnnnnnnn

selamat berhujung minggu semuaa..hati2 dijalanraya okey kalau p jenjalan tuh...
wassalamm



Friday, April 19, 2013

makan-makan

tadi lunch hour pi ke The Mines..
saja2 ja cuci mata dan teman member beli mouse..kekkekee..
pastu layan makan sepuas hati...ayat macam selama ni tak cukup makan..
mula2 makan turkey kebab...pastu p cari durian crepe kat sweet chat tuh...
sorang 3 ketul durian crepe..punyala tamak kan!
tapi seb baik kecik2 jaa durian crepe tu..
lepas tu tawaf satu The Mines...
pusing2 tengok tepon..tengok baju...kekekeke...
cuci mata betoi lahh...
harga emas pun turun kan...ramai betoi orang kat kedai emas tuhh...
haihhh..kalo berduit la kannnn...mesti aku yang beratoq dulu depan kedai..wakakakaka...


ni makan kat turkey Kebab...sedap weii kebabnyaa..first taim aku makan sini!!


ni durian crepe... sorang 3 ketul! nafsu naga neh..hahahaha

hari jumaat..

assalam dan selamat pagii..

hari ni wengg ja aku..
rasanya dari semalam kot..semalam iron baju kaler lain dengan tudung lain..
sungguh color block...
pastu pagi tadi baru perasan..
pastu iron la pulak tudung yang matching...pastu tudung tu kena ironnnnnnnn
uwaaaaaaa.. dah la tudung tu yang feveret aku pulak tu.adoii frust..
esok nak kena p cari lain..kaler itam pulak tu...itam kan akan match ja dengan semuaaaa..
ahahahahahaha...

semalam tido dengan keadaan buka segala tingkap kat bilik tu..
panas yang amat..
umah belakang baru ja pasang ekon..nak jugakkkkkkkkkkkk...
musim panas la sekarang ni..sakit tekak ja rasa..
okey laaa selamat bekerja dan selamat hari jumaat...

Thursday, April 18, 2013

iris dan peelnyaaa

selasa malam aritu, aku dah ajak anak2 dan abah anak2 naik tido..
sebab dah pukul 10 lebih dah..
iris macam biasalah..asik tengok kartun dengan main game masak dia..
masa dah masuk bilik, dah siap baca doa tidoq dah..
aku tengok anak dara sorang tu dok menggelisah semacam..
tapi aku buat2 tak nampak ja laaa..sampai satu tahap, dia mai bisik kat telinga aku..
sambil baring dah neh..
dia bisik "mama, homework tak siap lagi".....
wakakakakakakaka......aku teruih gelak besaq...pastu bagitau abahnyaaa kuat2..
truih abahnyer turun bawah amek beg sekolah iris...
aku tau nehhh..ini perangai kompemm turun perangai abahnyerrr...

tapi abahnyer lagi hebat..bak kata mak mertua aku..
pagi hari nak pi sekolah, baru kalot dok buat homework..
kalo kena sign report card pun, time pagi2 kalot nak p sekolah tu
 dia suruh pakmertua aku signn..

hadoiiii..udahla banyak page pulak tuu kena tulis huruf2 tuu..
iris ni, kalau bab tulis2 dia memang malas giler..selalunya dia tulis satu baris, 
pastu dipaksanya aku atau adiknya tolong tuliskann..
adiknya jangan harap la kannn nak tulis..sampai gaduh2 paksa adik dia..
mamanya pulak..takkan nak tiru tulisan buruk anak pulak..pura2 konon..
selalunya aku paksa jugak dia tulis, takpun biar dia kena marah dengan cikgu kat sekolah..
tapi malam tu, memang dia abiskannn semuanyaaa...
aku rasa mesti dia dah kena sound dengan cikgu dia dah..
siap nak buat homework dalam gelap..
tak boleh pasang lampu..
hanya lampu malap2 jaa..
haihhh..macam2 peel, dah la takmau buat homework,
pastu demand tak kasik bukak lampu bilik..
geram betoi..
pulak tu..tulisan jangan cakapla macam mana..
macam nak taknak ja buatnyaaa..
anak dara bertuah niii!!



hari khamis

as-salam semua..

hari ni sampai awal ke opis...
husband aku outstation ke ipoh hari ni..so dia kuar umah dalam 6.30 pagi gitu..
anak2 pulak hari ni kol 6 dah bangun main belon ultraman dengan barbie tu.. 
beli kat pasar malam sri kembangan semalam 
so, awal la bersiap dan aku hantar terus p tadika..wakakakaa.. aku sampai parking dekat opis ni dalam kol 7.05...gilerrr awal...sejuk2..orang tak ramai lagi..

semoga perjalanan pergi dan balik husband aku selamat..aminnn...

semalam aku dan husband amek cuti...tapi anak2 hantar p sekolah jaa..
ada benda penting untuk masa depan 
yang harus aku setelkan dan mesti kena bawak teman..
setel benda tu..teruih shopping kat sogo...
shopping baju raya budak2 tu..ada sale sampai 12 may nanti..
so setel la baju budak2 tu peringkat pertama..ahahahaa...
pastu p jakel shah alam pulok..hamboii..padahai jakel jalan tar tu pun ado..
tapi nak gak p yang kat shah alam
so setel jugak beli baju raya bertema purple tahun ni...
cotton untuk baju aku dan iris...kekekeke..
baju asiff dan abahnyer pun dah setel pilih kain untuk baju melayu..
haihhh..banyak dugaan la kalo p jakel...
cotton tu balik semalam dah rendam sebelum hantar tailor.. 
sebab kata budak jakel tu, kena rendam dulu 
kasik ilang kanji2nyaaa...
kalo ikutkan aku, malas dah nak beli baju raya, sebab ada dha baju baru siap tempah..
tapi kaler pink..hahaha...
teruih husband riject..kata nak kaler purple..
purple pun purple laaaahh..
kain cotton kat jakel semalam pun husband yang pilihkan..
aku rambang mata tahap dewaa dewi dahh..
wakakakakkaa...
pastu yang budak jakel tu rajin dok buka banyak2 kayu kain tu...

so sabtu ni masa untuk menempah baju..yeahhhh...
 harap2 tahun ni tak jadik macam tahun lepas..
baju raya tak siap! hahahahahaha..
harap2 husband aku tak kerja la sabtu ahad ni..
kalo tak aku tempah baju aku dengan iris dulu lahh...

okeylah..part baju raya dah setel..
tak sabaq nak balik mengundi ni..dah maca nak raya jugak jaaa...
apa2 pun biaq aman damai masa mengundi dan lepas mengundi..
malaysia kan demokrasi...aminnn..

Monday, April 15, 2013

SUDAH TAUUU

petang tadi klinik an nur call, bagitau keputusan test darah sudah keluar, suh p amek..
sebelum letak phone sempat lagi aku tanya, bacaan gula saya berapa? 
nurse tu cakap normal..
alhamdulillahhh..
so tadi lepas maghrib p la terjah beramai-ramai dengan anak2 dan suami..
ramai sungguh orang.. so tunggu la walaupun turn aku yang kelapan..

legaaaaaaaa...bacaan gula 4.6, kolesterol 3.8.. alhamdulillahh...

nampaknya bacaan gula yang cucuk kat jari jumaat aritu tak accurate laaa..
gelak doktor tu kat aku..ya laaa..risau oiii..sapa tak risauuu kann...
semua bacaan sangat tip top..darah, hati, buah pinggang, semua cunnn...
alhamdulillahhh...

okeylahh..layan gambar2 ni...
gambar ketam ahad malam punya dinner...sebab tak tahan tengok rancangan jjcm ..
petang ahad, aku p terjah pasar borong beli ketam..buat masak lemak..
puas hatiii... sedappp!!
siap borong buah pelam epal sekali..
pi cari belimbing kecik2 tu takdak pulak hari tu 
nak buat partner dalam masak lemak ketam..

pastu malam ni makan nasik goreng jaaa..
appetizer makan pelam dengan kuah rojak + asam..

ha lupa nak bagitau..pesanan doktor tu..
bila dah masuk 30 tahun kena buat checkup setahun sekali...
malangnya aku masih tak berani nak buat test pap smear...
ntah bila keberanian part tu akan timbul..
walau apa pun syukur dengan result tadi...
kesihatan  kena jagaaa dari awalll...kawal okey...peringatan untuk aku!!!
mari sama2 jaga kesihatan kitaa...

sedap pelam epal ni ...lemak2 ++ nasik goreng ayam

ketam, ayam goreng, sayur campur + sambal belacan...ulam timun lambat enterprem..
takleh amalkan selalu ketam ni..kolesterol..

close up sket..kekekeke

okey...jom pi iron baju..uwaaaaaaaaaaaaaa..
part paling aku bohsaaaannn nak buat..tu belom lipat kain lagi..
haihh....angin2 malas sila pi dok jauh2...
as-salam dan gud nite semuaaa...

menjaga kesihatan di awal 30-an...

as-salam dan selamat pagi..

hamboi..pagi2 dah berblog di opiss noo!!!

dah la jumaat lepas mc...mc sebab demam selsema...

tajuk entry tak bleh blah betoi lerrr...

alhamdulillah..tahun ni akan mencapai umur 30 tahun..dalam masa sebulan lagi..

jumaat lepas kan, p klinik...check sana check sini..padahai demam selsema ja pun..
tapi sakit kepala yang amat... 
2 3 hari sebelum tu sakit mana + gatal2 yang amat pada bijik mata ni..
so doktor suh buat test gula dalam darah tu..
kebetulan memang pagi tu tak makan apa2 pun lagi..
air kosong pun tak minum..
sekalikkk..hamekkk 6.8 bacaan gulaaaaa...
naik gigil badan sebab takut doktor tu cakap dah paras border line...
pastu doktor tu mula sebut pasal kencing manis..
pastu dia suggest wat test darah yang betul2 tu...
kebetulan time tu pakai card insuran opis husband...
so untuk checkup darah tu kena bayaq sendirilah jawabnya..
aku pi la tanya nurse kat registration counter tu..katanya kena dalam 65 hengget..
plus2 ada la 3 4 rengget lagi charge2 lain.. pastu mulalah check2 beg duit..
alhamdulillah...mencukupi...aku pun terus bagitau nak buat test darah tu...
sekali dengan urine test kena buat..
apa2 ja laaaa...hati dah risau time tu..terbayang bagai luka susah nak sembuh...
masa nak amek darah tu, 
doktor ada tanya kalo parent ada penyakit2 kencing manis or darah tinggi..
aku bagitau mak aku ja la ada darah tinggi sampai strok..
bab2 kencing manis ni mak2 sedara aku yang ramai kena...
doktor cakap kalo ada keturunan memang kena hati2 la...

setel semua tu..dalam masa 3 hari bekerja nanti dapat laa resultnya..
aku kira2 dalam hari rabu kot..lusa
harap2 takdak la diabetis nyaaa oiii..gilesssss ketakutannn..
doktor tu cakap kalo kena, memang kena makan ubat seumur hidup laaa.. 
part ni pun aku risau..
sedangkan makan pil perancang pun buleh lupa 3 4 hari...

harap2...memang aku diselamatkann...
seriussss lepas ni takmau makan manis2 sangat dahh..insaff..
harap2 aku belum terlambat...uwaaaa takut...
pastu ni macam dok search kalo ada supplement bagai...
aku usha ada product shaklee, alken, sne pun adooo...
dalam hati massih berharapp ni...semoga allah swt selamatkan aku..aminn..
ni baru diabetis, kalo menda lain macam laaa orang2 menghadapinyaa..
insafff..huhuhu..
no puding roti, no cake, no air gas, no fast food..nasik pun kena makan sikit...
pagi2 pun minum oat ja laa..
huhuhuhu

Monday, April 8, 2013

dinner time

dok menunggu incik suami tersayang ni baru sampai umah..
ni kira awai la ni sampai umah..
dahla sabtu ahad asik kerja jaa 24 jam..
bak kata iris, "abah kerja sebab nak bagi duit kat mama"
yooor lah tu nakkk...
uwaaaa..ayat macam mama dia ni mata duitan..
mana iris belajar ayat gini, jangan kasik tokMah dengar sudahh...
satgi tak pasai tak jadik menantu kesayangan...huuuuuuu...
abah kerja kuat untuk iris dan asiff..
mama pun kerja kuat untuk iris dan asiff
( aku ni kerja kuat sangat ka..kompiusss..kakaka..kompemm tak)
hari ni menu dinner adalah...
telur bistik, ayam goreng kunyit, sup campurr..
taraaaaaaaaaaa... 
*
*
*
semuanya aku p tapau kat food court presint 11 tu...
kekekekekekeke...
memang payah la nak kayoo kalau lebih banyak menapau dari masak sendiri..
tapi hari ni macam letih jaa..huhuhu..
agaknya sebab training kat opis tu..
training "joomla"..
training tak la teruk pun, tapi best sangat cikgunya ajarr..
terhibur kami semua..
teringat time training kat kkm dulu..
dengan cikyam..
cikyam, hang ingat lagi dak ayat pokcik brahim??
jangan derhaka dengan cekgu!
kita kan selalu dok buat step dulu dari cikgu,
pastu kalau error, mulalah menggagau merata..
hambek sebijik kena ayat power dari pokcik brahim..
hahahhaha...

okeylahh..jom makannnnnnnnn....sambil2 dok pikiaq idea nak bisness ni...
sapa2 ada idea meh kongsi..
wassalamm..

Friday, April 5, 2013

makan untuk malam ni

petang ni, aku selongkar peti untuk perabih stok..
siaplah ala2 spageti  ni untuk makan malam ni...kekekeke..
(aku tak reti nak sebut benda apa ntah pasta yang macam buluh betong ni)

tercapailah hajat untuk tidak membeli makanan dari luar minggu ni...alhamdulillah..



selamat berhujung minggu semuaa...
berhati-hati di jalan raya dan di mana2 saja..
wassalammmm

gambar lawatan Iris dan Muhammad Asiff



marrisya, iris dan rania..best friend nehh!

sila beratur noo

adik Asiff dok depan sekali

muka sedey ja ni..kena duduk dengan teacher...hahahaha


mewarna..





kakak cari adik

macam syok jerr

adik Asiff kena dilebihkan penjagaan..asik nak lari jaa


adik gigih kaler gajah










baca apa tu anak2 mama!

kusyuk asiff...macam reti ja baca..hahahaha


peaceeeeeeee..








asiff takut apa tu??

asiff mewarna

.