Saturday, March 30, 2013

Laksa dan sabtu tanpa Abah...

as-salam..selamat berhari sabtu semua..

mesti semua tengah syok2 berhujung minggu bersama family kan!!
hari ni hubby aku kena p perhimpunan bersama TPM ..
jadik tinggallah kami 3 beranak kat umah..

lepas subuh tadi, aku dah start prepare nak buat laksa..
kekekeke..awai sungguh kan..
semalam dah suruh abahnyer ke pasar borong lepas main futsal 
untuk beli bahan2 buat laksa..
so, sebelum anak2 bangun tidoq pagi ni, wajiblah aku masak siap2...
kang ada pulak pembantu chef nak menolong cubit isi ikan
argghh...tak sanggup hakuu..

dalam kol 10.30 pagi siapppppppp laksa aku..
awai sungguh siapnyaa..
hampa tau dak,
hubby aku beli timun 7 bijik, daun kesom macam setaman, 
daum selom pun macam setaman, bunga kantan pulak 8 kuntum...
heavennn!!!
manyakkk ya amatt...wakakakakaka..
macam nak buat kenduri laksa 100 orang makan..bertuah betoii...
done!!

kuah laksa ni ..isi ikan semata-mata..aku malas nk blender tulang2 ikan sebab penapis takdak...
      
tengah-tengah dok ready nak lebus laksa bihun tuu..anak2 bangun tidoq..
tapi kira okey dahh sebab dah hampir siap semuanya..
bila semua dah setel, aku p depan, tengok semak gila umah akuuu
sungguh menguji keimanan akuu..
dah la baru ja lepas vacuum segalaa...
anak2 bertuah niii..depa buat macam kem perkhemahan pulakkk!!!
habis semua kusyen sofa ditururunkan buat umahh!!!
SIAPLAHH hampa dua orang!! KEMAS cepatt!!!!
mama pening dahh!!!
lepas dengar suara lantang mama depa ni dan2 kelam kelibut kemas balik..
wakakakaka..wakakakaka..taupunnn ketaq!

okey semuaa..jemput makan laksa perlis noo...
bila ntah nak dapat iphone5, lawa sikit kot tangkap gambaq!!
selamat berhujung minggu semuaaa..





Monday, March 25, 2013

hari gaji

as-salam.. dan alhamdulillah...

hari ni hari gaji untuk penjawat awam..ada jugak kot swasta pun yang gajinya hari ni..

maybank2u pun mulalah selow tahap dewa dewi...
jadik..untuk aku yang nak bayar segala hutang piutang ni, kenalah tunggu malam hari..
malam hari pulak kena lah berebut dengan asiff sebab dia pun berebut nak pakai laptop
nak tengon ultraman menari gangnam style..kahkahkah..
aku pun nak gelak kalo tengok youtube ultraman banyak2 ekor tu 
dok menari gangnam style..
macam2 laaa sekarang ni...budak2 sekarang dah pandai youtube..
mamanya dulu seusia 3 tahun mana reti apa pun..bak kata mak dan ayah aku
aku ni asik keriauuu (teriak a.k.a menangis) ...
abang rie aku cakap, masuk ja kol 10 malam, 
start laa radio bunyi...maksudnyaaa aku akan keriauu
penah ayah aku letak luar rumah malam2 tu kejapp..
kami dulu umah dalam kebun getah..bayangkan binatang apa yang melintas!!!!
sila teka dan jawab sendiri diam2..
kalo sekarang letak anak kat luar umah, maunya kena tangkap polis..hahahhaa..
berani kah?? silap2 kena culik anak tu nanti..

so kalau aku dok bebel2 pasal anak2 aku kat mak ayah aku,
 mesti depa akan ulang cerita tu..
dekat kawan2 aku pun diorang cerita..hahahaha..malu aihhh...

dan perangai suka keriau itu berlarutan sehingga masuk sekolah..
masuk sekolah asrama..homesick..aku tuang balik..
masuk matrik pun keriau kejap..masuk U pun..
namun akhirnya tamat belajar..
dah kawen pun sikit2 nak mengalirkan air mata...hishhh...
tapi dengan mengalirkan air mata, 
kita dapat hilangkan segala perasaan gundah gulana..
kan?!?!
jangan bergantung harap pada manusia..tetapi berharaplah dan memintalah pada Allah SWT
yang maha mengetahui segalanya...

okey mari kita buat kerja...
selamat mendapat gaji dan belanjalah secara berhemahh...

Thursday, March 21, 2013

gigi dan dentist

as-salam semua...

hari ni dan esok aku bercuti...weeee...

sebenaqnya nak p xray gigi..malas dah layan gigi bongsu aku yang asik aku 
tergigit pipi jaa..dah tu macam tak selesa...
tapi call macam2 klinik..macam2 peel... aku nak pakai kad PMcare husband aku..
so takyah bayaq cash..
buleh ja wat time off masa kerja..tapi disebabkan cuti macam okey2 jaaa kan bilangan harinya..
terus blink2 bijik mata apply ja la 2 hari...kahkahkah..

lupaaa nak storyy..
baru 15 minit yang lepas aku pi bubuh minyak kereta kat petronas presint 11A tu..
kali kedua isi minyak sendiri..masa sampai tu, nampak ada dua orang wanita arab, tapi tak pakai tudung laa..
muka macam orang2 timur tengah gitu..
nangis dan sedang menceritakan seswatu pada pak policy..
masa tu polis ada la dalam 5 orang.. 
aku turun dari kereta.. pastu dengar dia dok cakap kata orang teksi tu tinggal kan dia kat putrajaya kat situ..kat stesen minyak tu..dia sebenarnya nak ke KL.. 
lepas tu aku nampak dia macam pegang muka polis tu.. 
dan cakap " you must find him!!!...dalam nada menjerit dan marah sambil nangis2...
sedih pulak aku tengok diaa.. pastu sebelah dia ada kawan dia, kawan dia macam student sebab pegang buku and file2, kawan dia peluk dia, maybe untuk tenangkan diaa...
aku pulak yang kecut semacam.. polis pulak macam makin ramai datang, 
macam satu balai polis datang ke situ.. lambat pulak minyak kereta nak penuh, 
lepas isi minyak, p parking kereta elok2, pastu pi cucuk duit kat situ.. 
lalu depan tu, dok dengar lagi pempuan arab tu dok cerita kat polis lain pulak..
polis yang mula2 tadi dok call pegawai penyiasat..
sebab aku ada dengar dr phone macam walkie talkie diorang
 penyiasat tu tanya berapa kerugian?

sambil lalu aku memang pandang pempuan arab tu.. huwaaa..
sedih bila pandang dalam mata diaa..kaki dia luka2, driver teksi tu pukul dia... 
aku rasa ni mesti kes rompak dalam teksi.. siannn diaaaa...
pastu aku dengar dia jugak kena pelempang dengan driver teksi tu..
maybe dia melawan kot..aku ni bahasa omputih dahla tak bapa nak cekap..
dapat tangkap sikit2 ja la apa dia dok cerita tu..dahla dia sambil nangis dan jerit2..

mesti dia tanak datang malaysia dahh.. kesiannn..apala driver teksi malaysia ni..
walaupun bukan semua driver teksi macam tu, 
tapi disebabkan sorang yang buat macam tu..
mesti orang dah tak berani nak naik teksi lepas ni..
sudah la orang tu foreigner pulak tuu...nightmare pempuan tuu..
seb baik tak kena rogol ka hapa..huhuhu
jadik semua orang kena hati2 kan..
walau di mana punnn

Tuesday, March 19, 2013

meeting batal.....kerja aku dah siap..yea..yeaa

depa dok buat aktiviti..sementara mama layan Rindu bertamu di Abu Dhabi..


pokok bunga ros aku berkembang dengan jayanyaaa...asik berbunga tanpa hentinya..
alhamdulillah sihat pokok ni...

Monday, March 18, 2013

kejap2 isnin..kejap2 isnin

as salam kenkawan..

selamat hari isnin..

hehehee..takper lagi 4 hari hari jumaat pulok..hahahaha..
ntah haper2 dok tunggu hari jumaat ja kejanyaa..

ujung minggu sabtu ahad kemarin aku dok pulun marathon tengok citer pangako sayo
dengan sanay wala nang wakas tu..
sungguh menlagho kan dirii..kekekeke...
takpa..asal bahagiaaa... 

ari sabtu pagi kluaq p Giant seri kembangan...
mengotakan janji pada iris..
dapat la dia tab sebijik..
kena panggey ipad okey tab tu..wakakakaka
aku beli kat booth2 dalam giant tu...
sebijik rega 230 hengget ada warranty setahun....
okeylah kann..
yang 199 hengget tu takdak warranty..amek ja yg ada warranty..yakin sket
paling2 buat main game dengan tengok youtube citer oggy...
macam2 kaler adaaa..
ari ahad keluaq kejap p lunch kat umah kawan aku...
aku bawak puding roti kat dia..makan dengan eskrimm..
sedap nasik ayam Azian masakkk...
hehehee..thanks Azian dan suaminyaaa Shidi..
semoga dimurahkan rezki..aminn..
sory anak aku membuat kekacauan kat umah hampa..
hehehhee
okey arr..mari sambung lagi kerja...

Friday, March 15, 2013

hari kenyang

alhamdulillah...dari pagi tadi dapat makan free..
kol 10 pagi tadi makan jamuan sempena tazkirah bulanan..
makan nasi dagang...tapi dengan gulai ayam..
aku rasa aku lagi suka dengan gulai ikan

pastu lunch tadi kuar makan dengan fara dan yam pi Taman Botani..
mula2 aku ala2 kenyanglah kunun2 nyaaa...
tapi last2 order jugak nasik goreng nenas, yam order ayam masak apantah..
macam ayam celup tepung, pastu goreng dengan sos..(kahkahkah)
pastu sotong celup tepung..
semua makanan tu sedap2 belaka..
sapa2 nak order ikan, ketam udang semua ada..
sila pilih ketam / ikan dalam akuarium...
thanksss yam belanja kami makan..sempena besday fara esok hari..
fara..moga suka pada hadiah yang aku bagi ek..nanti bila pakai amek gambar okey, masukkan dalam blog....hehehhee...sori la aku tak balut..bubuh dalam paperbeg free jaa..
tak dann nak balut..
happy besday faraaa (esok birthday dia sebenaqnya)..
semoga ko dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT...
semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan semoga segala impian ko akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT...aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ko...
dan thanks menjadi kawan yang baik untuk aku
 sepanjang 4 tahun lebih kita kenal sejak first posting..
kekekekekeke..panjang betoi aku wish...lagi satu...moga panjang umur....

aku rasa aku ni dari semalam kekenyangan..
semalam makan subway sebijik dan tambah lagi half sebijik..pastu biskut lembik tu lagi...
biasalah habiskan makanan anak2 yang tak habis tu..
nak buang sayang..last2 mama depa la yang dok bina badan..huhuhu
sampaikan aku tertidoq kekenyangan.. sembahyang isyak kol 5 pagi tadi..
punyalah kenyang tahap dewaa.. posa sehari jaa...
ilang lemak 2 gram, tambah pulak 15 gram..
hampehh jaa...
jadik..malam ni aku bertekad nak senaman nak kurangkan lemak2 tegar aku ni..
malam ni nak buat operasi basuh baju, lipat kain semua 3 4 gunung dalam bakul tu..
pastu nak iron baju semua untuk next week..
semangat tak???
semangat neh..sampaikan opismate aku kasik kopi radix 2 bungkus soh minum
kasik kuat malam ni nak buat kerja..
hahahahahahahahaha...
jangan malam ni aku terlena sebelum buat kerja sudah
esok sabtu leh la rest tengok tv dan masak2..
ataupun gi jenjalan zoo negara..

okey semua..selamat berhujung minggu ...
tenangkan diri dan rilekskan fikiran bersama family...
take care everybody....muahhh
semoga kita semua dilindungi Allah SWT..aminn

Thursday, March 14, 2013

ngantuk..

as-salam...

puasa2 ni mengantuk pulak bila mai time petang..
kerja dah selamat..setel..

kepala otak aku ni mulalah macam2 makanan dok timbull...
hahahahaha..
nak makan subwayyy lahh malam ni...
bising hubby aku nanti..almaklumlah kena pi giant sri kembangan kalo nak beli subway..
nak pi cyberjaya, kompem sesat kemana mana hala ntah..kekekeke..
takpala bang..sekali sekala jaa pun..bukan selalu kann..
heee...
tapi dalam2 dok teringin subway, terusha blog2 kek..
tengok snow cheese cake pulak..
hadoiii...semua benda nak makan..teruk sungguh..

wei..sedihnya semalam tengok berita pasal 2 askar kita yang meninggal di Sabah tu..
huhuhu..sedih tengok family depa..tatau nak kata apa dah..cuma kita buleh berdoa..
semoga Lahad Datu dan kawasan penceroboh masuk tu akan selamat..
semoga pejuang2 kita dilindungiNYA..aminn...
sungguh besar penggorbanan wira2 kita....

okey..aku nak sambung berangan ni...

Wednesday, March 13, 2013

paling penting..jangan tinggal solat!!

aku copy and paste dari Utusan..berita bertarikh 8 Mac 2013


BAGI sebahagian daripada kita, sampah adalah barangan buangan yang kotor dan menjijikkan, tetapi bagi sesetengah orang, rezeki mereka datang daripada longgokan sampah.
Begitu tafsiran Akirman Ali, 64, yang mengibaratkan di mana sahaja ada sampah, di situ pasti ada rezekinya.
Masakan tidak, sejak 13 tahun lalu, Akirman telah menjadikan kerjanya mengutip tin, kertas dan barangan lusuh sebagai satu 'kerjaya profesional' untuk menyara hidupnya bersama isteri, Yeni Muhammad, 58, dan 10 orang anak-anaknya yang kini sudah dewasa.
Dia yang menyewa di sebuah rumah pangsa di Gombak, Selangor, sejak 16 tahun lalu, dengan kadar RM600 sebulan, tidak pernah terlepas untuk mencari longgokan sampah di sekitar Gombak untuk mendapatkan sesuatu yang boleh dijual.
''Sebenarnya ada barang yang bernilai dalam setiap longgokan sampah. Hasil usaha saya mencari barang-barang terbuang seperti tin, besi dan sebagainya, saya boleh mendapatkan tidak kurang RM70 sehari dan mencecah sehingga RM250 sekiranya ada rezeki lebih. Dalam sebulan saya boleh mendapat lebih RM2,000.
''Kerja saya pun senang, tiada majikan dan hanya bergerak sendiri. Kalau malas, saya akan cepat balik kalau rajin saya akan berusaha sebaik mungkin," kata anak kelahiran Minangkabau, Indonesia itu.
Berhijrah ke negara ini sejak tahun 1988, Akirman berkata, pada awal kedatangannya, dia tidak terlibat dengan kerja-kerja mencari sampah.
Ketika itu dia melakukan pelbagai kerja, seperti buruh kontrak, menjahit baju, bekerja di kilang kayu serta kilang perabot dan setelah kilang perabot ditutup dia dan isteri berusaha pula berniaga pisang goreng.
Namun, mungkin rezekinya tidak di situ apabila jualan pisang goreng yang diusahakannya terjejas akibat dianiaya seseorang.
''Semasa itu buntu juga apa yang saya hendak lakukan untuk mencari duit, kebetulan ada kedai barangan lusuh dibuka di sini, saya pun mula mencari barangan lusuh dan kemudian menjualnya.
''Dari situ saya tidak berfikir panjang. Saya memulakan langkah untuk mencari longgokan sampah di sekitar kawasan ini, kemudian kawasan pencarian saya semakin besar," katanya.
Setiap hari, Akirman akan tidur selepas mengerjakan solat Maghrib, kerana dia akan bangun pada pukul 1 pagi, bersolat Isyak sebelum keluar mencari sampah sehingga ke pukul 5 pagi.
Dia akan balik ke rumah sebelum waktu subuh dan selepas bersolat subuh dia bersarapan sebelum keluar mencari sampah semula.
Temannya ketika mencari sampah, hanya sebuah basikal roda tiga yang mempunyai tempat untuk meletakkan barang.
Setelah mendapat barang-barang yang agak bernilai, Akirman akan membawa balik ke rumahnya untuk diasing ke dalam plastik dan kemudian dijual ke kedai barangan lusuh.
Apabila ditanya tidakkah dia berasa takut apabila keluar pada waktu dinihari ketika orang lain sedang nyenyak tidur, Akirman memberitahu, setakat ini, tiada apa-apa perkara buruk yang terjadi kepadanya, malah, dia pernah terjumpa individu yang menghulurkannya wang atas dasar simpati terhadap dirinya.
''Saya buat kerja ini kerana saya tidak mahu meminta belas ihsan daripada masyarakat. Selagi tulang empat kerat saya terdaya, saya akan bekerja mencari rezeki yang halal," katanya yang mengatakan setakat ini anak-anaknya tidak pernah menghalang dirinya daripada meneruskan kerja mencari sampah.
Sepanjang pengalaman mencari sampah, Akirman bercerita, dia pernah terjumpa duit Singapura dan Dolar dalam keadaan bergulung dalam sampah yang diikat dan juga emas seberat tujuh gram.
Menurut Akirman, suatu waktu dahulu, dia boleh mendapat pendapatan yang lumayan hasil jualan barangan lusuhnya, namun kini semakin bekurangan kerana banyak persaingan.
''Kini ramai sangat orang yang mencari sampah, termasuk orang dari negara Bangladesh, Nepal, Myanmar dan sebagainya.
''Tetapi biarpun ada persaingan, saya perlu berusaha sedikit lebih untuk mendapatkan kawasan longgokan sampah yang baharu," katanya.
Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik di hatinya apabila menyelongkar sampah-sampah itu, Akirman memberitahu, sekiranya ada perasaan jijik, jangan bekerja jadi pengutip sampah.
''Sama juga macam kalau mahu jadi doktor, jangan takut dengan darah. Begitu juga dengan saya. Ini pekerjaan saya biar pun berhadapan dengan ulat sampah dan bau yang busuk," katanya.
Setelah lebih sedekad bekerja mengutip sampah, Akirman akhirnya bakal 'bersara' dalam tempoh beberapa bulan lagi.
''Duit simpanan saya sudah cukup. Saya sudah pun membeli sebidang tanah dan mempunyai empat buah rumah sewa di Batam, Indonesia.
''Selepas ini mungkin saya berehat terus di Batam dan mengusahakan tanah saya dan Insya-Allah saya akan mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah pada tahun 2017.
''Sebenarnya di mana-mana sahaja di bumi Allah ini ada sumber rezeki yang halal. Hanya perlu kita rajin berusaha dan yang paling penting jangan tinggal solat," katanya sambil tersenyum.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130308/ke_05/Sampah-punca-rezeki-Akirman#ixzz2NPAMDL9S
© Utusan Melayu (M) Bhd 


***********************************************************************************************************************************************
Yang penting adalah REDHA dan KEBERKATAN dari ALLAH SWT yang menyuluh perjalanan hidup kita....

semoga kita semua sentiasa mendapat cahaya kebenaran dari Allah SWT...

ya  Allah..murahkanlah rezeki aku dan keluargaku...
                                                                                 aminn...

Tuesday, March 12, 2013

selamat hari selasa

as-salam...

hari ni macam biasa sampai awal seperti selalunyaa... alhamdulillah...
tapi pagi ni iris buat perangai...protes tanak mandi..
last2 mandi juga diaa tanpa mintak balasan..
memang kena main dengan sesi pujuk memujuk dan memuji..
antaranya ialah puji Iris good girl, iris comel...iris pandai.. iris dah besar...
dan macam2 lagi ayat bodek aku bagi kat diaa....

yang si adik pulak, macam biasalah..takmau mandi...
tahun ni okey lagi la kalo dia tak mandi pun..
tapi tahun depan dia dah kena masuk kelas belajar, 
memang wajibb kena mandi dari umah..
liat betul anak teruna sorang tu..segala pujukan dan pujian tak dilayan..
dia pejam mata wat dono jaa sambil tarik selimut...
tapi kalau hari sabtu ahad, pandai pulak bangun awal sekali...
pastu ajak tengok otomen kat bawah...
pastu mula laa mengacau nak vacuum nak memasak bagai...
nak ikut p market laa beli ikan laaa...macam2

cerita pasal anak2 aku ni sampai petang pun tak abis..kahkahkah..
yang penting, mama dan abah sayang sangat kat hampa dua orang ni..
jadi anak yang soleh dan solehah dan cemerlang dunia akhirat okey...aminnn..
jangan nakal2 sayangku..muahhhhhhh
wokehh..jom kita mulakan kerja..
semoga jadi pekerja yang ikhlas dan berdedikasi..
bekerja kerana allah swt..
aminnn....

Sunday, March 10, 2013

ujung minggu ni dah abiss

as-salam semua...

baru selesai makan malam..
siang tadi punya lunch bawak ke dinner...kekekeke..

siang tadi kol 8.30 pagi baru g market kat presint 8 tuh..gara2 terlena lepas subuh..
parking baekkk punya depan D-mart sebelah pak aji punya kedai tu..
skali nak kluarkan kunci kereta tak boleh..rasa panas ja hakuu..
aku cuba macam2 cara tarik kunci tu tak leh gak..nak start pun tak lehhh
last skaliii...tepon ja la suamiku tersayang iteww..
huarhuarhuar...
pastu tunggu laki aku datang dari presint 11..
rupa2nya gear masih kat D, walaupun handbreak aku dah tarik...macam mana laa leh tak perasann niii ..
padanlah takleh tarik kunci keluar..
kena la ayat2 power erra dari suamiku iteww....
tapi wat2 tak dengaq jaaaaa ayat lazer dia tuuu...
dah 6 bulan drive kereta ..masih tak lepas2 lagi ni!!
lepas setel, aku p la market dekat tu..borong ikan temenung, dengan ketam..
layan anak2 dan hubby yang baru lega demam..
en suami mengrequest nak makan gulai ikan termenung..
gulai termenung jugak dia teringin!!
ikan buat gulai dengan bendi dan tomato, pastu goreng ikan, pastu ketam bercili,
sambal belacan dan timun buat ulam..
perghhh..kenyangg teramat..tak sempat nak amek gambaq..
sampai terlena petang tadi..kekenyangan..
pastu g ke giant nak beli susu dan pampers asiff..
kat giant mahai la pulak pampers diapex tu..32 hengget..
pastu p jusco lahh pulak..(seb baik giant dengan jusco equine tu dekat2 jaa)
ha kat jusco sapa ada jcard dapatla rega 27 hengget diapex tu..
borong teruih la banyak2 sampai bulan depan..

esok dah kerja..baju en suami aku tak iron lagi..
huwaaaa...
macam nak beli ja mesin iron baju untuk semua jenis baju..ada ka???
kalau ada saheh mahaii kot!!
mesin lipat kain, mesin iron baju, mesin..dan macam2 mesin lagii..
hahahahahhaa...
okey lahh...baju tu dok memanggil-manggil aku dah nak di suruh iron..

esok dah kerja bagi yang bekerja..
selamat bekerjaa semuaa...
semoga kita dapat bekerja dengan baik dan semoga kerja kita diberkatiNYA..
jangan ingat kerja untuk pujian..
tapi kerja kerana Allah swt...

dan

semoga kejadian di Lahad Datu akan berakhir secepat mungkin..
kesian tengok budak2 kecik dan orang tua di tempat perpindahan..
mesti tak berapa selesa...
dan kesian sangat diorang dalam keadaan yang tak selamat dan risau...
huhuhuh..
marilah kita berdoaa bersama-sama semoga ianya berakhir dengan kesudahan yang baik..
aminnn


Thursday, March 7, 2013

masuk opis dah

alhamdulillah..
selesai sudah sesi outstation kali ni..
dan segala report telah selesai dihantar pada urusetia...
tepuk tangan untuk team aku!!!! 
paling penting...syok sangat sebab sambil bekerja buleh balik kampung..
aku bermalam kat kampung aku satu malam...tdoq celah ketiak mak..
kekekekeke...
mak aku punya la kalot suh bangun awai ke airport, kot tertinggai kapai katanya...
mak aku pulak yang tak lena...ya laa.. 
jarak dari rumah aku ke airport dalam sejam lebih sikit..
last2 aku sampai airport kol 6 pagi...
airport aloq staq tu pun tak buka lagi..kuangkuangkuang...
semalam sampai awai kat lcct....tak masuk opis dah...
seb baik outstation dengan bos..thank u boss ada belanja kami  makan2...
 so semalam sempat la setel hal iris daftar pra sekolah untuk tahun depan...
pi dengan mama Aniq...
walaupun agak kelam kelibut, sampai ja umah dengan teksi, mencari surat beranak iris..
kahkahkah..
rupanya abahnya amek pastu letak dalam folder lain..uwaaa...geram jaaa rasa...
2 kali pulak tu aku ulang p sekolah tu kemarin, sebab lupa nk bawak salinan surat nikah.. seb baik sekolah belakang umah jaa..
itulah kalo buat kerja dalam keadaan kalot..hahahaaa..

lepas setel hal iris, pi makan dengan fara and the geng..makan pizza hut...weeeeeeeee... kembang kepala aku banyak sangat cheesenyaaa aku makan....

akhirnya setel jugak macam2 hal kemarin!!! so jimat cuti aku...takyah cuti....
tapi tengok balik sistem, buleh daftar untuk darjah satu 2015...
so aku dah daftar online, next week la p serah dokumen hardcopy...
aku risau ni, iris takmau masuk pra kat sekolah tu..katanya sekolah tu takleh tido..
bertuah betoi anak dara sorang ni...
kena buat proses pujuk memujuk la tahun depan...
semoga segalanya lancar..aminnnnnnnnnn

Friday, March 1, 2013

jumaat

assalam dan selamat hari jumaat...

pejam celik pejam celik tibalah masanya untuk aku outstation
dari isnin depan sampai rabu..kekeke..
yeahhh...balik kampung....


hari ni..pagi2 tadi Rita sms aku bagitau dah bleh isi online untuk pendaftaran budak prasekolah tahun depan...thanks Rita sebab inform..
so, test ja laa isi online dan next week kena gi sekolah.. 
sapa2 nak apply sekolah untuk pra dan darjah satu untuk 2014 & 2015
 bagi sekolah di putrajaya (rasanya putrajaya ja kot yang ni) silalah layari website ni k..

tadi lepas meeting dengan jakim, aku keluar dengan fara dan yam,
 elokla nak ambil satu barang penting sekali..hehehe...

fara teringin sangat nak pi upm..cewahh... 
nak pi mengimbau tempat dia deting dolu2 la tuh..kahkahkah...
so, pergilah kami bertiga-an ke upm... 
tetiba aku pun terkenang zaman2 jadi student kat upm dolu2..
makan pulak kat food court depan pusat kesihatan upm tu..
lagila mengundang dan mengingatkan pada kisah2 dulu..
saja2 duduk makan dan lepak di situ...usha2 student2 zaman sekarang..
banyak jugak perubahannya dari segi fesyen pemakaian tudung...hehehee... 
pastu masing2 tepon canggih2 jaa.. tepon aku jugak yang ketinggalan zaman..
huahuahuahua
lepas tu, time balik lalu kat kolej kedua, kolej tun dr ismail..
kalo kolej tun dr ismail dulu tu, tempat aku p beli makanan time lunch..
teirngatnya pada kawan2 sekolej dulu..sama2 pi kelas..
jalan cross padang, kadang2 naik bas..
sesungguhnya memori itu akan sentiasa terpahat dalam jiwa aku ni..
fara siap bawak meround kolej tun perak lagi..hahahaa..
dengan gigihnya kami tawaf..
hahahaa..
dan thanks jugak fara dan yam, tunjukkan aku jalan..
harap2 berjaya..aminnnnnn

.