Thursday, December 9, 2010

resepi untuk ummi

ni dia ummi, resepi kek cokelat moist.. guna serbuk koko yg cap mahai tau.. baru sedap.. minyak aku guna minyak jagung daisy..

resepi kek coklat kukus dari miss baaida...
 
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B
2 cawan gula
1 cawan air panas
- hancurkan gula dalam air panas (nak senang masak sekejap atas api bagi gula cair)

Bahan C
1 cawan susu cair (nk sedap susu cair ideal)
1 cawan minyak jagung
2 biji telur (pukul bagi kuning telur pecah)

bahan untuk toping
1 tin susu pekat
1 cawan koko
1/2 cawan minyak jagung
*kalau nk kurangkan susu, kurang kan jugak koko. kalau x nnti koko berketui


cara2
1. sediakan bahan2 B
2. ayak bahan2 A
3. campur bahan2 A ngan bahan2 B. gaul bg rata
4. campur telur + susu cair
5. masukkan minyak jagung
6. kacau smpai sebati...pastu kukus selama sejam 30 minit.
7. dah siap masak kek...baru sediakan topping

cara2 buat toping
1. gaulkan susu, koko ngan minyak smpai sebati
2. masakkan atas api selama 2 minit..
3. keluarkan kek dr loyang...pastu siram atas kek....

dah siap...

4 comments:

  1. hg guna serbuk koko apa?van hutan ka?huhu...tu ja serbuk koko yg aku tau.

    ReplyDelete
  2. hersyes kot..ejaan mcm salah ja nii.. kakakakaa tp start dgn her

    ReplyDelete

.