Tuesday, March 1, 2011

untuk sahabatku...moga hatimu kuat

tadi dok berblog walking.. baca entry sahabat lama serumah masa bujang dulu  ummiharris.blogspot.com.. sedih sgt.. anak dia yg sulung meninggal lebih kurang setahun lebih yg lalu.. anaknya sebaya ngan iris..arwah harris...ensem sgt.. teringat masa first time iris jumpa harris.. iris asik kejar harris nk cium harris.. arwah comel sgt..
sebab tu la tiap kali aku dan hubby rancang nk g melawat nass, mesti aku rasa berat hati sebab risau nass akan teringat arwah harris bila tgk iris.. aku jadi sedih bila mengenangkan benda2 tu. sebab aku tau, mak aku juga kehilangan dua org anak iaitu arwah abg2 aku masa tu diorg dh besar panjang dh kawen..

tiada kata yang mampu aku ucapkan untuk melegakan hati nass. dia rindu kat arwah anaknya.. huhuhu.. aku ni dh la jenis cepat sedih.. macam manala hati diaa kan.. aku hanya mampu memberikan kata semangat semoga dia lebih tabah.. tp hati yang menanggung tu mana la kita tau kan. tapi aku mengharapkan nass mempunya hati yg kuat. sebab setiap ujian yg diberikan allah .. allah dh tau hambanya itu dapat memikulnya. dan pasti ada hikmah disebalik semua ni.


1 comment:

  1. Takziah buat kawan linda tu... sakit apa anak dia? Allah lebih menyayanginya.

    ReplyDelete

.