Monday, April 26, 2010

LOVE YOUR FAMILY....

Sedihnya baca kisah husband tikam isterinya sampai ninggal.. tergamak suami yang sepatutnya menjadi pelindung kepada isteri dan anak2 begitu kejam sekali membunuh isteri. Tiadakah lagi saki baki rasa cinta dan sayang pada isterinya. Tidak terlintas difikiran sang suami kah, anak2 yang masih memerlukan kasih sayang seorang IBU sebelum tindakannya menikam sang isteri.

Aku sgt2 la sedih dan beremosi sekali bila baca kisah ni dalam paper metro kemarin. Tak terbayang macam mana azabnya kesakitan yang isteri mamat tu terpaksa tanggung lepas kena tikam tu. Apa la kesalahan isteri ni sampai begitu sekali pembalasannya dari seorang suami yang mungkin suatu ketika dulu adalah seorang lelaki pujaan isteri ni.

and, mamat tu macaM dah plan dia nak bunuh wife dia, sebab siap hantaq anak2 ke umah nenek diorg. Apa jenis jantan la macam ni. Kesian gila anak2 dia dh jadi anak yatim..kesian nanti bila time anak2 dia demam n panggil mak…huhu..

dalam Metro tu bgtau wife dia seorang pembuat kek. Mesti wife dia turut menyumbang untuk ekonomi keluarga. Ya la kan..skrg ni harga barang semua naik..nak2 lagi susu baby..sepatutnya..kalo dh bini tlg sara family jugak..suami tu berterima kasih la pada bini tu.. ini dah la bini tu tolong family, perangai husband macam setan..

pada pandangan aku kan.. whatever kesalahan isteri tu..masih ada budi bicara untuk dibincangkan.. kalau pun berjumpa jalan buntu, perceraian mungkin pilihan terakhir.. baik diceraikan isteri tu dari dibunuh dengan kejam.

Aku tak cakap isteri tu baik sgt.. tapi kadang2, sifat suami juga turut mempengaruhi isteri. Kalau dah suami tu tak pernah nak berterima kasih pada isteri, layan isteri macam orang luar.. tentulah sedikit sebanyak menjadikan perangai isteri macam dh tak respect suami.

Isteri adalah satu anugerah yang tidak ternilai untuk seorang suami. Mengapa masa bercinta bukan main hebat rasa tanggungjawab yang ditunjukkan..tapi lepas kawen?? Pergi mana TANGGUNGJAWAB tu??

Berdasarkan pembacaan aku dalam majalah2 WANITA. Ada juga sesetengah suami yang tidak pentingkan perasaan isteri.. lebih pentingkan kawan2 diluar.. tak kisah la if nak pegi berjoli dgn kawan2, tapi amik kira la perasaan isteri, lagi kalau isteri tengah pregnant. Jgnkan jaga perasaan..isteri yg pregnant ni mengidam nak makam macam2..patutnya..as a good husband…lagi2 la bini pregnant anak sulung..hasil CINTA sehidup semati tu..usahakanla cari apa yang diidamkan isteri..BUKANNYA mencipta seribu satu alasan..cthnya..”ala..setakat cendol mamak tu..dah la kotor, geli, jauh plak tu nak pegi beli..takyah la makan.” Apa perasaan isteri yang tgh mengandung tu?? Tentu sedih kan, rasa tak der nilai ja jadik isteri, sudahla moning sickness, letih lagi bawak perut.. .. kalo tanak beli cendol mamak, suami ni, ko pegilah cari mana2 cendol yang ko rasa bersih..at least, usahakanla..bukannya isteri tu nak makan telinga gajah pun. Setakat makanan yang murah jaa.. kalo yang mahal2 pun..rasanya ada suami yang sanggup pegi cari.

Ingatkan, anak pertama jer , si suami wat perangai macam ni.. sampai ANAK ke 2, 3..tak berubah2 perangai. Sepatutnya..insafla bila tgk isteri lahirkan anak pertama.. ini tidak.. perangai masih ditakuk lama..jadi apa nak BUAT kalau dapat SUAMI mcm ni.. nak ignore jer atau ???

Seorang ISTERI adalah PEREMPUAN yang berhati lembut dan mudah terguris.. kalau isteri merajuk tu cepat2 la pujuk.. bukannya isteri nak sgt hadiah2 untuk dipujuk, cukuplah sebaris kata2 MINTA MAAF Kalau dah selalu sangat buat ISTERI merajuk, then wat muka bodoh jaa… ISTERI mana nak tahan.. dah la tak pernah diappreciate.. Bila ada masalah..berkomunikasi la elok2, jangan la nak lari dari masalah.. bersifat matang, berpikir pun secara matang la kan..

Emosi betul kan aku!! Tapi ini lah kenyataan.. ADA suami yang macam ni sebenarnya kat DUNIA ni..

Aku tak cakap semua ISTERI tu baik macam MALAIKAT. && tak semua LELAKI itu jahat. Tapi kadang2 bila aku fikir2 balik, tak semua orang dapat jodoh yang baik. Masa bercinta semua sifat2 tak elok tu, tak nampak dek mata kasar.,.HATI pun sentiasa aman dan bahagia berbunga2 riang lagi. TAPI bila lepas kawen, baru la nampak true colours SUAMI.

Pada pendapat aku, yang penting adalah KOMUNIKASI.. whatever happen, u have to communicate wisely with your partner.. tak kira laa keputusan yang akan dicapai tu macam2 mana..tapi at least ada la jalan penyelesaian.. jgn sampai bunuh2, tikam2, curah asid bagai..uuuuuuuuuuu ngeri sungguh..

Aku percaya masih ramai SUAMI2 di luar sana yang sangat BAIK, ROMANTIK, BERTANGGUNGJAWAB & PENYAYANG.. kekalkan momentum tu untuk keluarga ANDA..kerana sifat2 itulah yang didambakan oleh seorang ISTERI untuk membentuk sebuah RUMAHTANGGA yang bahagia DUNIA dan AKHIRAT..

Bagi ISTERI pula..pertahankan lah mahligai indah yang dibina itu walaupun di uji dengan gunung berapi, ribut taufan mahupun tsunami yang bakal menghanyutkan seluruh kota CINTA itu…namun..andainya tiada lagi kekuatan untuk memegang tiang kesetiaan tu..biarla ia pergi…..

No comments:

Post a Comment

.