Friday, March 15, 2013

hari kenyang

alhamdulillah...dari pagi tadi dapat makan free..
kol 10 pagi tadi makan jamuan sempena tazkirah bulanan..
makan nasi dagang...tapi dengan gulai ayam..
aku rasa aku lagi suka dengan gulai ikan

pastu lunch tadi kuar makan dengan fara dan yam pi Taman Botani..
mula2 aku ala2 kenyanglah kunun2 nyaaa...
tapi last2 order jugak nasik goreng nenas, yam order ayam masak apantah..
macam ayam celup tepung, pastu goreng dengan sos..(kahkahkah)
pastu sotong celup tepung..
semua makanan tu sedap2 belaka..
sapa2 nak order ikan, ketam udang semua ada..
sila pilih ketam / ikan dalam akuarium...
thanksss yam belanja kami makan..sempena besday fara esok hari..
fara..moga suka pada hadiah yang aku bagi ek..nanti bila pakai amek gambar okey, masukkan dalam blog....hehehhee...sori la aku tak balut..bubuh dalam paperbeg free jaa..
tak dann nak balut..
happy besday faraaa (esok birthday dia sebenaqnya)..
semoga ko dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT...
semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan semoga segala impian ko akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT...aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ko...
dan thanks menjadi kawan yang baik untuk aku
 sepanjang 4 tahun lebih kita kenal sejak first posting..
kekekekekeke..panjang betoi aku wish...lagi satu...moga panjang umur....

aku rasa aku ni dari semalam kekenyangan..
semalam makan subway sebijik dan tambah lagi half sebijik..pastu biskut lembik tu lagi...
biasalah habiskan makanan anak2 yang tak habis tu..
nak buang sayang..last2 mama depa la yang dok bina badan..huhuhu
sampaikan aku tertidoq kekenyangan.. sembahyang isyak kol 5 pagi tadi..
punyalah kenyang tahap dewaa.. posa sehari jaa...
ilang lemak 2 gram, tambah pulak 15 gram..
hampehh jaa...
jadik..malam ni aku bertekad nak senaman nak kurangkan lemak2 tegar aku ni..
malam ni nak buat operasi basuh baju, lipat kain semua 3 4 gunung dalam bakul tu..
pastu nak iron baju semua untuk next week..
semangat tak???
semangat neh..sampaikan opismate aku kasik kopi radix 2 bungkus soh minum
kasik kuat malam ni nak buat kerja..
hahahahahahahahaha...
jangan malam ni aku terlena sebelum buat kerja sudah
esok sabtu leh la rest tengok tv dan masak2..
ataupun gi jenjalan zoo negara..

okey semua..selamat berhujung minggu ...
tenangkan diri dan rilekskan fikiran bersama family...
take care everybody....muahhh
semoga kita semua dilindungi Allah SWT..aminn

6 comments:

  1. Selamat hujung minggu, and Happy birthday to ur fren Fara ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nastyna, selamat berhujung minggu and thankss k

      Delete
  2. Linda kalau Jumaat, citer makanan yg best2 semua. Buat org lapaq. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak liza, hari jumaat rehat panjang..tu yang kerja p mencari makanan jaa..kakaka

      Delete
  3. salam kenal tuan rumah...akak follow sini

    ReplyDelete

.