Tuesday, September 3, 2013

harga minyak naik

aku ni kan selalu ketinggalan zaman...
kahkahkahkah..
semalam husband sampai umah dalam kol 8 lebih...
katanya dia dok cari parking kat petronas dekat umah tu,
sebenarnya aku kirim dia beli barang sket kat petronas tu...
pastu aku pun dengan sengalnya tanya..awatnya ramai sangat orang kat petronas tu..
rupanyaaaa...harga minyak naik yer mulai hari ni..
2 kupang naik..untuk ron95 dengan diesel..
patutlah ramai orang berpusu-pusu isi minyak..
macam lahh minyak isi semalam tuh buleh tahan setahun..
kahkahkah...tapi isi ja lah kann....
untuk menyedapkan hati...
jimat la kot setangki untuk seminggu ni kot...
haihhhhh...awatlah harga minyak ni tak turun..
cubalah turun sekali sekala...
udahlaa harga minyak makin naik...
harga rumah pun naik...
payah nak cari umah teres harga 250K ke bawah, 
kecuali mungkin kawasan pinggir2 bandar jauh dari opis2...
kawasan area umah aku beli dulu pun...
area semenyih nun dah naik 380K..400K sampai ke 500K..
pengsannn sat....nasib baik kami sempat...huhu

berbalik pada harga minyak.. awatlah tak naikkan harga sekotak rokok tu jadi 50 hengget sekotak!
kan ker bagus... pikiaq 20 kali nak beli sekotak rokok..
rokok pun membahayakan kesihatan..
tak paham hakuuu!!!
nak jugak naikkan harga minyak tuhhh..
pastu nanti dah orang ramai kompelin sana sini, 
bising sana sini, 
mulalah nak buat perbandingan dengan negara lain 
macam thailand la pilipina lahh ntah mana2 lagiii..
pastu highlite la..buat apa nak pikir2 harga minyak..
asalkan negara aman, 
tak gaduh2 perang2 macam negara2 luar..
ya lahhh..macam lah kami2 yang kompelin harga minyak ni
tak pikir isu dunia, isu2 perang di negara islam..
okeylah naikkan lah harga semua bendaa..asalkan aman..
yess..semua orang nakkan keamanan..
tapi isu2 berkaitan ekonomi di kalangan rakyat jelata
pun perlu dibincangkan dengan mendalam!
haihhhhhhh...duit2....kami2 yang keje gomen ni, 
claim perjalanan duit minyak keta 
takdak pulak nak revise balik..sejak 2006 tuuuuuu..
cer kira brapa kali naik harga minyak dah..

hadiah hari merdeka ke 56 tahun agaknyaaaa...

ini pendapat aku jaaa...jangan hentam aku pulak..hahahaa..
manusia ada macam2 pendapat..
jangan ingat pendapat sendiri ja betul..
ada jugak orang suka harga minyak mahai rupanyaa!
PM najibb..helppp

5 comments:

  1. Woit. Daku pun gigih isi minyak penuh tanhki. Tap xlah buat pulun sbb harga naik tp sbb mmg minyak keta habis. Boleh naik harga minyak. Tapi naikkan sekali gaji kita. Kan? Kan? Ni naik pin ciputt ja..lahi mau naik harga minyak, brg bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoiii..naikkan gaji..sebabb kompem lepas ni harga barang lain pun kena tempias naik jugakk..kan lori hantaq barang pun pakai minyak..huhuhu..redho ja nii

      Delete
  2. kalau kump PnP pun tak setuju pasal kenaikan harga minyak.. apatah lagi kump sokongan yg bergaji dan elaun yg ciput... huhuhuhuh... makan pasir lah jawabnya pasni.. taraf hidup di Putrajaya semakin tinggi.. tu tak termasuk pengusaha taska tadika yg semakin galak nak naikkan yuran sana sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa...serius agak susah hati ni...lepas ni harga barang pun naik..budget pun lari..lagi2 kalo time nak balik kampung nun jauhh di sanaaa...kami dah masuk kategori miskin di bandar dah ni..

      Delete

.